Friday, August 15, 2014

Free Tips dan Cara Tukar Nako Tingkap!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

      Semoga kita semua terus sihat, kaya dan berjaya! Untunglah siapa yang bedoa waktu solat Jumaat tadi ye! Jangan risau, saya pun ada doakan untuk semua umat Islam.

        Kali ni nak cerita pasal tukar tingkap nako! Yelahkan kalau dah berpuluh tahun nako tu digunakan, lama-lama rosaklah juga. Mana yang bijak kalau dah rasa ketat je nako tu boleh je sembur 4wd dekat sendi-sendi dia. Kalau yang tak berapa nak bijak, akan paksa bukak jugak tingkap tu walaupun dah tau ketat! Akhirnya patahlah sendi nako tu, tak pun tertanggal! Saya dok cerita pasal nako tingkap, tahu tak apa tu nako tingkap? Ada yang tak tahu apa tu tingkap nako? Mungkin tahu cuma sebutan je kot yang berbeza. Jom kita tengok nako tingkap!

Tu... dalam kotak warna merah, tu lah yang saya panggil nako tingkap!


         Boleh ke tukar sendiri tingkap nako tu? Boleh je! Asal lengkap alat-alatannya dan of course dah beli tingkap nako yang baru. Sebelum pergi kedai boleh kira dulu berapa daun tingkap yang ada nako yang kita nak tukar tu. Bukan apa, kang tokey kedai tanya "You punya tingkap berapa daun?, Kalau sudah salah beli tak boleh tukar!" Tingkap nako ni ada yang 4,5,6,7,8,9 dan10 daun. Kalau kita bagitau yang standard punya tingkap nako pun tak boleh! Sayang je kalau tersilap agakkan. Jadinya sabar dan pastikan dulu berapa daun tingkap nako yang anda nak tukar tu ye! Gambar kat bawah ni 3 set tingkap nako 8 daun. Satu set RM11.00. Kena beli sepasang, kiri dan kanan walaupun yang rosak tu handle tingkap nako tu je! Dah kalau kita dok beli belah handle je belah satu lagi sapa nak beli? huhu

  

          Jom kita tengok peralatan yang diperlukan untuk menukar tingkap nako ni! Memang leceh, dan boleh buat hilang mood kalau tengah dok buat kerja tetiba ada alat yang takde. Nak pergi kedai beli? Time rajin bolehlah, kalau time malas, kirim salam je lah! So, make sure semua peralatan dah lengkap baru mulakan kerja. Paku of courselah ye, takkan nak gam nako tingkap tu guna gam gajah! Jangan buat main, cermin-cermin tu berat bila dah dipasang. Saya tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan semasa memasang tingkap nako! Serahkan pada yang pakar jika anda ragu-ragu! I am proudly present..... gergaji besi, playar, skru driver dan tukul besi atau martol dalam bahasa englishnye! 


          Barang semua dah ada, mari kita tukar tingkap nako! Mesti mak mertua saya gembira bila tahu tingkap nako ni dah ditukar. Lemas katanya kalau dok rumah tingkap tak boleh dibuka. Tip nak bagi mak mertua gembira! Tukar tingkap nako anda yang rosak! Free-free je saya bagi tip untuk semua! Memula kita kenalah keluarkan semua cermin yang ada pada daun tingkap tu. Sila keluarkan dengan berhati-hati ye! Atas dulu ke, bawah dulu ke terpulang. Ikut suka suki anda! 

Langkah-langkah tukar tingkap nako anda!

1. Keluarkan cermin tingkap.
        

2. Semua cermin dah siap dikeluarkan!

3. Buka nako yang dah rosak tu, alang-alang dah beli satu set buka je kiri dan
kanan kalau anda rajin macam saya! he he he

4. Potong kedua-dua hujung nako. Boleh tengok tingkap nako yang lain untuk pastikan anda potong di bahagian yang betul ye. Salah potong! Mau pendek jadinya nako tu!


5. Sorry der! Masa ni jurugambar a.k.a Puan Nor Hayaty dok sibuk dengan anak-anak dan cuci cermin-cermin. Gambar not available untuk steps lepas ni. Tapi jangan risau! Steps lepas ni tak susah dah. Steps ke 5 pakukan nako baru yang dibeli tadi tu.

6. Dah siap pasang nako di kedua-dua belah silalah pasang semula cermin yang dah dicuci tadi. SELESAI sudah tukar nako. Kat bawah saya akan bagi tips memudahkan cara menukar tingkap nako. Baca jangan tak baca! 



Tips tukar nako tingkap! 

Free jugak sebab saya memang suka berkongsi. Semoga menjadi pencen akhirat saya! Aamiin.

1. Bilah atau mata gergaji besi tu belilah yang tahan sikit, saya beli rm5 satu. Jangan beli yang rm1 satu, alaa yang warna biru tu. Yang tu untuk potong paip pvc bolehlah. Kalau nak beli jugak belilah dalam 10 batang! Jangan salahkan saya kalau masa anda terbuang sebab dok tukar mata gergaji yang patah tu masa potong hujung nako tu.
2. Nak lagi cepatkan kerja memotong, gunakan playar lepas sebahagian besar nako tu dah dipotong. Kepak (sebutan K-pak) je guna playar!
3. Kalau masa cabut tingkap nako tu kepala paku tu tercabut tapi paku masih ada dalam kayu, boleh ketukkan terus ke dalam kayu, atau bengkokkan terus atau pun potong guna gergaji. Pilihlah mana yang senang, sebab lepas dah pasang nako tu nanti paku tu tak kelihatan! 
4. Hati-hati masa lakukan kerja menukar nako ni ye! Keselamatan atas tanggungjawab anda sendiri!
5. Gergaji besi ada yang mahal ada yang murah. Dalam gambar di awal post ni gergaji besi yang saya beli rm10 je. Oklah tu kan, bukan selalu pun nak guna.
6. Paku saya beli dalam rm1 je untuk tiga set nako, tu pun berlebih.

       Okaylah semua! Diharapkan perkongsian kali ni memberi manfaat pada semua. Sharing is caring! I love you! You love me! semoga berjumpa lagi di post akan datang!


Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.


 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!




Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
(Call / whatsapp / sms)      

3 comments:

  1. assalam tuan. kalau saya nak pasang tingkap nako ni direct ke dinding konkrit boleh ke tanpa ada bingkai kayu tu?

    ReplyDelete
  2. assalam tuan, nak tanya..selalunya kat mana ada jual daun tingkap tu ye...??

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan.. Dimanakah hendak membeli nya? Mohon penjelasan tuan...

    ReplyDelete

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...