Friday, August 22, 2014

10 Tips Murah Rezeki Cara Islam - Part 1




Di harap semua sihat sejahtera hendaknya.

Kali ni saya nak kongsi 10 tips murah rezeki cara Islam, Part 1 ni saya akan kongsikan 5 dan Part 2 saya akan kongsikan lagi 5 tips.

Tips ni saya dapat daripada Majalah IK- Irfan Khairi. Mungkin tak ramai yang pernah baca Majalah IK ni. 

Dapatkanlah Majalah IK di kedai-kedai buku berhampiran anda!

Saya akan olah ikut bahasa saya sendiri semua tips ni.

Jom kita mulakan:-


Tip 1: Menyempatkan diri beribadah. 

Allah telah menjanjikan bahawa Allah tidak akan mensia-siakan pengabdian diri hamba-Nya.

Firman Allah dalam Hadis Qudsi:-

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukankanya maka aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu"

(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a) 

Dalam hal beribadah ini cubalah buat yang terbaik. Kita mahu yang terbaik daripada Allah, maka buatlah 

yang terbaik untuk Allah.




Tip 2: Memperbanyakkan Istighfar

Istighfar adalah lafaz dan perbuatan rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba kepada Allah, yang 

menjadi penyebab Allah jatuh kasih terhadap hamba-Nya lantas Allah berkenan melapangkan jiwa dan 

hidup hamba-Nya. Dengan selalu beristigfar, InshaAllah dosa-dosa kecil yang selama ini dilakukan akan 

dapat dihapuskan.


Sabda Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam:-

"Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah akan menghapuskan segala kedukaannya, 

menyelesaikan masalahnya, dan memberinya daripada rezeki yang tidak disangka." 

(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim daripada Abdullah Bin Abbas r.a)


Kita tak dapat lari daripada membuat kesilapan. Namun kita juga diberi cara untuk 'menebus' semula 

kesilapan kita tu kerana Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.




Tip 3: Wajib Tinggalkan dan Jauhkan Maksiat.

Istighfar tidak bernilai di sisi Allah jika masih selalu mengulang semula kesilapan sama serupa. Jadilah 

manusia yang hari ini lebih baik daripada hari semalam.

Segala dosa yang dilakukan akan menjadikan hati resah gelisah malah lebih teruk lagi akan menjadi 

penghalang rezeki.


Sabda Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasalam:-

"...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya."

(Riwayat at-Tirmizi)


Ada je orang yang tak solat tapi kaya raya?! Semoga Allah jauhkan kita semua daripada Istidraj! Istidraj 

ialah pemberian Allah kepada hamba-Nya yang tidak diredhai. 

Kenal Firaun? Kaya raya sampai sanggup mengaku Tuhan? Di mana akhirnya Firaun?!!




Tip 4: Sentiasa Mengingati Allah

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, ia akan membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan 

menjadi lapang. 

Kelapangan rezeki seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang yang beriman.


Allah Berfirman:-

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah 

itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(Surah Ar-Ra'd: Ayat 28)

Ketenteraman inilah yang menjadi dambaan seluruh manusia samada kaya atau pun miskin. Hanya dengan 

berzikir jiwa zahir dan batin kita akan tenang.




Tip 5: Berbakti Mendoakan Ibu Bapa

Dalam Hadis Riwayat  Imam Ahmad, Rasullullah berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan 

dilapangkan rezekinya, hendaklah mereka berbakti kepada ibu bapanya serta menyambungkan hubungan 

silaturrahim.


Baginda Rasullullah juga bersabda:-

"Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahgiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya."

(Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)


Mendoakan kedua ibu bapa juga akan menjadi sebab terbukanya pintu rezeki, berdasarkan sabda Nabi 

Muhammad seperti berikut:-

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) 

daripadanya."

(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)


Maka dengan dua hadis sahih ini termaktublah bahawa berbakti kepada kedua orang tua kita adalah sangat-

sangat penting!

Berdoalah untuk kedua ibu bapa kita selagi kita masih bernafas, berbaktilah kepada mereka selagi kita 

hidup di bumi Allah ini.


InshaAllah saya akan sambung Part 2 jika di masa akan datang. Terima Kasih kerana sudi ziarah blog saya.

Harapan saya agar segala perkongsian ini dapat menambah nilai dalam kehidupan semua.


FEEL FREE TO LIKE & SHARE JIKA ANDA RASA POSTING INI MUNGKIN BERMANFAAT UNTUK 

RAKAN RAKAN ANDA YANG LAIN. 





Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
 

Hubungi Azman / Hayaty untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Azman: 010-5185 983 

Hayaty: 013-260 1599 

             (Call / whatsapp / sms)           


Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti 

makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan 

khas untuk anda. Sila klik gambar dibawah untuk mendapatkan ebook ini secara percuma!!!



 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...