Wednesday, August 20, 2014

7 Tips Elakkan Lupa Apa Yang Guru Ajar!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Lupa! lupa! dan lupa lagi apa yang diajar oleh guru. 

Memang sangat-sangat bahaya penyakit lupa apa yang telah diajar oleh guru. 

Nak-nak lagi kalau subjek Sejarah yang bagi kebanyakkan pelajar sangat membosankan iaitu subjek Sejarah! 

Opsss, jangan silap ye, saya seorang yang sangat-sangat cintakan sejarah dan subjek Sejarah. 

Mungkin sebab tu saya antara dua orang pelajar daripada beratus-ratus pelajar yang dapat 1P masa ambil SPM pada tahun 1997. 

Lagi seorang yang dapat 1P tu Best Student sekolah saya, student perempuan! Best ke Best?!

1P tu sekarang ni A+ lah. Tak perlu kot nak belajar sistem pemarkahan tahun 1997 dulu, pening kang kepala nak fahamkan!

Bukan saya nak tunjuk hebat dapat 1P dalam Subjek Sejarah, tapi nak tunjukkan dalam dunia ni tiada apa yang mustahil untuk dicapai kalau kita tahu caranya.

Okaylah, tu semua dah pun menjadi Sejarah. Saya nak kongsi 7 Tips Elakkan Lupa Apa Yang Guru Ajar!. 

Tips ni saya dapat daripada Osman Affan, saya olah dan tambah untuk mencantikkannya lagi.

Jangan risau ye, FOC jer!!! 


Jom!!! Kita mulakan!


Tips 1 - Abaikan semua yang lain! Fokus 100%!


Ini adalah antara rahsia pelajar cemerlang. 

Saya tak nafikan yang dulu saya memang fokus 100%, cuma tahap kefahaman yang berbeza akan menentukan berapa banyak input yang akan masuk dalam kepala.

Kita akan tengok macam mana cara nak atasi masalah masih tak faham walaupun fokus 100% selepas ni.


Tips 2 - Teka apa yang guru nak ajar hari esok.


Ada guru yang awal-awal lagi dah bagitahu esok beliau akan ajar topik apa.

Ada juga yang tidak atau mungkin terlupa nak beritahu topik apa yang akan di ajar esok hari.

Nak tak nak anda MESTI buat persiapan untuk kelas hari esok. 

Teka dan baca dulu apa topik yang nak di ajar.

Catatkan apa yang anda kurang jelas atau ingin tahu supaya mudah anda bertanya pada guru bila tiba

masanya.


Tips 3 - Conteng kertas kosong.


Contengkan di atas kertas kosong apa yang anda faham dan apa yang anda tidak faham untuk memudahkan

anda bertanya soalan kepada guru atau berbincang dengan rakan sekelas.

Pastikan anda betul-betul faham apa yang anda faham dan betul-betul faham apa yang anda tak faham okay!

Faham ke faham?


Tips 4 - Bayangkan apa yang guru tengah ajar


Bila anda fokus 100% lebih mudah untuk anda bayangkan apa yang cikgu sedang ajar. 

Jangan dok mengalamun.

Lupakanlah sekejap pasal akaun fb, twitter, atau apa-apa saja perkara tidak berkaitan! 

Jangan buang masa anda dan jangan buang masa guru anda! 

Bayangkan apa yang sedang guru anda ajar.


Tips 5 - Cepat-cepat buat latihan


Cara paling mudah nak tahu anda faham atau tidak apa yang telah diajar ialah dengan membuat banyak

latihan selain daripada latihan yang guru anda berikan.

JANGAN TIPU DIRI SENDIR!

Tuliskan di atas kertas apa yang buatkan anda tidak dapat menjawab soalan tersebut supaya mudah anda

bertanya kepada guru atau rakan-rakan.

Lagi cepat anda selesaikan apa yang anda tidak faham, lagi cepat anda akan mendapat keyakinan diri.


FAST ACTION! FAST RESULT!


Tips 6 - Dapatkan bantuan guru setelah mencuba


Elakkan berjumpa guru sebelum anda betul-betul berusaha untuk menjawab soalan. 

Ini boleh membantu anda mengelakkan masalah lupa.

Cuba dulu sehabis baik, kalau dah betul-betul buntu baru bertanya pada guru atau rakan-rakan.


Tips 7 - Baca dan belajar semula apa yang telah cikgu ajar sebelum 48 jam


Tips terakhir, kajian saintifik menunjukkan sekiranya pelajar belajar 10 perkara, selepas 48 jam mereka hanya akan mengingati 2 perkara sahaja daripada 10 perkara tersebut!

Mesti baca apa yang telah guru ajarkan sebelum 48 jam untuk mengelakkan kita lupa.

Dah nama pun pelajarkan, apa lagi kerja lain selain belajar!


Sekian untuk 7 Tips Elakkan Lupa Apa Yang Guru Ajar!.


Semoga perkongsian saya kali ni memberi manfaat kepada semua pelajar-pelajar di luar sana. 

Kita belajar sejak lahir hinggalah ke liang lahad.

Setelah kita dikebumikan pun kita akan ditalqinkan untuk ajar kita apa yang perlu dijawab bila soalan ditanya Malaikat Munkar dan Nakir.



Ikutilah kisah bekas pelajar terbaik jurusan Elektrik di Universiti Sheffield, UK di http://www.pelajarcemerlang.com/ . 

Nak dapatkan buku yang boleh membantu anda mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan sila ke http://rahsiapelajarcemerlang.com/ .


Saya doakan anda semua diberikan Allah peluang untuk merasa nikmat yang sedang saya nikmati!


Sekian, Terima Kasih!


Sila like dan share jika anda rasakan entry ini bermanfaat!




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
 

Hubungi Azman / Hayaty untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
             (Call / whatsapp / sms)           


Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda. Sila klik gambar dibawah untuk mendapatkan ebook ini secara percuma!!!


 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...