Saturday, August 16, 2014

Kehidupan saya berubah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!!!

Semoga anda semua sihat, kaya, berjaya dan bahagia di samping insan-insan tersayang!

Ada kisah yang sangat-sangat menarik nak saya kongsi dalam entry kali ni.


Perkenalan saya dengan Shaklee


Saya nak ceritakan perkenalan saya dan Shaklee.

Bermula lebih kurang 17 tahun lepas pada tahun saya diperkenalkan dengan produk Shaklee.

Masa tu mak saya belikan makanan tambahan dalam bentuk minuman untuk menambah tenaga daripada Kak Long saya.

Alhamdullillah memang minuman tu membantu saya dalam menjalani kehidupan seharian dengan aktif.

Kak Long saya masa tu memang aktif sangat-sangat berbisnes Shaklee.

Cumanya cara orang dolu-dolu berniaga MLM ialah rumah ke rumah.

Habis semua rumah saudara mara Kak Long saya dan semuanya redah untuk menjual Shaklee siang dan malam.

Memang dalam kepala susahnyalah berniaga MLM ni. Siang malam nak kena menjual.

Nak ke sana ke sini lagi. NGERI!!!! Mana tak ngeri kalau nak kena ketuk pintu rumah orang untuk jual produk MLM.





Pengalaman Saya Dalam MLM Sebelum Ini


Bila saya habis belajar, satu per satu syarikat MLM yang saya sertai dek ajakan kawan-kawan.

Kebanyakkannya menawarkan kemewahan hidup bila sertai MLM.

Macam mana cara?

Mesti attend meeting tiap-tiap minggu, mesti cari orang untuk join kita, mesti beli barang banyak-banyak untuk siapkan ready stok dan segala macam lagilah cara.

Memang saya ikut je apa yang kawan-kawan cadangkan.

Cumanya kawan-kawan tak pernah beritahu niat kena betul, kena lebih dekatkan diri dengan Allah, berbisnes untuk bantu selesaikan masalah orang.

Apa yang selalu dibincangkan macam mana nak jadi KAYA!!!!

Ye, kaya dengan berbisnes MLM.

Akhirnya, punah segala harapan bila apa yang diimpikan gagal dicapai.

Salah siapa?

Salah diri sendiri sebab tiada mentor, tiada Elmu (Ilmu dan Emosi), tiada sistem dan kurang tindakan yang betul.




Mengapa Sebelum Ni Semua Usaha Saya Gagal


Lepas dah join banyak company MLM, keputusannya masih lagi sama.

Yelahkan, you do the same, you get the same!

Company dan produk je lain tapi benda lain semuanya sama.

Paling utama awal-awal lagi niat dah tak betul.

Niat join bisnes MLM ialah aku nak jadi kaya raya!

Perkara yang sama berulang-ulang berlaku.

Buatlah bisnes konvensional pun, hasilnya tetap sama.

Saya pernah berniaga pakaian wanita, saya pernah usahakan tanaman cendawan dan saya pernah usahakan ternakan ayam kampung,semua hasilnya sama.


Kegagalan Perniagaan Pakaian Wanita 


Perniagaan pakaian wanita saya buat secara online dan offline.

Memang ada kedai yang diuruskan oleh isteri saya.Online pun isteri saya uruskan.

Sebenarnya lokasi kedai untuk perniagaan pakaian memang tak strategik walaupun sewa teramatlah murah, rm100 lebih je sebulan.

Kedai tu dalam bangunan yang tidak menjadi tumpuan masyarakat.

Niat kami kalau dapat lepas bayar sewa pun jadilah, kedai tu boleh jadi kami punya tempat letakkan pakaian yang banyak tu.

Buat permualaan memang tak kisah kedai offline jualan hampir langsung tiada sebab bisnes online berjalan lancar.

Boleh kata 99% percent sale daripada online.

Pernah juga pos baju sampai ke Australia.

Ada juga rakyat Malaysia yang bekerja di Jepun buat pembelian. Memang meriah jualan kedai online sewaktu zaman kegemilangannya.

Masalah timbul bila terlalu banyak kedai online pakaian wanita muncul.

Peperangan harga berlaku!

Memang sangat-sangat dasyat persaingan masa tu.

Saya akui masa tu pengalaman belum banyak, tak tahu macam mana nak atasi masalah harga.

Kalau turunkan rendah sangat nanti memang takkan ada untung.

Pembeli pula ada yang ambil kesempatan minta jual jauh lebih rendah daripada harga modal.

Bila kedai online dan offline duduk merudum jualannya terpaksalah tutup kedai-kedai tu.


Kegagalan Tanaman Cendawan Tiram Kelabu 


Saya juga pernah mengusahakan tanaman cendawan tiram kelabu secara kecil-kecilan.

Alhamdullilah memang seronok dengan tanaman cendawan.

Lebih-lebih lagi bila waktu cendawan mula keluar selepas diperam!

Tak berapa sukar sebenarnya nak usahakan tanaman cendawan tiram kelabu.

Ikut je panduan yang diberi. InshaAllah menjadilah cendawan tu nanti.

Lebih bagus kalau ikuti latihan tanaman cendawan tiram kelabu.

Paling penting, kaji dulu pasaran cendawan tiram kelabu di kawasan yang anda bercadang nak pasarkan cendawan tiram anda.

Jika memang bekalan cendawan dah ada dalam pasaran dengan konsisten eloklah anda elakkan ceburi bidang tanaman cendawan ni.

Apa lagi jika sudah ada pengusaha yang sudah mengusahakan tanaman cendawan ni sejak bertahun-tahun dulu.

Memang tak salah untuk kongsi pasaran, tapi untuk apa anda mengecilkan saiz pasaran anda untuk bidang yang anda baru nak bermula.

Masalah saya memang dalam pemasaran.

Pergi kedai sana dah ada cendawan, kedai sini pun dah ada, nak hantar kedai makan pun ada pengusaha kedai yang beritahu tak tahu nak masak apa cendawan ni.

Siap saya nak offer resepi lagi untuk pujuk supaya beli cendawan saya tu.

Memang akak saya ada bantu untuk pasarkan cendawan tu di pejabat dia.

Alhamdullilah sambutan memang menarik.

Cumanya, saya susah nak jadualkan pengeluaran cendawan sebab hari penjualan tidak menentu.

Akhirnya, bye bye aje lah dengan cendawan.

Sesiapa yang nak tahu cara tanam cendawan tiram kelabu boleh pm saya di facebook saya. Saya sudi berkongsi cara tanaman cendawan tiram kelabu ni.


Cukuplah ye bab kegagalan, saya taknak kegagalan menguasai entry saya kali ni.

Sekarang saya sedang berusaha memulihkan rumah burung walet peninggalan arwah bapa saya.

Doakan saya ye semua!






WAJIB BACA!: Turning Point Saya 


Di mana turning point saya? Di Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) June 2014.

Saya sanggup kerja 7 hari berturut-turut untuk shift 12 jam supaya saya dapat join IMKK.

Alhamdullillah Allah izinkan. Daripada IMKK lah saya sedar segala kesilapan saya.

Tiada siapa yang pernah beritahu kenapa saya gagal dalam bisnes.

Namun Doktor Azizan Osman dalam masa 4 hari telah membantu saya mengesaan kesilapan dan kelemahan saya selama bertahun-tahun ni.

Paling asas, niat untuk berniaga kena betul.

Berniagalah untuk membantu insan lain menyelesaikan masalah mereka dan menambah nilai dalam kehidupan insan lain.

Bila perkara tu berjaya kita lakukan, nak tak nak kita terpaksa jadi kaya.

Kemudian yang ditekankan ialah hubungan dengan Allah. Sebelum ni bila buat apa pun kononnya guna kebijaksanaan sendiri mesti boleh berjaya, tapi saya lupa bahawa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Segala apa yang berlaku dengan izin Allah bukan sebab kehebatan diri kita.

Saya yakin ramai di luar sana yang pernah buat kesilapan sama kan...





Saya Terpaksa Join  MariaFirdaus!

Macam mana saya boleh bertemu semula dengan Shaklee?

Saya sebenarnya dah bertahun-tahun on and off baca blog MariaFirdaus.

Sejak saya cuba menternak ayam kampung ori dulu, lebih kurang 4 tahun yang lepas.

Ada satu masa saya cuba check semula blog-blog penternak ayam, tapi kebanyakkannya dah tak aktif lama dah.

Tiba pada blog MariaFirdaus saya tengok masih aktif lagi.

Saya pun bacalah maklumat-maklumat yang ada.

Lepas tu saya jumpa ebook "Sorry Boss, Saya Terpaksa Berhenti Kerja".

Lepas download saya pun bacalah ebook tu.

Memang menarik sangat-sangat isi dalam ebook tu, cumanya bila dah terlalu sibuk dengan kerja saya terlupa pasal ebook tu.

Saya baca tak habis.

Bila ada masa lapang saya akan cuba buka blog MariaFirdaus, yelahkan... dah blog-blog banyak yang dah tak aktif.

Sampailah satu masa saya sangat-sangat tertarik bila baca MariaFirdaus berjaya buat sales RM1,000,000 dalam masa sembilan bulan dah tu, dah berjaya pula jadi Master dalam Shaklee!

Untuk makluman ada yang ambil masa bertahun-tahun untuk jadi Master dalam Shaklee.

Dalam hati saya, macam mana dorang ni boleh buat sales sampai sejuta?

Macam mana dorang boleh jadi Master cepat sangat?

Bukan Shaklee ni dah wujud berpuluh-puluh tahun ke?

Takkan market Shaklee tak tepu lagi?

Segala macam persoalan yang ada dalam minda saya ni membuatkan saya sangat-sangat teruja untuk menyertai  MariaFirdaus.




Saya Temui Apa Yang Saya Cari Selama Ni!!!

Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdullilah, saya berjaya temui segala perkara di bawah

bersama MariaFirdaus  .

1. Mentor yang sangat berjaya dan terbukti berjaya melahirkan insan-insan yang berjaya.
   
    Mentor yang sudi membimbing saya sampai berjaya!

    Mentor adalah perkara paling penting untuk memastikan anda berjaya selain izin Allah. Tanpa mentor

    yang terbukti berjaya siapakah yang anda akan rujuk jika ada masalah?

    Jika orang lain bayar MariaFirdaus beratus-ratus rimggit untuk coaching, saya tidak perlu bayar apa-apa!

    Saya dibantu oleh semua members dalam MariaFirdaus. Memang kami digalakkan bantu membantu

    antara satu sama lain kerana kami semua adalah satu keluarga.  

    Segalanya boleh dikatakan  percuma bila sertai Shaklee dibawah group MariaFirdaus!

2. Elmu (Emosi dan Ilmu)

    Saya mencari ilmu untuk berjaya dunia dan akhirat.

    Cita-cita saya adalah Jutawan Dunia dan Akhirat.

    MariaFirdaus telah berjanji akan berikan segala ilmu untuk saya berjaya.

    Alhamdullilah segala janji itu dikotakan, daripada ebook-ebook percuma, daripada motivasi-motivasi

    yang diberikan ternyata terlalu banyak ilmu dunia dan akhirat saya perolehi!

    Malah saya juga diajar dan dibimbing untuk menulis blog yang baik melalui grouh rahsia Telegram. Saya
 
    dimasukkan ke dalam TIGA group rahsia telegram dan satu adalah khusus untuk penulisan blog!

    Saya juga dimasukkan ke dalam group rahsia Facebook dan diberikan laman web rahsia. Saya mendapat

    lautan ilmu bila sertai MariaFirdaus!

    Segalanya saya perolehi percuma!!! Sebab saya join MariaFirdaus dengan keahlian percuma!!!

    AllahuAkbar!!!

    Apa yang paling penting adalah kami diberikan Master Checklist untuk menjadi panduan kami dalam

    menjalankan bisnes ni.

    Tiada cara lain nak dapatkan Master Checklist ni selain daripada sertai MariaFirdaus

    Kami semua telah diberikan amanah agar tidak membocorkan rahsia ni kepada yang lain, lagipun bukan

    susah sangat pun nak sertai MariaFirdaus, tanpa modal pun boleh!

    Paling tak pun cuma rm65 yuran pendaftaran untuk seumur hidup dan rm10 kos pos. RM75 dan lautan

    ilmu anda perolehi! Nak ke nak?

    Takde jawapan lain, NAK!

3. Sistem yang terbukti berjaya melahirkan Master di dalam Shaklee dalam masa yang sangat      
    singkat.
 
    Sistem yang terbukti memberikan jualan bernilai rm1,000,000 kepada MariaFirdaus dalam masa 9 bulan.

    Sistem online yang tak perlu meeting sana sini. Tak perlu balik tinggalkan anak isteri dan balik lewat  
    malam.

    Sistem yang yang telah terbukti berjaya!





Alhamdullilah! Lebih Dekat Dengan Allah.


Hidup saya banyak berubah selepas join Shaklee under MariaFirdaus.

Saya menjadi belajar insan yang lebih positif.

MariaFirdaus juga merupakan anak didik Doktor Azizan Osman.

Jadi setiap apa yang mereka beritahu InshaAllah saya akan ikut.

Saya akan cuba ikut sedaya upaya segala nasihat mereka kerana bila anda ikut jejak langkah orang yang dah berjaya, anda juga terpaksa berjaya!

Lagi pun memang dah terbukti pun MariaFirdaus dah berjaya lahirkan pemimpin-pemimpin pelapis di dalam Shaklee.

Cara mereka sendiri telah terbukti berjaya!

Saya mohon agar Allah lindungi saya daripada perasaan riak dengan pendedahan kehidupan saya selepas join Shaklee.

Terus terang saya katakan kini saya kerap bangun waktu malam untuk beribadah.

Saya yang dulunya sangat jarang berjemaah di masjid kini telah mula berjemaah di masjid.

Kalau dulu memang boleh cakap tak pernah langsung berjemaah Subuh di masjid kini telah saya lakukan.

Pergantungan kepada Allah sangat-sangat tinggi kerana Allah pemilik hati manusia.

Kejayaan kita hanya bergantung pada Allah selepas kita berusaha.




Kalau nak bayangkan betapa jarangnya dulu saya berjemaah di masjid, pernah abang saya bertanya pada isteri saya "Man mana?".

Isteri saya jawab "Pergi masjid".

Abang saya tanya semula "Buat apa Man pergi masjid?".

Anak saya pun pernah bertanya bila nampak saya bersiap untuk berjemaah di masjid, "Abah pergi masjid buat apa?, Hari ni bukan hari Jumaat pun!".

Ya Allah, memang tersentap saya seketika, betapa dulu jarangnya saya berjemaah di masjid.

Memang orang yang kenal saya akan terkejut kalau tahu apa yang saya buat selepas join Shaklee.

Kalau dulu pagi memang saya suka tidur, kini seawal pukul 4.30 pagi saya dah bangun dan selepas solat Subuh akan teruskan amalan-amalan di dalam Master Checklist.

Memang tak kan tidur dah selepas solat Subuh kecuali tidur sebentar sebelum solat Zohor.




Anak Perempuan Dah Mula Ikut ke Masjid!


Sekarang anak perempuan saya berumur 7 tahun sudah mula ikut saya untuk bersolat di masjid.

Dulu dalam hati saya kenalah tunggu nak dapat anak lelaki baru nak merasa bawa anak ke masjid.

Alhamdullilah, anak perempuan saya sendiri yang beriya-iya nak ikut saya ke masjid.

Bila saya cakap saya balik lambat sikit sebab solat Maghrib dan Isyak sekali dia jawab "Takpe, kakak tak kisah, kakak nak ikut juga abah pergi masjid!".

Malunya saya!

Kehidupan saya kini banyak berubah selepas join Shaklee under MariaFirdaus.


Master Checklist Adalah Rahsia!


Ada banyak lagi perkara yang tak pernah saya buat sebelum sertai Shaklee kini telah saya buat.

Namun saya tak dapat mendedahkan perkara-perkara tersebut kerana memegang amanah MariaFirdaus.

Hanya mereka yang sertai group MariaFirdaus akan kami dedahkan Master Checklist tersebut.

Saya rasa cukuplah sampai di sini saya dedahkan perubahan dalam diri saya sebelum dan selepas saya sertai Shaklee under group MariaFirdaus.

InshaAllah saya akan update entri ni atau buat sambungan part 2 jika berkesempatan.

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Saya doakan anda semua diberikan Allah peluang untuk merasa nikmat yang sedang saya nikmati!


Sekian, Terima Kasih!


Sila like dan share jika anda rasakan entry ini bermanfaat!




Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.


 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!




Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
             (Call / whatsapp / sms)             

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...