Friday, August 15, 2014

Adab Makan yang Dipinggirkan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


           Entry kali ni saya nak cerita berkenaan adab makan yang dipinggirkan. Kita semua berusaha cari makan, tapi bila tang makan ramai yang terlalai dengan adab makan. Ramai ke yang masih amalkan sunnah Nabi Muhammad semasa makan. No no no...... ramai yang ingat poligami je sunnah Nabi. sebenarnya dalam kehidupan seharian kita banyak yang kita boleh dapat pahala mudah dengan hanya mengamalkan sunnah Nabi Muhammad.

           Perkara paling mudah ialah makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Iye ke mudah? Pasti mudah kalau kita tahu kebaikannya. Makan sebelum lapar boleh mengelakkan kita makan terlalu banyak dek kelaparan. Errmmm, mesti ada yang pernah makan dua bungkus nasi lemak di pagi hari dek kerana terlewat sarapan dan perut dah berbunyi-bunyi minta diisi. Pasti lepas tu nak buat apa pun malaskan! Gile punye kenyang! Berhenti sebelum kenyang pula untuk pastikan kita sentiasa cergas dan bersemangat nak lakukan urusan seharian. Yelah, perut dah diisi, badan dah bertenaga, kalau malas juga tu sajalah tu!

Jangan diamal!


“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR At-Tirmidzi)

Berani lagi ke nak makan kenyang-kenyang lepas ni? Nabi Muhammad dah pesankan. Manusia teragung di muka bumi. Manusia yang tidak ada dosa! Berani ke kita nak nafikan! 

           Makan secara bersandar pun bukan sunnah Nabi Muhammad, jadi elakkanlah makan bersandar. Lagi bagus kalau makan di atas lantai dan makan beramai-ramai di dalam dulang. Tak pernah buat seuumur hidup? Maka, buatlah sekarang. Its NOW or Never!!! Makanlah dengan tiga jari, ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Makan pun boleh dapat pahala, tak perlulah nak sampai ke sempadan Siam semata-mata kononnya nak ikut Sunnah Nabi kalau adab makan pun belum lagi kita sempurnakan.   

“Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan, kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian.” (HR Abu Dawud) 



Lepas ni tak perlu lagi beli set meja makan ribu riban. Duit yang ada tu lebih baik disumbangkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Bukankah "More you give, more you get back!" Janji Allah juga pasti, kita beri satu Allah gandakan 10. Malah Allah akan balas lagi banyak! 

        Dulu KFC ada slogan "Sehingga Menjilat Jari!" sekarang sudah tukarlah! Sebenarnya selepas selesai makan kita digalakkan untuk menjilat jari. Nabi Muhammad makan menggunakan tiga jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu. Selepas makan Nabi akan menjilat ketiga-tiga jari tersebut. Sebenarnya kandungan enzim yang ada pada tangan atau jari kita tadi akan lebih cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan. Zaman Nabi Muhammad dulu dah ada yang tahu pasal enzim? Betapa besarnya kelebihan Nabi Muhammad!


(Tahniah kepada beliau)

“Apabila seorang daripada kamu sudah selesai makan, jangan dibersihkan jarinya sebelum dia menjilatnya.” (HR Muslim) 


        Cukuplah dulu setakat ini ye. Insha Allah saya akan sambung lagi di masa hadapan. Segala apa yang ada di dalam ni saya mohon sebarkanlah dengan yang lain. Sudi-sudikanlah klik butang like dan share yang ada di bawah ye. Saya doakan kita semua sihat, kaya dan berjaya!!! 

Sekian, Terima Kasih!


Sila like dan share jika anda rasakan entry ini bermanfaat!



Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.


 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!




Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
   (Call / whatsapp / sms)      

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...