Sunday, August 31, 2014

5 Tip Kawal Marah Anda




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


Saya doakan kita semua kaya, berjaya dan dipermudahkan segala urusan.

Kita baru je menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 negara yang kita cintai.





Namun adakah diri kita telah merdeka?

Merdeka daripada kekangan kewangan, merdeka daripada kekangan masa, dan paling penting lagi adakah kita telah merdeka daripada hasutan syaitan yang sering menghasut kita melakukan perkara yang dilarang

Allah dan melalaikan kita daripada mengerjakan perintah Allah.


Kali ni saya nak berkongsi kisah yang agak menyayat hati.

Kisah yang mungkin mampu mengubah cara kita menghadapi masalah dalam kehidupan seharian kita.

Saya nak tanya, pernah tak kita hilang kawalan dan memarahi orang lain semahu-mahunya?

Mungkin ada yang kata ya! dan mungkin juga ada yang kata tidak!


Saya tidak akan menyatakan nama untuk melindungi identiti sebenar watak dalam kisah ni.

Pada suatu hari, seorang adik ada melakukan perkara yang membuatkan si kakak berasa sangat-sangat

marah dan hilang sabar.

Apa yang sangat-sangat memilukan perkara atau kesilapan itu adalah pertama kali dilakukan oleh si adik.

Bila kita tahu pertama kali pastilah dalam hati kita si adik itu tidak sengaja.

Bukanlah kesalahan yang di sengajakan.

Namun mungkin akibat faktor-faktor lain dan mungkin juga hasutan syaitan si kakak telah memarahi si adik

dengan perkataan yang mungkin kita sendiri tak sanggup nak dengar.


Saya juga tak sampai hati nak taipkan kata-kata si kakak kepada adiknya.

Saya bayangkan jika sayalah si adik itu, sudah pasti hancur hati saya bila mendengar kata-kata 

tersebut.


Ditakdirkan Allah, rupa-rupanya si adik sebenarnya sakit.

Mungkin juga sebab penyakit tersebut si adik tidak sengaja melakukan perkara yang menimbulkan

kemarahan kakaknya.


Kejadian tersebut berlaku di waktu siang, mungkin pagi atau pun tengah hari.

Sebelah petangnya si adik telah di hantar menerima rawatan di Hospital akibat penyakit yang dihidapinya.

Maut itu tidak akan terlewat atau tercepat sesaat pun.

Ditakdirkan Allah, si adik telah meninggal dunia akibat penyakit yang dihadapinya pada waktu Maghrib

petang yang sama dia dimarahi oleh kakaknya.


Cuba kita semua bayangkan jika orang yang baru sahaja kita marah semahu-mahunya, tiba-tiba

meninggalkan kita tanpa sempat kita memohon ampun dan maaf.

Orang yang kita marah masih lagi berdarah hatinya dek terluka dengan kata-kata yang kita hamburkan pergi

meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Bagaimana kita mahu meminta maaf atau menebus kesilapan kita dengan mereka yang telah pergi

meninggalkan kita buat selama-lamanya?


Saya menceritakan kisah ini supaya kita sama-sama mengambil iktibar daripada kejadian 

tersebut.


Cubalah sedaya mungkin kita kawal kemarahan kita walau apa pun puncanya.

Saya sendiri berasakan tidak mampu untuk menghadapi situasi tersebut jika saya menjadi si kakak.

Allah sedarkan saya daripada pengalaman insan lain.

Adalah wajib untuk saya berkongsi supaya kesilapan yang sama tidak dilakukakan insan lain, InshaAllah.


5 Tips untuk kawal marah:

1. Jangan kita lupa insan yang paling kuat adalah insan yang paling sabar.

2. Jika kita sedang marah, ambillah wuduk untuk menyejukkan hati.

3. Beristigfarlah banyak-banyak..

4. Jangan kita lupa Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang sabar.

5. Ubahlah kedudukan diri kita. Jika sedang berdiri kita ubah kepada duduk. Jika sedang duduk kita ubah

    kepada berbaring, jika sedang berbaring kita tidur dulu.


Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat kepada semua.

Wassalam.




Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
 (Call / whatsapp / sms)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
 

Hubungi Azman / Hayaty untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
         (Call / whatsapp / sms)           

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.



 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!


Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
                                                               (Call / whatsapp / sms)  

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...