Thursday, August 7, 2014

Cesarean dan Shaklee




Assalamualaikum...

Alhamdullilah, bertemu kita sekali lagi dalam blog saya ni.

Alhamdullilah kita semua masih diberikan keizinan untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri.

Alhamdullilah kita semua sihat, kaya dan berjaya!


          Hari  saya nak cerita kisah pembedahan Cesarean.. (wanita dah berkahwin arif apa tu cesarean, nak nak yang pernah jalani pembedahan Cesarean). Saya nak cerita berdasarkan kisah benar pengalaman isteri saya melahirkan anak bongsu kami, baby Aira Asghia. Isteri saya mengalami kesakitan di waktu Maghrib, malam di mana kenduri tahlil untuk arwah bapak saya turut dijadualkan berlangsung. Nak tak nak saya terpaksa juga tinggalkan majlis yang bakal berlangsung lepas Isyak. Buatnya baby tak sabar-sabar nak keluar, tak ke haru.

        Setibanya di Hospital Banting terus hantar isteri ke wad ibu mengandung dan bersalin. Jururawat arahkan saya buat pembayaran di kaunter pembayaran. Jadinya, saya hantar dan tinggal. Dah nak masuk anak ke tiga, pengalaman dah ada. Memang boleh bertenang untuk uruskan hal-hal kecil ni. Selesai je urusan pembayaran, saya pergi semula ke wad ibu mengandung dan bersalin, jururawat cakap doktor nak jumpa. Rupa-rupanya Doktor nak hantar isteri ke Hopital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sebab Doktor cakap iseri mungkin kena jalani Cesarean. Hopital Tengku Ampuan Rahimah, Klang lebih lengkap kemudahannya dan doktor pun banyak di sana. Saya pun okay je lah. Saya tanya, "Nak saya bawa isteri saya sendiri ke"? Doktor cakap "Ehhhhh, mana boleh! Kami hantar guna ambulan!". Terpulanglah doktor, jangan marah, saya ni memang suka bertanya. Tak kisahlah kalau orang lain fikir "Ehhhh itu pun tak tahu?". Hidup saya mudah, tak tahu saya tanya, benda yang senang jangan disusahkan, ringkas je.

      Saya pun pergilah ambil barang-barang isteri yang tadi dah diletakkan di katil. Ambulans nak bawak isteri saya bawalah dulu. Saya ikut dari belakang, bawa mak mertua dan anak nombor dua saya sekali, Aleesya. Jangan salah anggap ye, saya tak cucuk rapat belakang ambulans. Ambulans laju gila cadbury, kereta Naza Forza laju manalah sangatkan. Ehhhhhh, kan kecemasan?!!! Lor, yang kecemasan isteri saya bukan saya. Yang nak bersalin isteri saya, bukan saya. Kalau saya cucuk rapat-rapat belakang ambulans tu dan sampai sekali dengan ambulans apa yang saya boleh buat? Kalau saya boleh tolong isteri saya melahirkan baik bersalin dekat rumah je.

      Kisah di Hopital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, doktor cakap mungkin perlu jalani cesarean sebab baby besar.

Saya: "Berapa anggaran berat baby doktor".
Doktor: "Mungkin 3.2kg".
Saya: "Takdelah berat sangat, anak saya yang sulung 3.8kg boleh je lahir secara normal"
Doktor: "Cuma anggaran, dan nak beritahu awal-awal mungkin isteri anda perlu jalani pembedahan.
Saya: "Okay Doktor, buatlah apa yang terbaik untuk isteri dan bayi dalam kandungan"

Hopital Tengku Ampuan Rahimah, Klang memang 'syurga' bagi kanak-kanak sebab kafeteria buka 24 jam dan ada pelbagai jenis makanan, minuman dan permainan dalam tu. Macam-macam mainan Aleesya dapat malam tu, mentang-mentanglah mama dia takde. Manja dengan abah anak-anak saya ni. Saya memang bermalam di Hopital Tengku Ampuan Rahimah, Klang malam tu. Kasihan tengok mak mertua dan Aleesya yang tidur atas kerusi. Punyalah lama kali ni isteri nak bersalin, daripada Maghrib sampai ke Subuh takde khabar berita yang diterima. 3-4 kali tanya belum ada apa-apa, tak larat saya nak tanya sampai ke pagi perkembangan isteri saya. Subuh tu saya hantar mak mertua dan Aleesya balik ke Banting. Klang ke Banting perjalanan dalam 40 minit, bukan sebab apa, sebab lampu isyarat terlalu banyak!!!Sampai rumah saya pun ambil kesempatan tidur. Kalau ada apa-apa nanti mesti Hospital akan telefon punya.

      Ye, memang doktor ada telefon sebab nak minta kebenaran emergency cesarean. Cumanya dek keletihan terlampau saya tak dengar bunyi telefon. Telefon berkali-kali tak dapat, doktor telefon handphone mak mertua saya (nasib baik isteri terfikir nak bagi nombor telefon mak mertua).

Doktor: "Encik Azman, Kami nak minta kebenaran untuk operate isteri Encik Azman. Boleh kami proceed"
Saya: "Okay Doktor, sila proceed"

Isteri saya tandantangan sendiri kebenaran untuk dibedah.Saya pun bersiap-siap bertolak ke Klang. Saya pandu macam biasa je, biarlah doktor yang jalankan tugas. Cuma dalam hati, berdebar-debar jugak sebab tak pernah lagi isteri dibedah. Ya Allah, Kau selamatkanlah isteri dan anakku itu. Berdoa jelah sepanjang jalan ke Klang tu. Sampai Hopital Tengku Ampuan Rahimah terus tunggu di luar Dewan Bedah, TUNGGU LAGI!!! Sabar itu penting, dah disuruh tunggu, tunggu je lah. Isteri terpaksa dibedah sebab denyutan jantung bayi dah semakin perlahan, bukaan 7cm je daripada malam sampai ke pagi. Punyalah lama isteri menangung sakit bersalin. Memang tak terbalas pengorbanan isteri tercinta, Puan Nor Hayaty Shari, "AKU CINTA PADAMU".

       Tiga hari dua malam isteri menginap di Hopital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dengan anak bongsu kami tu. Memang kasihan sangat tengok isteri lepas dibedah tu, memang langsung tak bermaya. Nak bergerak pun bukan main susah, apa lagi nak menyusukan bayi. Mak mertua saya cakap isteri jalani pembedahan cesarean, jadinya set bersalin tradisional yang dah dibeli tak boleh dimakan dan dipakai. Bertungku dan minum air akar kayu pun tak boleh. Apa lagi nak bergerak banyak sangat. Memang lain macam sangat berpantang orang yang bersalin secara cesarean ni.

        Selepas beberapa bulan saya ditakdirkan sertai Shaklee di bawah Empayar MariaFirdaus. Bukan main sertai je ye, sebelum tu saya solat istikharah minta Allah tunjukkan apa yang terbaik untuk saya dunia dan akhirat. Alhamdullilah, memang terbaik Shaklee di bawah Empayar MariaFirdaus. Alang-alang nak berbisnes Shaklee baik saya daftar dibawah program keahlian percuma je! Ye, saya daftar Shaklee percuma, kos pos sekotak besar pun percuma. Apa yang paling best, saya dapat produk-produk yang terbaik dan semestinya yang paling utama ialah VIVIX. Vivix membantu saya berhenti merokok manakala ZINK,OMEGA,VITAMIN C, VIT B COMPLEXS, VITALEA, ESP, dan yg terbaru VITAMIN E untuk isteri dan anak-anak. Dua minggu isteri saya makan produk  Shaklee die tanya kenapa dari dulu lagi tak beli produk-produk Shaklee ni??? Saya tanya "Kenapa pula sayang tanya?"

Ini jawapan isteri saya:

- Luka cesarean yang di bahagian luar tu kering dan dah tak lembap.
- Sebelum ni bila die tunduk nak ambil barang, bahagian kena potong tu rasa ngilu, asal nak tunduk je siap berzikir bagai. Lepas ambil produk Shaklee hilang terus rasa ngilu tu.
- Sistem buangan dah bagus (Isteri saya ni kaki sembelit nombor 1, takde siapa boleh lawan, selalu kena ambil ubat untuk buang air besar. Alhamdulillah dah baik dengan izin Allah)
- Bahagian pinggang tu kan kena epidural, mase nk masuk bius tu. Sekarang dah semakin kurang sengalnya. Alhamdulillah dah tak sakit
- Akhir sekali,  tenaga memang tip top. Bangun pagi lepas subuh tengok die selesai siapkan anak sulunAlia Hani pergi sekolah. Aleesya nak mandi dan baby Aira carik pasal nak main je kejenye. Semua kerja sekarang dia buat dengan pantas.

Alhamdulilah Allah temukan kami dengan Shaklee dan Empayar MariaFirdaus.

Kepada suami-suami diluar sane yang mana isteri kena cesarean ke bersalin normal ke hadiahkan la set bersalin dan berpantang shaklee pada depa. Tak rugi pun. Kalau nak free consultation boleh tanya saya dan isteri. Nombor telefon kami ada di bawah. Produk bagus dan selamat harus di kongsi bersama. Ni saya tunjuk set yang saya beli untuk isteri.




Belanja gambar baby yg dikeluarkan dari tingkap. Aira Asghia.


Sedap dia tidur.  Okaylah, tu je nak saya nak kongsi kali ni. Segala yang baik itu daripada dari Allah..yg buruk dan lemah itu adalah daripada saya sendiri. Terima Kasih.


"Hidup anda, anda yang tentukan!!!"



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
(Call / whatsapp / sms)

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.


 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...