Wednesday, August 27, 2014

Jalan-jalan ke Zoo Melaka - Part 3 (Last Part) Plus Bonus!!!



Assalamualaikum,

Saya cuba sebaik mungkin siapkan Jalan-jalan ke Zoo Melaka - Part 3 (Last Part) Plus Bonus!!! ni secepat

mungkin.

Entry blog pun ada bonus? 

Ye! ada bonus untuk pembaca setia blog saya! 

Tunggu hingga di akhir entry ni  ye!

Jalan-jalan ke Zoo Melaka - Part 2 saya berhenti sampai di persimpangan dilemma sama ada nak naik tram

atau jalan kaki?

Tram yang tak berapa nak meriah je sebab orang belum ramai.

Sebagai rujukan je, hari tu pukul 2pm lebih pun belum gerak sebab orang belum ramai.

Bila difikir-fikirkan, kalau naik tram mesti ada lokasi haiwan yang akan miss punya. 

Nak ambil gambar pun susah, sudut terhad, terikat dengan pergerakan tram, maka keputusan yang diambil ialah berjalan kaki tour de' Zoo Melaka.

Berhampiran stesen tram ni ada kiosk makanan, boleh isi perut dulu sebelum menyambung perjalanan merentas Zoo Melaka.


Saya tak makan sebab dah makan awal-awal di rumah tadi sebelum bertolak ke Zoo Melaka.

Service masih boleh diperbaiki. Pelanggan utamakan masa layanan. Nice Kiosk anyway! :-)

Kami pun meneruskan tour de' Zoo Melaka! Haiwan apa lepas ni agaknye ye?!

Jeng jeng jeng!!!!

Miniature Horse ataupun kuda mini! 

Bukan kuda padi ke? 

Kuda Padi orang boleh tunggang lagi rasanya.

Ni memang kecik sangat kudanya! 

Pertama kali saya jumpa kuda kecil macam ni!!!

Lebih kurang kambing boer jantan je saiznye... 


Comelnye kuda-kuda ni!!!


2 ekor kuda mini berteduh sambil lunch!


Garam yang dulu biasa bagi kambing makan pun ada, memang bagus garam tuh!



Kuda mini yang hitam ni memula ingat patung kuda! Langsung tak bergerak-gerak.. hehehe..



Patutlah dok lepak je, dah memang begitu sifatnya... :-)


Lepas Kuda Mini kita pergi tengok haiwan besar punye!!!!


Badak Putih.

Badak Putih / White Rhinoceros / Ceratotherium simum. Kia Cerato dapat nama daripada Badak Putih ni ke?

Cuaca panas. Rileks je...

Besar punya kandang untuk Badak-badak Putih ni...

Port taiko-taiko bawah pokok

Amacam? nice view kan?

Dah cakap Badak Putihlah, ni buktinye!!! :-)

Kia Cerato = Badak Putih? nanti tanya pokcik google!

Lepas Badak Putih apa? 


Capybara.

Bahasa Jawanya saya tak tahu, bahasa Melayu pun not available.

Pertama kali nampak haiwan ni dekat Zoo Melaka.

Kalau biawak tu biasalah nampak belakang rumah nak makan ayam! 

Macam mana rupenye Capybara ni?

JOM!!!
Banyak haiwan yang dok lepak je, cuaca panas mungkin.

Salah satu cara untuk mengawal suhu rasanya air pancut ni.


Mungkin Capybara ni suka berendam, kolam disediakan


Rehatlah ye Capybara, kami datang nak tengok je.

Rasanya bahasa Melayu atau Jawa pun sebut Capybara kot... teringat pulak kat IMKK June 2014... 
bara bara bere bere....bara bara bara bere bere... :-)

Next!!!!!

Badak Cipan Tapir!

Adakah badak+cipan=Tapir? atau nama haiwan tu badak cipan tapir? Saya pun kompius!!!!!

Saya tak jumpa pun haiwan Badak Cipan Tapir. 

Tapi Tapir di bawah saya ada jumpa. 


Haiwan apa tu? mesti Alia Hani kompius...


Dwi kaler...

Boleh tahan besar!


Cuak!!! Alia Hani dan Aleesya dah cuak.....

Lari!!!!!

Tengok dekat tv lain, tengok live sebelah pagar lain... he he he

Tapir melepakingkan dirinye 

Duduk bawah pokok redup...

OOooo... Tapir makan tumbuhan



Tapir tak makan orang!!! ekekekeke.....


Saiz tapir memang besar ye! 

Walaupun tak garang memang rasa gerun lalu sebelah. he he he..... 

Lepas Tapir ape?

Maskot negeri Master Mohd Firdaus, he he he....

Bos Gaurus a.k.a Seladang!

Memula ingatkan lembu, tapi gile punye besar lembu neh!!!!

Lembu gergasi kot, rupanya Seladang!

Tulah, suruh pergi Zoo kata kat tv pun hari-hari boleh tengok haiwan. 

Ameeekow!!!!!


Ada tanduk macam lembu, besar macam kobau 

Lombu ke kobou? 

Dua-dua pun bukan neh...

Seladang rupanya!


Bye-bye Seladang....
MasyaAllah! Halus je batang pokok pinang ni, tapi masih kukuh! Kuasa Allah


Tinggikan pokok pinang tu?

Lepas ni kita tengok haiwan paling tinggi.

Ape? Zirafah? Yes!!! Kita tengok Zirafah dan Zirafah makan lepas ni!

Zirafah


Anak Zirafah lagi tinggi daripada kita!


Depa tengah adjust setting tempat makan.


Alia Hani dulu tengok orang bagi kambing makan, la ni tengok orang bagi Zirafah makan!

Makanan kena diletak di tempat tinggi, takdelah sakit leher Zirafah tu.

Aleesya pantang nampak orang amek gambar, ada je pose dia...


Jom kita tengok Red Lechwe pulak.

Red Lechwe

 Panjangkan tanduk dia.


Patut tak penah nampak, asal area Afrika...


Jom jengah Lembu Ankole.

Biasa dah nampak lembu. 

Ye ke? 

Anak-anak buah saya ada yang bila nampak ayam kampung pun macam nampak Zirafah.. he he he...

Jangan nampak lembu ingat dinasour sudah....

Lembu Ankole



 Tanduk ni kalau kena! Tiada maaf bagimu!
Semua haiwan dalam zoo ni ada diet yang ketat. Tolong jangan bagi makan sebarangan ye.
Jangan juga provokasi haiwan-haiwan dalam ni, sekali depa ngamuk tak cukup tanah kang nak lari!!!

Jom tengok Banteng, Banteng bukan Banting tempat tinggal saya tu. :-)

Nama haiwan ni Banteng!

You see as i said, opss type... Banteng... 

Ada yang panggil lembu pakai spender!!! ekekekeke

 Punggung putih, kaki pun putih sampai betis

Ada bersantai, ada gak yang mengawan. Tapi gambar tak sempat amek. 

Nampak macam pakai spender kan... hu huh

Lepas ni kita akan mula tengok haiwan yang ganas-ganas pulak!

Masa ni sebenarnya energy level dah low. 

Tekak pun dah haus. 

Nanti saya tunjukkan mana tempat kita boleh dapatkan makanan dan minuman ringan di kawasan harimau!

Cer tengok gambar Alia Hani kat bawah ni.

Penat dah katanya. 

Boleh pulak nak masuk dalam stroller Aira, dah lenguh nak berjalan.

Yang paling best, boleh mintak nak masuk dalam beg sandang saya tuh!!!! 

 Letih dah ye?

Percubaan nak minta masuk dalam stroller atau dalam beg sandang!!! No way!!!


Aaaauuuuuuuuummmmmmmmmm!!!!

Harimau Bintang 

 Anak Harimau Bintang




 Ye, saya tak masuk


 Amacam? Cantikkan...


 Full body



Harimau Bintang warna hitam

 Dok perati je....



 Rehat katanye


Baru bangun


Harimau Belang

 JANGAN SENTUH! PAGAR ELEKTRIK!!!!





 Macam baru lepas beranak je, harimau sekor ni memang tak tenang. Ke hulur ke hilir tempat yang sama je. Cari anak dia kot.

Port baik punye! Jangan mengigau sudah! Kang bedebus masuk dalam air. 

Cantik kan?! 

Nyaman je rasa. Selain untuk landskap, untuk keselamatan juga. 

Memang Cantik!

Kat bawah nilah tempat beli makanan dan minuman ringan berhampiran kandang harimau.

Setin air rm2.50 je.

Berbaloi bila tekak dah kering sangat. 
 Boleh ambil gambar dengan patung harimau. 

Nice view

Alia Hani suka bila nampak patung Harimau!

Lepas Harimau Belang kita tengok Singa Pulak!

Singa time ni tidur je. 

Masa berehat katanya.

Singa

 Nampak tak? Tak nampak? Terngok gambar bawah kalau tak nampak.

 Tengah tidur, baru lepas lunch kot.

Tempat Singa melepak. Alia Hani cakap ni Alex. Thanks Madagascar! ;-)

 Lama dah berjalan. 

Mana Gajah erk.... 

Ale... ale.... ale.. alee... Tok Gajahku...... he he he....

Ermmm Gajah belum jumpa lagi.

Lepas Singa ke tengok Buaya..

Buaya

Tak banyak ambil gambar dah lepas ni.

Alia Hani dok sibuk kata letih, tak larat, dan yang sebagainya.

Aleesya cool je. Aira pun rilek je, dah dok dalam stroller, bagi susu oklah dia!

Cerita pasal buaya ni, kan Taman Buaya seberang jalan je dengan Zoo Melaka ni, mungkin sebab tu tak 

banyak buaya dalam ni. 

Nak tengok banyak-banyak boleh pergi ke Taman Buaya.

Macam-macam jenis buaya ada!


Buaya berendam dalam air. Kasi sejuk badan katanya.

Jom kita tengok orang utan pulak!

Orang Utan!

Ada dua Orang Utan, satu anak dia, satu emak dia. 

Alia Hani memula bukan main lagi suruh dukung nak tengok mak Orang Utan.

Sekali tunjuk bukan main takut lagi dia... ha ha ha haaaaa....

Tengok haiwan lain tak takut sangat, sampai ke mak Orang Utan takut sesangat.

Nak tahu kenapa?

Jom tengok gambar-gambar kat bawah.

 Anak Orang Utan. Rilek je duduk dalam buaian.


Bersantai katanya


 Ntah apalah yang Alia hani takut sangat... Saya pun still confuse 

 Mak Orang Utan ni pun confuse!

Terus dia pusing belakang. Tengok anak dia kot-kot ada buat something yang menakutkan Alia Hani agaknya. Mesti anak Orang Utan tu pulak confuse!! ekekekekeke


Jom kita tengok chimpanzi.

Chimpanzi ni ada pengawal yang jaga di luar kurungan.

Mungkin sebab sebelum ni ada gangguan-gangguan nakal daripada pengunjung.

Chimpanzi






Chimpanzi ni tak nak main-main. Dia duduk je. 


Bila nak abis ni kan?

Ini jejalan ke ni ensiklopedia? ekekekeke...

Terima Kasih sebab masih sudi baca blog saya saya ke sini.

Tak lama dah nak nak abis dah.

Nasib baik buat part by part kan.

Ada lagi sikit je nak habiskan ni. 

Beruang Madu (Honey Bear)

Comel je beruang madu ni. 

Ingatkan beruang yang besar sangat tu.

Ke hulu ke hilir entah apa yang di cari...






Last but not least, kambing gurun!

Kambing Gurun

Kambing Gurun ni dok jauh. 

Masa nilah berangan nak beli kamera DSLR bagai. 

Tak pun nak beli Canon macam Fatin Liyana tu pakai...

Canon Exilim? rm1499?

Ke nak beli Go Pro?



Kambing gurun dah terbiasa dok dekat kawasan berbukit, bukit binaan manusia pun best katanya!




Lengkaplah sudah gambar-gambar haiwan di Zoo Melaka yang nak saya kongsikan.

Kami tak singgah ke Reptiles House untuk tengok ular sebab saya memang geli sikit dengan ular!

Lepas ni saya tunjukkan gambar surau dan taman permainan yang akan kita jumpa sebelum keluar.

Sebelum tu saya nak kongsi gambar-gambar kami sekeluarga di Zoo Melaka.








Gambar ni time dah nak habis tour dah... Sempatlah bergambar dengan replika penyu.

Hari masa tu pun dah nak hujan. Perfect timing, Alhamdullillah.

Jom kita balik. Sebelum tu saya tunjukkan surau dan taman permainan.

Ada papan tanda Keluar sebelum sampai Surau 

 Papan Arah ke Surau

Surau dalam Zoo Melaka sebelum ke pintu keluar

Waktu baru nak pukul 4pm. Waktu Asar pun belum masuk lagi. 

Kami pun terus menuju ke pintu keluar Zoo Melaka. 

Bye bye Zoo Melaka.

Tamatlah sudah Tour de' Zoo Melaka. 

Sampai keluar hari sudah gelap walau baru pukul 4 pm.

Di awal entry saya ada beritahu tentang Alia Hani bersemangat waja masa nak masuk Zoo Melaka. Cuba cari dia kat mana sekarang? Memang letih, saya pun letih tapi gumbira!! Cer tengok Aleesya! Still mainten!

Belum cukup lagi tiga jam masa masuk dalam kereta. 

Alhamdullillah, jam menunjukkan pukul 4:11pm tapi hari dah gelap.



Terus cari kedai makan lepas tu sebab anak-anak dah lapar.

Alhamdullilah dah ambil heavy breakfast pagi tadi.

Sampai je medan selera, masa ambil order dengar Azan Asar.

Adik kedai makan tu cakap Azan Melaka lebih awal daripada Kuala Lumpur.

Surau terdekat memang dekat pun kat Shell sebelah kedai makan tu, jalan kaki dalam dua minit je.

Selesai solat Asar tengok makanan dah sedia.

Selesai makan masa nak masuk kereta hujan dah mula rintik-rintik.

90% perjalanan balik ditemani hujan lebat sampailah ke Banting.

Persimpangan lampu isyarat Masjid KLIA.


Alhamdullilah kami selamat sampai sebelum Maghrib.

Berakhirlah pengembaraan kami ke Zoo Melaka, Melaka.

Komen saya: 

Berbaloi melawat ke Zoo Melaka walaupun ada kurungan yang masih belum disiapkan.

Tip:

Sebelum bergerak pergi saya makan vitamin C, dan Osteomatrik Shaklee untuk mengekalkan tenaga.

Alhamdullillah pinggang tak rasa sakit dan tak rasa lenguh sangat walaupun berjalan kaki hampir dua jam!

Oh ya!

Bonus untuk pembaca setia blog saya.

Saya nak berikan gambar-gambar yang saya tak siarkan dalam ni.

Boleh download file bawah ni ye!



Terima kasih semua kerana sudi membaca blog saya.

InshaAllah saya akan berikan lagi post-post untuk kita manfaatkan bersama.

Saya doakan semua sihat, kaya dan bahagia.

Wassalam.

Terima Kasih Semua!

Sila like dan Share Jika Anda Rasakan Entry Ini Menarik.




Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
 (Call / whatsapp / sms)


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
 

Hubungi Azman / Hayaty untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
         (Call / whatsapp / sms)           

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.



 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!


Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
                                                               (Call / whatsapp / sms)  

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...