Monday, August 25, 2014

Jalan-jalan ke Zoo Melaka - Part 1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua!


Semoga kita semua terus sihat, kaya dan berjaya ye. Saya doakan kita semua terus dirahmati Allah dan

dipermudahkan segala urusan.






Jom ke Zoo Melaka!!!


Kali ni entry santai, nak cerita pasal lawatan sambil belajar ke Zoo Melaka, Melaka. Dah berbelas tahun tak ke sana.

Kami bertolak dari Banting pukul 10:30 pagi.

Sebelum ke Melaka sempatlah ke Giant Nilai cari memori kad dan bateri untuk kamera.

Isteri saya kata kamera yang dibeli 8 tahun lepas tu masih elok lagi, sebab ada keluar warning bateri low.

Lepas dapat memori kad dan bateri cubalah onkan kamera tu. Errr... kenapa pulak tak boleh on kamera neh!?

Lepas godek sana godek sini pun sama.

Ermmm.... nak tak nak terpaksalah guna kamera handphone!

Sudah sampai masanya beli kamera baru kot.

Alhamdullilah tadi dah fully charged handphone dengan power bank as a backup plan.

Sah-sah mesti banyak gile gambar yang nak diambil masa kat zoo nanti.

Boleh tahan sesaknye!

Kerja Penambahan lorong sedang giat dijalankan. Tahniah Plus!



Cobaaannn!!!  Sabtu minggu terakhir raya, banyak yang buat rumah terbuka raya dan kenduri kahwin kot,

jalan sesak sebelum susur keluar Seremban. Sesak sampailah ke susur terakhir keluar Seremban.

Dah banyak susur pun sesak juga. Ditambah pula dengan kerja-kerja penambahan lorong yang sedang berjalan.

Kalau tambah banyak mana pun kalau pemandu-pemandu masih lagi kurang disiplin dan kemahiran pemandu pun kurang berkesan juga untuk mengatasi masalah kesesakan lebuh raya.

Dah tau nak exit Seremban guna lagi lorong paling kanan, dah dekat susur keluar mulalah nak mencilok sana sini.

Memanglah sesak lebuhraya tu. Ha!!! Betul! Lain kali kalau dari Banting guna je jalan dalam Labu - Seremban.

Dah terkena baru nak fikir guna jalan lama.

He he he.... tak ku sangka lebuhraya lancar di permulaan perjalanan, sesak juga di pertengahannya!





Counter yang sangat-sangat berguna!

Daripada dok hangin dengan lebuhraya sesak baik buat apa yang patut.

Counter dah ada di tangan, apa lagi? Peluang laksanakan Master Checklist!!!

Jangan buang masa begitu saja. 

Takkan mampu kita beli masa walau ada segunung emas!


Pintu gerbang Selamat Datang Ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Alhamdullilah, selamat sampai Ayer Keroh, Melaka.




Alhamdullilah, lebih kurang pukul 1 pm, sampailah ke susur keluar Ayer Keroh, Melaka. 

Tol Nilai ke Ayer Keroh rm12.40. 

Dah lama sangat tak pergi Zoo Melaka. 

Mulalah tercari-cari Zoo Melaka lepas tol Ayer Keroh tu. 

Sebagai panduan, mula-mula kita akan nampak Mini Malaysia de sebelah kiri, jalan ke depan lagi.

Jangan pandu laju sangat, kang terlepas nak kena u turn. Zoo Melaka ni sebelum Dataran Pahlawan yang 

ada Jalur Gemilang bersaiz lebih kurang Jalur Gemilang di Dataran Merdeka. 

Anda mesti jumpa signboard di bawah ni sebelum sampai ke Zoo Melaka. 

Jadi, jangan risau okeh!!! 

Kalau anda terlepas signboard ni pun jangan risau, pintu gerbang ke Zoo Melaka dah cukup besar rasanya 

untuk jadi landmark pintu masuk ke Zoo Melaka.


Singboard ke Zoo Melaka

Pintu Gerbang Zoo Melaka, Melaka


Nanti ada satu booth yang jual tiket parking drive thru... 

Bayaran rm0.60 sejam untuk sekeping. 

Saya beli satu set, sepuluh keping rm6.00. 

Dah beli jangan lupa goreng dan menang!!! 

Opssss, maaf.... gores dan pamerkan di dashboard. 

Adoyai, Kat Banting main masukkan siling je. 

Takpelahkan, masuk kandang rimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek! 

Jangan cari pasal nak masuk kat kandang rimau dalam Zoo Melaka tu ye!!!! 

Tu peribahasa Melayu je. Kandang kambing gurun pun jangan masuk dalam Zoo Melaka tu!!! 

Dia punya tanduk, sekali dia suntut mau ke ICU!!!!

Gambar di bawah aktitivi gores dan pamer tiket parking! 

Takde kena mengena dengan mana-mana sindiket gores dan menang ye! 

Menanglah sangat!!!!


Pamer Jangan Tak Pamer

Sejam rm0.60

Satu set 10 keping, rm6.00


Selesai urusan parking kereta dengan selamat daripada dikompaun, tengok jam dah masuk waktu Zohor. 

Alhamdullilah, dekat je surau dan toilet Zoo Melaka tu. 

Sebelum buat apa-apa baik solat dulu, ni tak tahu berapa jam nak tour Zoo Melaka ni. 

Cantikkan surau Zoo Melaka, gambar ada di bawah. 

Senang sikit anda nak kenalpasti nanti. 

Surau ni di penghujung deretan kedai cenderamata. 

Selesai solat nak dekat pukul 2pm dah. 


Pintu Surau Lelaki Zoo Melaka, Melaka

Pemandangan dari tepi surau Zoo Melaka, Melaka


Insha Allah saya akan sambung Jalan-jalan ke Zoo Melaka - Part 2. 

Kang panjang sangat kang lama pulak dah abiskan baca entry ni.


Jalan-jalan ke Zoo Melaka - Part 2 InshaAllah saya akan ceritakan dan kongsikan tentang hargatiket, pertimbangan naik tram atau berjalan kaki tour de' Zoo Melaka, jumlah masa 

yang diperlukan dan InshaAllah ratusan gambar haiwan di Zoo Melaka!

Jika anda rasa entry ni bermanfaat sila like dan share!

Terima Kasih Semua!







Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
 

Hubungi Azman / Hayaty untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
         (Call / whatsapp / sms)           

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.


 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...