Wednesday, October 1, 2014

Prolonged Jaundice Aira Asghia


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya doakan pembaca blog azmanhayaty sentiasa dirahmati Allah dan diberikan segala ilmu yang bermanfaat.

Semoga perkongsian saya dapat menambah nilai dalam kehidupan kita semua.

Kisah Prolonged jaundice atau sakit kuning yang berpanjangan anak bongsu saya, Aira Asghia nak saya kongsikan dalam entry kali ini.


Alhamdullilah, Aira Asghia selamat dilahirkan pada 16 Mac 2014, dengan kaedah cesarean.

Kebetulan tarikh lahir Aira Asghia sama dengan ibu saya.

Sudikan baca kisah kelahiran Aira Asghia dalam entry saya terdahulu di sini.

Aira Asghia berbeza daripada kakak-kakaknya sebelum ini, dilahirkan dengan

kaedah cesarean, dan menghidap pula sakit kuning yang berpanjangan (prolonged

jaundice).


Mungkin ada yang berkata "Alaaa biasalah baby kena sakit kuning."

Memang biasa baby kena sakit kuning, tapi jenis prolonged jaundice jarang-jarang berlaku.

Itu adalah salah satu sebab saya menulis entry ni.

Cara menangani prolonged jaundice ni berbeza dengan jaundice biasa.


Jom kita baca apa itu prolonged jaundice.

Prolonged jaundice didefinisikan sebagai kuning yang berlaku kepada bayi berusia lebih dari 2minggu (matang) atau 3 minggu (pra-matang).

Kekuningan ini berlaku atas banyak faktor akan tetapi punca yg paling biasa adalah disebabkan susu ibu (breast milk jaundice).

Walaupun begitu diagnosis breast milk jaundice hanya boleh dibuat setelah semua punca yang lain di siasat melalui ujian darah.

Punca-punca utama prolonged jaundice adalah :-

1. Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst

2. Masalah jangkitan saluran kencing

3. Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES)

4. Masalah metabolic ( galactosemia)

5. Sindrom-sindrom tertentu yang berkaitan dgn masalah hati

6. Masalah kelenjar tiroid

Dalam banyak keadaan semua bayi yg mengalami prolonged jaundice akan disiasat berdasarkan clinical suspicion berdasarkan berat lahir, dan perkembangan bayi tersebut.

Setelah semua siasatan melalui ujian darah dan air kencing adalah normal maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice dan tiada rawatan diperlukan kerana ia akan hilang sehingga umur bayi berusia 2 bulan.

Ada pun begitu tanda yang merbahaya adalah sekiranya najis bayi bewarna pucat kuning atau pun warna air kencing gelap seperti teh pekat kerana itu mungkin masalah hati tersumbat.

 Sumber : http://www.doktorbudak.com/2013/09/03/anak-saya-masih-kuning-prolonged-jaundice/


Aira Ashghia disyaki ada penyakit kuning bila jururawat Klinik Desa Olak Lempit membuat

pemeriksaan bayi baru lahir di rumah.

Bila dah disyaki ada penyakit kuning, kami diarahkan bawa baby kami ke Klinik Kesihatan

Bukit Changgang untuk pemeriksaan darah pada hari ke lima kelahiran.

Adoiiii, dah cuba dah kurangkan kuning Aira Asghia tetapi gagal.

Bukan malas nak bawa baby ke klinik kesihatan, tapi kasihan tengok baby yang masih

kecil tu diambil darah.

Sedangkan kita yang dewasa ni pun ada yang takut bila disuruh beri sample darah, inikan

pula baby.

Bacaan pertama tahap bilirubin baby kami adalah 218umo1/1L.

Kira tak teruk sangat dan bukan bagus sangat, sedang-sedang je.

Untuk makluman Tahap bilirubin yang melebihi 85umo1/1 (5mg/dL) akan menunjukkan

tanda kekuningan dan sekiranya meningkat kepada 100umo1/1 ia masih di dalam kawalan.

Namun sekiranya dalam masa seminggu tahap bilirubin meningkat sehingga melebihi

340umo1/1 atau 21mg/dL, rawatan fototerapi akan diberikan.

Alhamdulillah, tak perlulah baby kami ditahan di wad.


Maka bermulalah operasi menurunkan tahap bilirubin Aira Asghia.

Lepas satu petua, satu petua kami amalkan.

Berikut adalah petua-petua tradisional yang kami amalkan.

1. Mandikan baby dengan air daun belimbing

2. Mandikan baby dengan air daun dukung anak.

3. Mandikan dengan air daun durian belanda

4. Titiskan anggur hitam dan anggur hijau

5. Titiskan air zam zam

6. Bagi susu kambing segar dan susu kambing paket

7. Mandikan dengan herba yang beli daripada kedai tabib Cina

(Mohon dapatkan pandangan pihak lain yang lebih arif sebelum mencuba segala petua ini ye, do at your own risk!)


Dan berikut adalah bacaan tahap bilirubin Aira Asghia mengikut turutan.

1. 20/3/2014 - 218.4umo1/1L

2. 21/3/2014 - 214.0umo1/1L

3. 22/3/2014 - 211.1umo1/1L

4. 23/3/2014 - 254.0umo1/1L

5. 24/3/2014 - 208.0umo1/1L

5. 27/3/2014 - 214.0umo1/1L

6. 28/3/2014 - 216.0umo1/1L


Memang pening!

Memang gelisah!

Memang risau sangat-sangat bila segala ikhtiar belum diizinkan Allah untuk

menyembuhkan sakit kuning Aira Asghia.

Tahap kuning tak teruk sangat sampai perlu ditahan di wad, dan tidak kurang sangat

untuk kami berasa lega.

Siapa yang tak kasihan bila berulang kali si kecil itu dicucuk untuk diambil darah.

Tiada ubat ye untuk sakit kuning baby ni, melainkan bila dah terlalu tinggi baru akan

diberikan rawatan fototerapi.


Isteri saya pun dah tak senang duduk, lama sangat jaundice Aira Asghia ni.

Bila dah jadi macam ni nak tanya siapa?

Siapa lagi kalau tak uncle google!

Dulu kami belum join MFMS, memang kurang sumber untuk dirujuk.

Kalau sekarang ni, InshaAllah doktor-doktor dalam MFMS mampu memberikan khidmat

nasihat.

Google punye google jumpalah term prolonged jaundice yang memang sama dengan

jaundice Aira Asghia!

Kena hentikan susu ibu??!!

Erkkkk, biar betul??!!!

Tapi sebab dah habis ikhtiar, terpaksalah juga hentikan susu ibu untuk Aira Asghia.


Bila dah hentikan beri susu ibu, Alhamdullillah kuning Aira Asghia secara fizikalnya dah

berkurangan.

Namun masalah lain pula bila isteri dah hentikan susu ibu selama lebih kurang 2 minggu.

Aira Asghia dah sedap guna botol, susu lancar je mengalir, tak nak dah bila diberi susu ibu.

Memang sampai sekarang ni, umur Aira Asghia dah 6 bulan guna susu formula je.

Badan pun dah berketak-ketak, kelakar bila pakaikan baju baby girl sebab Aira Asghia macam baby 

boy!

Kami sedang dalam perancangan untuk memberikan semula Aira Asghia susu ibu.

InshaAllah dalam masa terdekat ni kami akan usahakan.

Mohon doa semua agar usaha kami dipermudahkan dan diizinkan Allah.


Saya doakan semua pembaca blog azmanhayaty mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Semoga kita semua terus sihat, kaya dan berjaya!


p/s: Boleh rujuk blog di bawah untuk maklumat berkaitan prolonged jaundice.

1. http://secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com/2014/01/bayi-jaundice-prolong-jaundice-atau.html
2. http://www.hmetro.com.my/articles/Ibutakperlurisau/Article

9 comments:

  1. Kenapa kena hentikan susu ibu?bkn ke susu ibu bgs utk kurangkan kuning bayi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bby yg menghidap kuning berpanjangan slh satu faktor adlh susu ibu...berbeza dgn kuning biase

      Delete
  2. Saya paham dengan keadan isteri. Sebab saya pun alami masalah yang sama. Untuk pengetahuan skg saya masih berpantang hari ke 24 dah. Masa ank kedua saya lahir pun dah kena kuning. Cuma masalah saya beza sebab susu bdn amt kurang, masa kuning nurse sering kata jangan lepas g anak minum susu ikut masa supaya kuning tuu kuar melalui kencing dan buang air besar. Anak kuning nie siang dia akan tido sahaja. Bagaimana nak beri susu bdn? Sebab tu saya guna botol dan saya pam susu bdn, selang seli susu formula. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan saya hari tuu..

    ReplyDelete
  3. Saya paham dengan keadan isteri. Sebab saya pun alami masalah yang sama. Untuk pengetahuan skg saya masih berpantang hari ke 24 dah. Masa ank kedua saya lahir pun dah kena kuning. Cuma masalah saya beza sebab susu bdn amt kurang, masa kuning nurse sering kata jangan lepas g anak minum susu ikut masa supaya kuning tuu kuar melalui kencing dan buang air besar. Anak kuning nie siang dia akan tido sahaja. Bagaimana nak beri susu bdn? Sebab tu saya guna botol dan saya pam susu bdn, selang seli susu formula. Hanya Allah sahaja yang tahu keadaan saya hari tuu..

    ReplyDelete
  4. Isteri saya pernah mengalami prolonged jaundice ini. Alhamdulillah, setelah berjumpa dengan penawar demam kuning ini, jaundice semakin berkurang sehingga pulih. Website pun saya jumpa di google cubala.. http://www.demamkuning.com

    ReplyDelete
  5. New born jaundice sekarang boleh buat rawatan kat rumah.
    visit http://hometherapyy.com @ tel:0123404007, They provide rental service for LED Phototherapy . Helping Mom to treat new born jaundice at home. Jimat masa & money and relex kat rumah boleh tengok TV.

    ReplyDelete
  6. New born jaundice sekarang boleh buat rawatan kat rumah.
    visit http://hometherapyy.com @ tel:0123404007, They provide rental service for LED Phototherapy . Helping Mom to treat new born jaundice at home. Jimat masa & money and relex kat rumah boleh tengok TV.

    ReplyDelete
  7. My second baby pun kena prolonged juandice. Mau hampir sebulan kena cek darah. Cek kencing Dan darah semua ok. Anak first pun kuning juga tapi tak lah sampai kena cek kencing.

    ReplyDelete
  8. Don’t think of anything else just contact Dr Abalaka and purchase some of his herbal medication and your depression will go away. This was my state of mind when my doctor told me that i will not be able to conceive due to the Fibroid that was rolling in my family life and when i decide to reach out to the priest, and the Priest told me what to do in other to get the medication. Eventually I receive all the Herbal medications that cure my Fibroid and give me the chance to become a proud mother: Dr Abalaka is a great spiritualist, He did it for me, you can contact Dr on (dr.abalaka@outlook.com). If you are suffering from the following gynecology disease::
    1. Fibroid
    2. High Blood Pressure (herbs to reduce your BP within 7days)
    3. Infection, regular body pains
    4. Blockage from the fallopian Tube
    5. Cyst from the ovaries
    6. Unpleasant smell from the virginal
    7. Irregular menstruation
    8. Weakness of the penis (not able to have sex with your partner or inability to satisfy your partner sexually)
    9. Watering sperm (low sperm count) not able to get woman pregnant.
    10.Infertility for easy Conception.......
    11.Skin diseases, Toilet infection and bad body odor…….Etc..
    12.get your ex back
    13.Happiness in relationship
    14.Command respect in the society
    14.Enlarge your Penis/breast with no side effect
    15.Breast Cancer
    16.impotente solution
    17.Obesity solution
    18.Romantism solutions
    19.Cancer of the blood
    Those are the things he does, You can simply contact the spiritualist Dr Abalaka on (dr.abalaka@outlook.com) to get his Herbal Medication to cure your disease and put yourself on a motherhood side of life..

    ReplyDelete

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...