Thursday, July 17, 2014

Jom Beli Kerepek Banting!!!

Assalamualaikum,

       Kerepek dan Banting tidak dapat dipisahkan. Sama juga macam anak-anak Sidek dan Banting, memang tak dapat dipisahkan. Pathmanaban dan Banting??? Memang patut dilupakan kisah hitam itu. Hari ni saya pusing-pusing kilang kerepek, saya dapat sesuatu yang baru. Kerepek dan rumah besar, kereta besar juga tidak dapat dipisahkan. Murah rezeki usahawan-usahawan kerepek di Banting. Apa yang pasti, usaha mereka itu bukan hanya sehari dua, tapi bertahun-tahun. Bukan mudah nak sustain dalam bisnes kerepek jika tak tahu cara, masalah kekurangan bahan mentah, masalah bahan mentah naik harga, masalah persaingan dengan usahawan lain, kalau tak kuat memang boleh tersungkur.

       Kenapa saya pusing-pusing kilang kerepek? Sebab nak bantu kawan-kawan dapatkan kerepek Banting tanpa perlu datang berpuluh-puluh atau beratus-ratus kilometer tapi hampa apabila kerepek yang di cari telah kehabisan. Memang banyak khemah-khemas jual kerepek berhampiran kilang kerepek tapi harga memang tak sama macam di kilang. Untuk pengetahuan semua, kalau nak berniaga kerpek ada kilang hanya menerima tempahan daripada 1 Jun 2014 hingga 20 Jun 2014. Kalau datang waktu sekarang ni tak dapat dah nak beli borong dalam plastik besar gedabak. Kalau nasib baik, dapatlah beli kerepek ubi dalam plastik 500 gram, tapi kalau nasib tak baik memang takkan jumpa kerepek ubi dekat kilang tu, semua dah diborong oleh pemborong. Gambar di bawah rumah tauke kerepek kilang pertama yang saya pergi, tak ingat dah nak ambik gambar lain sebab teruja nampak BMW X6 kat porch. Memang patutlah ramai yang kata orang Banting kaya raya. Memang ada yang kaya raya, jutawan, jutawanita, tapi bukan semua. Masih ramai yang berusaha untuk menikmati kebebasan kewangan dan masa.


       Usaha tangga kejayaan. Setelah percubaan menghampakan selepas melawat kilang kerepek pertama, saya, isteri dan adik ipar ambil keputusan nak cari kerepek ubi di kilang yang jauh sedikit. Kali ni saya teruja dengan rumah di sebelah kilang kerepek ni. Bukan main besor dan cantik rumahnya. Tak percaya takpe, tengok je gambar kat bawah.


         Di kilang kedua seperti gambar di bawah saya jumpa kerepek ubi!!! Alhamdullilah, syukur sangat-sangat. Dapatlah kawan-kawan merasa kerepek ubi Banting nanti. InshaAllah. Kalau tak biasa dengan jalan di Banting memang agak susah nak cari kilang-kilang kerepek kalau terlepas papan tanda. Silap-silap akan terus sampai ke Morib yang memang agak jauh daripada lokasi kilang-kilang kerepek Banting!!!



         Mungkin bagi orang lain apalah sangat nak kecoh pasal niaga kerepek. Tapi bagi saya yang sedang berjihad menyucikan rezeki dan meningkatkan taraf kehidupan, apa yang saya pelajari hasil daripada mencari kerepek ubi sangat-sangat bermakna!



Dengan ini saya membuka tempahan kerepek Banting seperti gambar di bawah:-


Kerepek ubi: 500 gram : RM7.00


Kerepek Ubi Pedas Basah : 500 gram : RM8.00


Kerepek Ubi Pedas Kering : 500 gram : RM8.00

Buat mereka di kawasan Kuala Lumpur, Telok Panglima Garang, Cyber Jaya, Putra Jaya, perkhidmatan penghantaran disediakan bergantung kepada ketersediaan stock. 

Grafik Aleesya!!!! (Ntah kenapa Aleesya tanpa disuruh bergerak perlahan-lahan ke tepi... 
heheheh... anak abah!!!)




Azman: 010-5185 983
Hayaty: 013-260 1599 

5 comments:

  1. akak bungkus sendiri ke guane?

    ReplyDelete
  2. OPEN ORDER KEREPEK RAYA 🎉🎊🎆🎇
    Kerepek is a must masa raya kan?
    tapi tak kisah lah raya atau tidak, waktu bukan raya pon boleh dinikmati jugeee.
    Perkenalkan Kerepek terus dari kilang milik Muslim Bumiputera iaitu Jehan Kerepek. Dijamin bersih, halal dan sedap 😊
    Harga sangat berpatutan. Kerepek Borong.
    boleh call 03-31802834 atau ws 0142371942 untuk sebarang pertanyaan

    ReplyDelete
  3. OPEN ORDER KEREPEK RAYA 🎉🎊🎆🎇
    Kerepek is a must masa raya kan?
    tapi tak kisah lah raya atau tidak, waktu bukan raya pon boleh dinikmati jugeee.
    Perkenalkan Kerepek terus dari kilang milik Muslim Bumiputera iaitu Jehan Kerepek. Dijamin bersih, halal dan sedap 😊
    Harga sangat berpatutan.
    boleh call 03-31802834 atau ws 0142371942 untuk sebarang pertanyaan.. #kerepekborong #bundlepackbesar #jgnterlepas

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera….
    Perkenalkan diri saya, Farah dari Jehan Kerepek. Jehan Kerepek adalah satu kilang di Banting yang mengeluarkan dan menjual produknya secara borong kepada pemborong pemborong seluruh Malaysia. Kami menawarkan harga yang amat berpatutan kepada pemborong pemborong diluar sana. Kilang ini menawarkan pelbagai jenis kerepek untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Kami amat menjaga kualiti kerepek kami dari segi semua aspek.
    Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi 03-31802834 (Encik Zaihan @ Cik Farah) atau ws 014-2371942 (Cik Farah) pada waktu pejabat.
    Makluman tambahan. Pihak kami memohon maaf, kerana pihak kami belum lagi berurusniaga secara retail...ataupun belian kecil..semuanya dgn urusan borong ataupun bundle pack besar...mohon maaf sekali lagi...
    Kepada usahawan dan juga peniaga2 boleh berurusan dgn pihak kami melalui talian 0331802834 @ 0142371942 seperyi yang tertera..waktu pejabat... Sekian harap maklum :)

    ReplyDelete
  5. Sebulan sblm Ramadhan 2020 nnt nak dtg sini la..nk borong kerepek2 tuk niaga kat kg.

    ReplyDelete

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...