Friday, July 18, 2014

Shaklee sumbang ke Israel? Jangan salah boikot! Jangan salah sokong! Jangan salah hisap!

Assalamualaikum,


         Ramai yang tertanya-tanya betul ke Shaklee menyumbang keuntungan ke Israel? Isu ni tenggelam timbul, setiap kali Israel lancarkan serangan ke atas Palestin pasti isu ini akan timbul. Tenggelam pula bila serangan Israel berakhir. Ini semua gara-gara website http://www.kenesethisrael.com/ yang memaparkan logo dan membuat pautan ke laman web Shaklee.

screen shot daripada http://www.kenesethisrael.com
         Saya bukanlah pihak yang sesuai untuk menjawab persoalan ini. Makanya biarlah pihak yang lebih layak menjawabnya, Pihak Pengurusan Shaklee.

Kenyataan daripada Pengurusan Shaklee


Reply from Shaklee:-

Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?
A: No.

Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.

Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?
A: There is none.

Sincerely
Bradford Richardson
President, Shaklee International


         Kalau anda semua berminat nak tahu syarikat-syarikat manakah yang menyumbang kepada Israel, sila lawat laman web http://www.inminds.com/boycott-israel.html . Anda penyokong Arsenal? Bolehlah mula pilih team lain ye!!! Check it out machaaa!!!
                                                                       


Check it out!!!

          Jangan sampai setiap pembelian anda menyumbang kepada kemusnahan di Palestin dan kehilangan nyawa warga Palestin. Kalau dah terbeli tu takpe, next time kita kasi tukar!!!! Dalam dok sibuk boikot tu, nak tanya adakah anda seorang perokok? 






[Perokok beragama Islam yang menghisap rokok keluaran syarikat Israel juga bersubahat dalam pembunuhan orang Palestin, kata Persatuan Perlindungan Pengguna Pulau Pinang (PPPM). Presidennya, Koris Atan mendakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok ini menyumbang 10 peratus keuntungan kepada Israel untuk menentang jiran-jiran negara itu.

Koris, yang juga naib presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) memberitahu dia memiliki ‘dokumen industri’ untuk membuktikan dakwaannya. Koris memberitahu orang Islam yang mengutuk serangan Israel terhadap penduduk Palestin:-

"Kenapa nak suruh orang lain boikot produk itu ini dan produk Israel yang yang lain. Boikotlah sendiri dan mulakan dengan memboikot rokok keluaran syarikat rokok milik orang Yahudi."

Dalam perang yang sudah berlangsung selama hampir 50 tahun, Israel telah dikritik oleh seluruh dunia dan baru-baru ini melancarkan serangan terhadap Gaza, yang dilaporkan telah menyebabkan lebih 150 terbunuh.

"Ini juga waktu yang tepat untuk mengumumkan boikot, bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya. Jika orang Islam boleh berhenti merokok semasa puasa, kenapa tak berhenti terus selamanya?"

Koris yang merupakan bekas pengerusi Majlis Kawalan Tembakau Malaysia berkata, dokumen industri menunjukkan yang lebih 70 % perokok di Malaysia berbangsa Melayu.

Dia menyeru orang Islam yang bekerja di syarikat milik usahawan Yahudi yang setia kepada Israel untuk berhenti kerja serta merta dan berhenti bersikap ‘hipokrit’.

Dia juga mengkritik Putrajaya kerana menerima cukai jualan rokok dari syarikat-syarikat tersebut. Katanya, wang itu ‘haram’ dan ia hanya patut digunakan untuk orang bukan Islam, jadi satu akaun yang berasingan patut dibuat untuk cukai seperti itu.

"Berhenti letakkannya sekali dengan cukai halal. Wang ini mungkin boleh digunakan untuk menaik taraf sekolah atau menampung kebajikan yang berkaitan dengan orang bukan Islam."

Sementara itu, dia mengingatkan bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan yang merokok adalah tidak Islamik dan mempersoalkan mengapa orang Islam tidak mematuhi keputusan itu.

Memandangkan merokok tidak Islamik Koris menyarankan agar kerajaan membantu petani yang bekerja di ladang tembakau di Kelantan, Perlis dan Sabah untuk menukar tanaman memandangkan kebanyakan petani adalah orang Islam.

Dia mencadangkan kerajaan membantu mereka tanam tomato, cili dan tanaman lain.

Langkah seperti itu akan membantu petani yang miskin agar terus dapat bekalan makanan dan bekerja, kerana kebanyakan mereka tinggal di pedalaman.

"Ini ialah masa yang tepat untuk membantu mereka selari dengan semangat Ramadan. Tak ada orang bukan Islam akan membantah kerajaan membantu petani miskin.

Mengapa Malaysia tidak boleh jadi negara bebas tanaman tembakau?"

Tegas Koris yang juga pengerusi promosi, pubisiti dan penerangan zon Warisan George Town bebas-rokok:-

"Kesimpulannya, jika Malaysia tidak membuat langkah untuk memberhentikan kegiatan merokok atau mengimport rokok dari syarikat milik orang Yahudi, maka kerajaan juga menyokong pembunuhan orang Palestin.

Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mula serius tentang perkara ini untuk menunjukkan keikhlasan mereka memandangkan mereka berkata menyokong orang Palestin" lapor Yahoo Malaysia.]

     Saya doakan anda semua mampu berhenti merokok. 10 hari terakhir Ramadhan, buatlah solat hajat, mintalah agar allah bukakan pintu hati untuk berhenti merokok. Paling tidak pun cubalah hisap lenteng, daripada dok menyumbang ke Israel dengan rokok mahal tu. Banyak artikel berkenaan vivix yang mampu membantu anda berhenti merokok. Dalam blog saya ni pun banyak artikel tentang rokok. 

"Hidup anda, anda yang tentukan!!!"



Azman: 010-5185 983
Hayaty: 013-260 1599 

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...