Monday, July 21, 2014

Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan June 2014 - Doktor Azizan Osman

Assalamualaikum,

        Seminar Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan June 2014 oleh Doktor Azizan Osman banyak mengubah hidup saya. Kenapa saya tergerak hati nak join  Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan? Terus terang saya join Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan sebab nak ubah hidup saya daripada biasa-biasa kepada luar biasa. Dengan gaji antara rm3,000 hingga rm4,000 sebulan tidak banyak yang saya boleh lakukan. Dek bebanan hutan kegagalan lampau, memang gaji saya cukup-cukup makan, malah kadang kala tak cukup makan kalau ada perkara luar biasa berlaku pada bulan tersebut.

        Dulu masa arwah bapak saya ada, bolehlah pinjam (nama je pinjam, tapi biasanya arwah bapak kata... "takpelah, kau guna jelah duit tu") arwah bapak. Teringat lagi, kali terakhir saya pinjam duit arwah bapak saya sebab nak tukar bateri kereta. Ye, nak tukar bateri kereta pun pinjam duit. Arwah bapak saya meninggal dunia pada 18 Mac 2013 pada usia 77 tahun disebabkan penyakit sepsis. Penyakit yang jarang-jarang dikesan di Malaysia. Arwah bapak saya takde penyakit tiga serangkai (kencing manis, darah tinggi, sakit jantung), dulu masa operate usus Doktor pun terkejut sebab organ dalaman arwah bapak nampak lebih 'muda' daripada usia arwah bapak. Memang arwah bapak saya seorang yang cergas sehingga ke akhir hayatynya. Memang tiada siapa yang sangka sakit arwah bapak saya adalah sepsis, sebab selepas beberapa hari di ICU arwah bapak saya dipindahkan ke wad biasa. Saya sempat menjaga satu malam sewaktu arwah bapak berada di wad biasa. Memang arwah bapak sempat berada di wad biasa satu malam sahaja sebab keesokan harinya arwah bapak terpaksa dipindahkan semula ke wad ICU. Saya sempat juga bantu arwah bapak berwuduk di atas katil, temankan arwah bapak. Waktu tu memang lega sangat sebab arwah bapak dah ada di wad biasa. Namun tengah hari keesokkannya arwah bapak terpaksa dipindahkan semula ke wad ICU. Hari berganti hari hinggalah pada malam Isnin, 18 Mac 2013, pukul 10:10 malam arwah bapak menghembuskan nafas terakhir di saat saya tak henti-henti mambacakan kalimah syahadah di telinga  arwah bapak. Arwah bapak mertua saya yang menghidap kanser juga saya sempat membacakan kalimah syahadah di telinga. Saya bukan saja kehilangan bapak, tapi juga mentor, penasihat dan 'sahabat baik' saya. Kehilangan yang teramat besar dalam hidup saya.

        Sekarang, arwah bapak dah takde. Mak saya di bawah tanggungjawab saya sebab saya seorang je anak lelaki yang seibu dan sebapa. Apa yang mak saya perlukan saya mesti sediakan. Kalau bukan saya siapa lagi? Mak saya ada masalah sakit pada pinggul sebab pernah jatuh terduduk masa mengemas di kawasan luar rumah. Sakit on dan off. Dulu saya selalu bawak mak saya ke pusat rawatan urutan terapi tulang belakang berhaba. Sebab saya keje shift malam memang siang saya akan sedaya upaya bawak mak saya ke pusat rawatan urutan terapi tulang belakang berhaba tu setiap hari kecuali hari Ahad. Percuma je, tak perlu bayar pun. Alhamdullilah mak saya dah boleh naik tangga ke tingkat satu dengan mudah selepas rawatan di situ. Tapi, lama kelamaan dek kerana kesibukan urusan lain saya tak bawak dah mak saya ke pusat rawatan tu. Lagi pun selepas beberapa kali menjalani rawatan di situ mak saya dah boleh dah solat berdiri, sebelum tu mak terpaksa solat duduk. Pada saya, tak perlulah mak jalani rawatan lagi, mak dah okay. Saya setiap kali sebelum pergi kerja akan jumpa mak saya untuk bersalam, ada satu hari saya ketuk pintu bilik mak saya, senyap je, tiada balasan. Saya fikir mesti mak tengah solat Maghrib, saya tolak sedikit pintu, masa tu betapa hancurnya hati saya bila lihat mak saya terpaksa solat dengan duduk di atas kerusi. Dalam hati saya, "Ya Allah!!! Apa yang telah aku buat". Mak tak pernah mengadu pun yang mak terpaksa solat duduk semula. Saya menangis sewaktu memandu kereta ke tempat kerja. Dalam hati saya, "Apa yang telah aku buat?, apa yang telah saya capai selama ni?, kenapa aku tak mampu nak bantu mak sendiri? kenapa hidup aku macam ni? kenapa? kenapa? dan kenapa? Dalam tangisan saya bermohon, "Ya Allah bantulah aku Ya Allah!". Kalau takat buatkan anak tangga untuk toilet rumah mak memang saya buat sendiri sebab boleh buat sendiri walaupun tak sempurna mana. Tapi untuk belikan mak katil untu rawatan tulang belakang berhaba tu memang saya belum mampu, walaupun satu ketika ditawarkan dengan harga rm6,500.

      Itulah antara push factor kenapa saya nak sangat join Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) June 2014 - Doktor Azizan Osman. Saya nak ubah hidup saya, saya nak bantu mak saya, saya nak bantu mak mertua saya, saya nak baiki kehiduapan saya, saya nak bayar hutang-hutang saya, saya tak nak dah hidup biasa-biasa. Saya sanggup kerja straight 7 hari shift 12 jam untuk saya join IMKK. Saya sanggup pinjam duit untuk beli tiket IMKK. Saya percaya dengan IMKK saya akan dapat sesuatu untuk ubah hidup saya! Alhamdullilah saya berjanji dengan isteri selepas IMKK saya nak berhenti merokok, dan tanpa disangka-sangka Doktor Azizan adakan satu slot untuk nasihatkan peserta-peserta berhenti merokok. Katanya merokok akan mengotorkan 'kolam jiwa'. Bila 'kolam jiwa' kotor macam mana nak tarik perkara-perkara baik dalam hidup?? Selain tu kami diajar konsep beri, beri, beri... "What you give, you get back more!!!" Di IMKK bermacam-macam perkara tentang kehidupan di ajar. Kalau sehari tak menangis memang tak sahlah kalau di IMKK, luntur segala ego bila berada di sana.

       Alhamdullilah, kini hidup saya telah banyak berubah. Allah juga telah lorongkan saya untuk join Empayar MFMS melalui Shaklee. Kumpulan yang sangat tepat untuk saya sertai. Kumpulan yang menekankan hubungan dengan Allah! Alhamdullilah leader saya pun anak didik Doktor Azizan Osman, puluhan ribu telah dibelanjakan untuk sertai kursus Doktor Azizan Osman dan segala ilmu yang diperolehi dicurahkan kepada kami!!! Saya yakin kehidupan saya sedang berubah bersama Empayar MFMS. Dengan Master Checklist yang dibekalkan, pastinya hubungan dengan Allah akan lebih baik lagi. Kami juga mempunyai  kumpulan rahsia di FB, web site rahsia yang merupakan lautan ilmu, kumpulan media sosial rahsia khusus untuk kami berdiskusi dan bertanya apa jua perkata. Sokongan daripada ahli-ahli lain umpama adik beradik dah walaupun sesama side line kerana kami percaya lebih banyak yang kami berikan lebih banyak yang akan kami terima. Saya juga perlu membantu insan-insan lain di luar sana untuk berjaya, barulah saya akan turut berjaya. Kejayaan itu tidak akan hadir tanpa berusaha. Rezeki juga lebih mudah bila dijemput, bukan di cari! Buat mereka yang ingin sertai saya bersama Empayar MFMS boleh hubungi saya!

Saya kongsikan video IMKK June 2014 untuk tontonan anda!! Saya antara hampir 8000 peserta!!!!




                                 "Hidup anda, ANDA yang tentukan!!!"



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
(Call/whatsapp/sms)

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...