Sunday, July 6, 2014

20 Tips Berhenti Merokok (Jauhilah larangan Allah, merokok itu haram!)


20 Tips mudah dan pantas untuk berjuta-juta perokok di luar sana berhenti merokok. - Oleh Fred H.Kelley [Diedit dan diterjemahkan oleh Azman] 



Berhenti merokok bukan mudah! Kalau mudah, dah lama dah tapau syarikat-Syarikat rokok di luar sana. Mereka semakin kaya, kita??? huhuhu... 
Lu Fikirlah Sendiri Bro!!! Kali ni gua nak kasi tips yang terbukti membantu sesetengah perokok berhenti merokok. 
  1. Percaya pada diri sendiri. Percaya yang anda boleh berhenti! Fikirlah tentang kepayahan hidup yang sangat-sangat mencabar satu ketika dahulu dan anda semua mampu mengatasinya! Bukan susah pun, fikirkan je malam pertama anda. Senang ke? Tak senang sangatkan? Takut! Malu! Serba salah! semua pun ada, tapi anda mampu juga harunginya!!! 

  2. Lepas baca senarai tips ni, duduk dan tulis perancangan bagaimana anda mahu dan bagaimana anda akan berhenti merokok. Nak berhenti terus, nak berhenti sikit-sikit, nak berhenti dalam masa 3 bulan, nak berhenti beli rokok, tapi nak minta daripada kawan-kawan je?, nak try sekotak rokok untuk satu minggu? Sila duduk dan tuliskan perancangan anda.

  3. Senaraikan apakah yang anda akan dapat dengan berhenti merokok sekarang! (Kebaikan berhenti merokok): hidup lebih lama, rasa lebih baik,, untuk keluarga anda,dapat jimat duit, bau nafas lebih bagus, lebih mudah mencari kawan, nak elakkan mati pucuk? apa saja! Tuliskan!. Anda tahu keburukan merokok dan anda tahu apa yang anda akan dapat dengan berhenti merokok. Tuliskan dalam kertas dan baca senarai ini SETIAP HARI!

 4. Minta keluarga dan sahabat-sahabat anda untuk menyokong keputusan anda
     berhenti merokok.
Minta mereka untuk tidak menghakimi anda dan minta sokongan penuh
     daripada mereka.
 Biarkan  mereka tahu kadangkala mungkin anda akan bersikap
      mengjengkelkan atau tidak rasional sementara anda berusaha untuk berhenti merokok.


 
5. Tetapkan tarikh anda nak berhenti merokok! Buat keputusan bilakah anda nak hapuskan
     benda haram tu daripada kehidupan anda buat selama-lamanya!
 Tuliskan, rancangkan tarikh
     bersejarah dalam hidup anda!. Sediakan minda anda untuk "Hari pertama dalam kehidupan
     anda tanpa rokok yang sama haram macam tutttt" Raikan!!! Buat majlis kenduri doa selamat
     ke, belanja kawan-kawan makan-makan ke, belanja anak-anak yatim makan-makan ke. 


 6. Beritahu doktor anda peracangan anda untuk berhenti merokok. Sokongan dan dan
     panduan daripada 
Support and guidance daripada pakar terbukti meningkatkan peluang untuk
     anda berjaya berhenti merokok.


 7. Mula bersenam. Bersenam secara mudahnya berlawanan dengan merokok. Bersenam
     mengurangkan tekanan dan membantu tubuh anda pulih daripada kerosakan akibat bertahun-
     tahun atau berpuluh tahun menghisap rokok! Vivix daripada Shaklee sangat-sangat membantu
     memulihkan tubuh perokok! Jika perlu mulakan dengan perlahan-lahan, dengan berjalan jarak
     dekat sekali atau dua kali sehari. Tingkatkan hingga ke 30-40 minit senaman, 3 hingga 4 kali
     seminggu. Amat di sarankan mengambil Vivix sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal.
     Sila minta khidmat nasihat pakar kesihatan anda sebelum memulakan sebarang program
     senaman. 


 8. Bernafas dengan dalam setiap hari antara 3 hingga 5 minit. Tarik nafas anda dengan            hidung perlahan-lahan (sangat perlahan pun boleh), tahan nafas untuk beberapa saat dan
     lepaskan nafas dengan sangat perlahan dengan mulut. Sila cuba bernafas dengan mata
     tertutup dan pergi ke langkah 9! 


 9. Bayangkan anda telah berhenti merokok (bukan perokok). Semasa anda bernafas
     dalam-dalam di langkah 8
, tutup mata anda dan bayangkan hidup anda sebagai seorang yang
     bukan perokok! Bayangkan anda sedang bersenam dengan gumbiranya seperti di langkah 7.
     Bayangkan anda menolak bila ada insan yang hulurkan sebatang rokok, sambil berkata
    "Maaf, saya tidak merokok dan saya doakan anda juga mampu berhenti merokok" .
     Bayangkan anda buang semua rokok anda dan anda dapat pingat emas kerana lakukan
     perkara tersebut. Bangunkan imaginasi anda. Bayangkan anda telah berjaya berhenti
     merokok!


10. Kurangkan jumlah rokok yang dihisap beransur-ansur
 (jika anda berhasrat
      mengurangkan jumlah rokok yang dihisap secara beransur-ansur, pastikan anda tetapkan
      tarikh akhir anda merokok). Cara untuk mengurangkan bilangan rokok yang dihisap
      termasuklah: Rancang berapa batang rokok yang anda mahu hisap setiap hari hinggalah    
      pada tarikh akhir anda berhenti merokok, jadikan jumlah rokok yang dihisap semakin
      berkurangan setiap hari, kalau sebelum ni anda biasa beli dua kotak rokok sekaligus, hadkan
      kepada sekotak rokok sahaja, tukar jenama rokok anda! kepada jenama rokok yang anda
      tidak begitu suka jadi anda tidak akan terlalu menikmati sedutan asap pembunuh itu!, beri
      rokok anda kepada orang lain, isteri anda contohnya... jadi setiap kali anda mahu merokok
      anda terpaksa bersoal jawab dengan isteri anda dahulu! hehehehehehe.... 


11. Berhenti merokok serta merta atau sedikit-sedikit
. Kebanyakkkan perokok mendapati
      bahawa mereka lebih mudah berhenti merokok dengan terus berhenti menghisap rokok tanpa
      perlu mengurangkan jumlah rokok yang dihisap secara beransur-ansur. Pilih kaedah yang
      paling sesuai untuk anda; berhenti merokok secara perlahan-lahan atau berhenti terus!!! Jika
      satu cara tidak berhasil, gunakan cara yang lain. Simplekan!!!


12  Cari perokok lain yang ingin berhenti merokok, 
 dan bantu satu sama lain dengan
      memberikan kata-kata positif antara satu sama lain bila berhenti merokok kian dirasakan
      semakain sukar! Sila lawat
Quit Smoking Forum  dan http://www.quitsmokingchat.com/ untuk
      mencari teman yang berhenti merokok.


13. Bersihkan gigi anda melalui program pemutihan gigi - bleaching. Maklumat boleh diperolehi
      di
sini. Nikmati gigi yang putih bersih dan berazam untuk mengekalkan gigi anda terus seputih
      itu!


14

14. Selepas anda berhenti merokok. Rancanglah untuk raikan selepas sesuatu tempoh
      contohnya dua minggu, sebulan, 3 bulan, 6 bulan dan setahun. Selepas 2 minggu bebas 
      rokok mungkin boleh bawa keluarga untuk menonton wayang atau berkelah. Selepas sebulan 
      mungkin pergi makan malam di restoran mewah (pastikan duduk di zon tidak merokok). 
      Selepas 3 bulan mungkin boleh pergi bercuti ke tempat yang dah lama anda impikan untuk 
      pergi bersama-sama keluarga! selepas 6 bulan, HADIAHKAN diri anda sendiri dengan 
      sesuatu yang sangat-sangat anda inginkan selama ini, jam tangan berjenama mewah 
      contohnya! Selepas satu tahun, adakanlah makan-makan, atau kenduri kesyukuran kerana 
      anda telah setahun bebas daripada benda haram tuh! Raikan hidup baru anda, nikmati 
      kehidupan yang lebih bermakna! Hubungan intim yang lebih sensasi bagi yang dah 
      berkahwin! Kalau saya cerita pun anda semua bukan nak percaya, jadi berhenti teruslah 
      merokok dan rasakan sendiri!!!!

15. Minum banyak air masak. Lagipun  air masak kan memang baik untuk kesihatan tubuh 
      badan kita, dan kebanyakkan orang memang tak cukup minum air masak. Air masak yang 
      diminum membantu mengeluarkan nikotin dan bahan kimia lain daripada tubuh anda. Ia juga 
      membantu mengurangkan ketagihan dengan memenuhi 'kehendak ' mulut yang mungkin ada.

16. Kaji apakah perkara yang menggerakkan rasa anda ingin merokok seperti tekanan, 
      selepas makan, tiba di pejabat, buang air besar, selepas seks, atau ketika baru bangun tidur. 
      Elakkan perkara-perkara ini, dan rancanglah sesuatu yang baru untuk menggantikan tabiat 
      menghisap rokok itu.

17. Cari sesuatu untuk berada di jari atau mulut anda. untuk menggantikan rokok. Mungkin 
      menggantikan rokok dengan straw. Atau menggantikan kos sebulan rokok dengan vivix yang         terbukti mampu membaiki dan memulihkan semula dna anda di sini
     
    (Testimoni Pengguna vivix yang menggunakan vivix untuk menangani simptom      
     penarikan nikotin: Alhamdullilah, rasa mengantuk dan rasa letih terlampau sehingga            saya pernah terbabas ke lane bertentangan semasa baru-baru berhenti merokok hilang 
    dengan vivix! )
    
[Kesan penggunaan vivix berbeza untuk setiap individu!!!]  

18. Tuliskan kisah anda berhenti merokok dalam bentuk lagu berinspirasi atau sajak! 
      Luahkan perasaan anda dan kenapa amat bermakna untuk anda berhenti merokok, dan 
      bacakan setiap hari sebelum tidur!

19. Simpan gambar keluarga atau seseorang yang sangat penting dalam hidup anda      
      sepanjang masa bersama anda!
      Di atas sekeping kertas, tuliskan ayat "Saya akan berhenti merokok untuk diri saya dan anda         Lekatkan mesej yang anda tulis bersama dengan gambar itu ye! Bila-bila masa anda rasa 
      terlalu ketagih nak merokok, lihat semula gambar dan baca mesej yang telah ditulis!

20. Bila saja anda rasa ketagih untuk merokok, daripada anda menyalakan sebatang rokok, 
      tuliskan apa perasaan anda atau apa saja dalam fikiran anda. Cetak dan bawa 'jurnal' ni ke 
      mana sahaja anda pergi!!


Saya doakan anda semua dibukakan pintu hati oleh Allah untuk berhenti merokok. Semoga Allah bantu mempermudahkan usaha murni anda semua untuk berhenti merokok. Jika saya yang sudah 20 tahun berhenti merokok boleh berhenti merokok, anda semua juga pasti boleh!!! 
AllahuAkbar!!!!


Boleh call/sms/whatsapp/pm saya untuk sebarang pertanyaan berkenaan vivix 
dan usaha berhenti rokok. 

Azman: 010-5185 983
Hayaty: 013-260 1599 

1 comment:

  1. tahniah kerana berjaya berhenti merokok.perkongsian yang menarik untuk perokok di luar sana:-)

    ReplyDelete

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...