Sunday, September 14, 2014

Bilakah Allah mahu makbulkan doa kita?






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


Alhamdullillah ketika ini saya berada di rumah ibu mertua saya di Batu 3, Kampung Razali, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Ambil kesempatan pulang ke kampung isteri sempena cuti sekolah seminggu.

Dalam kepala nak cuba habiskan baca buku Travelog Haji - Mengusik Hati tulisan Prof. Kamil.

Oh ya, saya memang seorang yang suka membaca.

Dulu masa sekolah saya suka membaca novel-novel kisah remaja, kisah cinta, kisah sejarah dan sains fiksyen.

Ketika itu, tidak banyak buku-buku motivasi di tulis oleh penulis-penulis.

Belum lagi ada buku daripada Dr. Fadhillah Kamsah, Dr. Azizan, dan Irfan Khairi.

Betapa berbeza dunia sekarang dan dahulu.


Travelog Haji - Mengusik Hati


Travelog Haji - Mengusik Hati tulisan Prof. Kamil sangat-sangat menarik perhatian saya.

Apa yang saya ketahui sebelum ni adalah ia adalah kisah Prof. Kamil yang tidak tahu membaca al-Quran walaupun bergelar seorang Profesor.

Profesor yang belajar mengenal huruf al-Quran setelah dewasa.

Lama juga saya ambil masa sebelum beli buku Prof. Kamil.

Yelahkan, harga rm50.00 untuk sebuah buku agak mahal bunyinya.

Alhamdullillah, dengan duit bonus daripada Shaklee dapat saya beli buku Prof Kamil.

Semoga saya menjadi insan yang lebih baik dengan izin Allah.

Selepas baca pendahuluan dalam buku ni baru saya tahu rupanya buku Travelog Haji - Mengusik 

Hati adalah gabungan daripada tiga buah buku yang ditulis oleh Prof. Kamil

iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok dan 50 Tip

motivasi Haji.

Saya ada niat nak mengerjakan umrah dengan Mentor saya di dalam Empayar Maria Firdaus, iaitu 

Master Mohd Firdaus Mohd Saad pada bulan Disember 2014.

Namun saya juga sedar, ada banyak perkara dalam diri yang saya perlu betulkan.

Saya juga ketika ini masih belum diberikan sumber kewangan untuk mengerjakan umrah, namun niat 

di hati sangat kuat nak pergi umrah.

Saya nak bawa isteri dan anak-anak saya, emak saya dan emak mertua saya jika Allah izinkan.

Semoga buku Travelog Haji - Mengusik Hati tulisan Prof. Kamil dapat menjadi panduan untuk saya.


Kisah Menarik Prof. Kamil


Setakat malam ni, saya dah baca sampai muka surat 29. 

Ada satu perkara yang amat meninggalkan bekas di hati saya.

Sebelum tu saya nak beritahu, sejak saya sertai Empayar Maria Firdaus, saya telah diberikan satu Master Checklist yang perlu diamalkan sebagai amalan mendekatkan diri 

dengan Allah.

Amalaan yang memudahkan kami menjemput rezeki, amalan yang menekan pergantungan diri secara total kepada Allah.

Kami amat percaya apa jua yang kami capai bukan kerana kehebatan diri kami, namun kerana izin dan kuasa Allah semata-mata.

Kami juga telah mendengar kisah-kisah luar biasa ahli Empayar Maria Firdaus yang mendapat rezeki tanpa di duga.

Kami mendengar kisah kejayaan sahabat-sahabat kami berjaya mencapai sesuatu yang luar biasa berkat amalan Master Checklist kami.

Namun kami juga ada mendengar kisah-kisah kegagalan sahabat-sahabat kami walaupun mengamalkan Master Checklist yang diberi.

Pada muka surat 29 Travelog Haji - Mengusik Hati tulisan Prof. Kamil saya temui jawapan kepada kegagalan-kegagalan sementara yang dialami sahabat-sahabat kami.

Untuk makluman semua, Prof. Kamil bersolat hajat hampir setiap malam selama setahun.

Beliau amat mengharapkan jawatan Profesor Gred khas yang sangat-sangat sukar diperolehi.

Walaupun sudah bergelar Profesor Madya namun beliau sangat-sangat berharap untuk mendapat jawatan Profesor Gred khas.

Beliau sedar tiada siapa yang dapat membantu selain Allah.

Akhirnya selepas setahun Allah makbulkan doa Prof. Kamil, dan Allah berikan sekali tunggakan wang puluhan ribu ringgit.

Adik Prof. Kamil, Azlina pula berdoa selama 2 tahun supaya dijemput Allah untuk mengerjakan haji.

Kisah Prof. Kamil dan adiknya boleh dijadikan tauladan untuk kita semua.


Sabar dalam berdoa


Jika selama ini berpuluh-puluh tahun kita lalai dengan perintah Allah dan sering melakukan apa yang dilarang Allah, bagaimana kita mahu mengharapkan Allah segera 

memakbulkan semua doa kita?

Jika baru sebulan dua kita menjaga solat 5 waktu sehari semalam, bagaimana pula kita mahu 

mengharap segalanya dipermudahkan Allah.

Ye, saya tak sangkal dengan izin Allah segalanya mungkin.

Apa yang saya ingin tekankan ialah, jangan pernah berputus asa membaiki diri dan jangan pernah 

berputus asa untuk berdoa kepada Allah.

Ada antara kita yang cepat Allah makbulkan doanya, dan ada pula antara kita yang sedikit lewat 

Allah makbulkan doanya.

Percayalah Allah Maha Mengetahu bila masanya untuk makbulkan doa hambanya.

Tugas kita, berusaha, berdoa, bertawakal dan beristiqomah.

Jadikanlah kisah Prof. Kamil yang bersolat hajat hampir setiap malam selama setahun baru Allah 

makbulkan hajatnya sebagai panduan kita bersama.


Harapan saya


Semoga kisah yang saya kongsikan ini mampu memberikan nilai tambah dalam kehidupan insan 

lain. 

Saya doakan semoga doa dan hajat anda semua dimakbulkan Allah.

Sampai bertemu lagi di entry yang akan datang.

Anda kaya, sihat, dan berjaya dunia dan akhirat, Aamiin.


Wassalam.






1 comment:

  1. Great entry, dah byk kali terpikir nak bli buku Travelog Haji.. Asal pegi MPH terlupa.. huhu..

    ReplyDelete

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...