Thursday, September 11, 2014

Anda berisiko tinggi menghidap kencing manis / diabetes!!??





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


Saya doakan anda semua sihat, kaya dan berjaya.

Semoga kehidupan kita hari ini lebih baik daripada semalam.




Ada yang tak tahu apa itu diabetes atau kencing manis?

Macam mana nak tahu kita ada diabetes atau tidak?

Saya akan cuba jelaskan apa itu diabetes mengikut pemahaman dan hasil daripada pembacaan saya.

Harap maklum, saya bukanlah pakar perubatan, sila dapatkan nasihat daripada klinik atau hospital

berhampiran untuk maklumat yang lebih tepat dan terperinci daripada doktor anda jika anda

mempunyai sebarang masalah kesihatan.



Rajin-rajin tanya mak ayah berapa bacaan gula dalam darah mereka.



Contoh bacaan gula dalam darah yang tinggi!!!


Maklumat ni saya ambil di Klinik Kesihatan Bukit Changgang masa hantar mak saya untuk buat

pemeriksaan berkala siang tadi.


Tajuk pamphlet tu Prevent Diabetes - Live healthy to prevent diabetes. Bahasa Melayunya,

Mencegah kencing manis - Hidup dengan sihat untuk mencegah kencing manis.


APAKAH ITU KENCING MANIS?

i. Kencing manis adalah keadaan di mana kadar gula dalam badan seseorang melebihi tahap biasa

untuk jangka masa yang panjang.

ii. Kencing manis terjadi bila pankreas gagal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh

tidak lagi berupaya menggunakan insulin yang dihasilkan dengan cekap.

iii. Jika diabaikan, kencing manis boleh menyebabkan komplikasi yang serius.



Jom tengok apa itu pankreas dan di mana kedudukannya dalam tubuh kita.






Patutlah pun, kalau dah perut besar, mesti pankreas akan terganggu. 
:-(


TIGA JENIS KENCING MANIS YANG UTAMA.


i, Type I

 > Kebiasaannya dikesan pada kanak-kanak atau remaja.

 > Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, diet terkawal dan senaman.

    Nota: Kawal berat badan anak kita semua, elakkan anak mengalami berat badan berlebihan.


ii. Type II

 > Kebiasaannya berlaku di kalangan orang dewasa berumur 40 tahun dan ke atas serta individu yang

    mengalami berat badan berlebihan.

 > Hanya boleh dikawal dengan diet terkawal, senaman, atau kombinasi diet, senaman dan ubat-

    ubatan.

 > Mempunyai sejarah ahli keluarga yang mempunyai diabetes.



    Nota: Peringatan untuk diri saya, sebab mak saya ada kencing manis. Selain tu, ukur lilit                         pinggang saya yang dulunya 27 dah jadi 34. Berat badan dulu 55kg, dah jadi 63kg.                          Umur saya pula dah 34 tahun.


    NAK TAK NAK, SAYA KENA BERBUAT SESUATU!


iii. Type III

  >  Kencing manis yang berlaku sementara.

  >  Terjadi ketika perubahan hormon semasa mengandung.

       Nota:  Lelaki tak kan ada kencing manis jenis ni ye. Biasanya ibu hamil akan disuruh minum air 

       gula sebelum permeriksaan darah untuk kencing manis dilakukan.


       JANGAN BUANG AIR GULA TERSEBUT!

       ANDA TENTU TAK MAHU BABY ANDA ADA DIABETES!




1. Darah daripada ibu membawa glukos berlebihan ke fetus.
2. Fetus menghasilkan lebih insulin untuk menangani glukos yang berlebihan.
3. Glokos yang berlebihan disimpan sebagai lemak dan fetus menjadi lebih besar daripada biasa.

Berhati-hati jika bayi anda dilahirkan dengan berat yang berlebihan.



FAKTOR-FAKTOR RISIKO 

i. Sejarah diabetes keluarga
 
    Jika salah seorang daripada ibu bapa atau adik beradik mempunyai penyakit kencing

    manis, peluang untuk mendapat kencing manis adalah tinggi.

ii. Berat badan berlebihan

    Mereka yang mengalami berat badan berlebihan biasanya akan mendapat kencing manis.

iii. Tidak aktif secara fizikal

     Mereka yang tidak aktif atau tidak banyak bersenam mempunyai risiko yang tinggi untuk

     menghidap kencing manis.

iv. Diet yang tidak sihat

     Pengambilan makanan yang tinggi kadar lemak dan gula, serta kurang mengambil fiber

     meningkatkan risiko kencing manis.

v.  Umur
 
     Umur yang lanjut.
   

SIMPTOM-SIMPTOM KENCING MANIS

i.   Selalu dahaga

ii.  Selalu buang air kecil

iii. Rasa letih dan penat

iv. Kurang berat badan walaupun makan seperti biasa.

v.  Luka lambat sembuh

vi.  Kegatalan terutamanya di kawasan alat sulit.


KOMPLIKASI AKIBAT KENCING MANIS.

i. Sakit buat pinggang

ii. Serangan jantung

iii. Hilang penglihatan

iv. Koma atau tidak sedarkan diri

v. Mengalami tekanan darah tinggi

vi. Stroke

vii. Neuralgia (Masalah saraf)

viii. Gangrene dan luka yang mengakibatkan kaki terpaksa di potong.

Mati pucuk tidak dinyatakan dalam pamphlet tapi saya rasa semua orang tahu kan?





ADAKAH KENCING MANIS BOLEH DISEMBUHKAN?

Kencing manis tidak boleh disembuhkan, cuma boleh dikawal dengan cara:-

> Diet Terkawal

> Bersenam setiap hari

> Mengambil ubat-ubatan dan/atau insulin mengikut jadual.

> Mengekalkan berat badan ideal, Body Mass Index (BMI) di antara 18.5 dan 23.0 kg/m2


Bagaimana nak kira BMI?

Formula kiraan BMI = Berat badan (Kg) 
                                     Tinggi (m) x Tinggi (m)


Contoh BMI saya = 64kg

                                1.6m x1.6 m
                             
                             = 25


ADOIIIIIIIIII, FAIL!!!! dah kira 2-3 kali pun sama je jawapannya!

Ingat susah sangat nak kira BMI, rupanya senang giler!

Tapi malangnya saya dah TERLEBIH BERAT!!!!


Alhamdullilah, saya ada ambil pamphlet senaman di Klinik Kesihatan Bukit Changgang tadi.

InshaAllah saya akan kongsikan di entry akan datang.


Saya kongsikan gambar-gambar masa mak saya buat pemeriksaan kesihatan berjadual, 3 bulan sekali.

Semoga satu hari nanti anak-anak saya tak perlu hantar saya macam mana saya hantar mak saya

walaupun selepas membaca dan menaip segala maklumat ni saya tahu saya berisiko tinggi mendapat

kencing manis.




Tak perlu ke hospital, di klinik kesihatan pun boleh terima rawatan.


Lepas siap pendaftaran, periksa darah dulu untuk tahu bacaan gula dalam darah


Kalau muka mak rileks je mesti bacaan ok, Alhamdullillah hari ni bacaan gula dalam darah mak 8.
Takdelah sampai berbelas-belas


Lepas diambil bacaan gula dalam darah, ambil bacaan tekanan darah tinggi pula.
Mak saya tengah check tekanan darah, lepas tu tunggu untuk jumpa doktor.
Bacaan mak 150 agak tinggi sebab kalau normal dalam 120-130.
Doktor tambah ubat untuk tekanan darah tinggi



Kena bawak plastik sendiri, farmasi tak bekalkan. Save the earth katanye.



Saya minta tolong Farmasi tuliskan ubat tu untuk apa, short form pun okeh asalkan faham
Nilah ubat-ubat mak saya, untuk kencing manis, darah tinggi, cairkan darah, insulin, dan kalsium.




Mak saya sekarang makan advance join health dan osteomatrik daripada Shaklee untuk kesihatan sendi.Alhamdullilah okay sikit dah kaki mak saya, kalau tak dulu nak turun dan naik kereta pun perlu ambil masa.
InshaAllah saya akan belikan vivix untuk mak saya nanti.



Semoga perkongsian saya kali ni mampu menambah nilai kepada kehidupan insan lain.

Saya mohon agar anda semua dapat sebarkan maklumat ini kepada seramai mungkin insan yang

anda kenali.


Sharing is caring!


Jasa baik anda semua saya dahului dengan jutaan terima kasih!

Semoga kita semua terus sihat, kaya dan berjaya!!!

Wassalam!







Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
 

Hubungi Azman / Hayaty untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Azman: 010-5185 983 

    Hayaty: 013-2601 599       

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik 

universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan

 mereka pada usia 

muda. 


MESTI DOWNLOAD!!!


 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!

MESTI DOWNLOAD!!!

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...