Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Tahun ni Tahun Melawat Malaysia kan?
Dah banyak ke tempat yang kita lawat sempena Tahun Melawat Malaysia?
Kalau anda berasa bosan tahap seperti gambar di bawah, pergilah bercuti-cuti Malaysia.
Semalam 01 September 2014, Malaysia bercuti sempena Hari Kemerdekaan ke-57.
Biasalahkan kalau cuti, anak-anak ada je cadangan yang menarik.
Nak ke sanalah, ke sinilah, kesinunlah....
Akhirnya saya ambil keputusan nak bawa mereka mandi di Kelab Tasik Cyberjaya.
Sampai sana baru tahu lepas pukul 3pm baru kolam renang dibuka kepada pengunjung.
Alia Hani dah buat muka nak nangis... he he he.. cakap nak balik lagilah teruk muka Alia Hani////
Adoooiiiiii.... macam mana neh? baru pukul 11am ni...
Teringat pulak kat Precint 9 Putrajaya ada juga kolam renang.
Makanya dari Cyberjaya bergeraklah kami ke Kompleks Kejiranan Precint 9, Putrajaya.
Dekat mana Precint 9?
Cer tengok peta di bawah, kalau dari Hospital Putrajaya, Kompleks Kejiranan Precint 9 berada di sebelah
kiri.
Sila masuk simpang ke jalan P9E.
Camner? Rasanya boleh dapat agak tak kat mana Kompleks Kejiranan Precint 9?
Takpe-takpe. Jangan risau. Signboard ada, kalau susah sangat tanya je aweks-aweks kat Petronas tuh...
he he he....
InshaAllah akan sampai juga anda ke sini....
Memang banyak pokok kat Kompleks Kejiranan Precint 9, Putrajaya.
Tak risau pun nak parking kereta walau cuaca panas terik.
Tak perlu bayar ye untuk mandi di kolam renang kanak-kanak.
Mak bapak budak pun boleh masuk, tapi tak perlulah nak buat terjunan macam Pandalela Rinong kalau
sayangkan tulang-tulang anda!
Jom tengok kanak-kanak bergembira di kolam renang!
Amacam? Bestkan kanak-kanak bila berendam dalam kolam.
Antara kemudahan yang ada...
Gym pun ada
Nak masuk gym kena bayar dulu ye..
Surau lelaki ada
Surau perempuan pun ada
Bilik tukar pakaian pun ada. Jangan risau.
Kalau nak datang sila datang siang ye.
Malam kolam renang kanak-kanak ni tak dibuka untuk maintenance.
Masuk percuma je, tak perlu bayar apa-apa pun.
Jom saya kongsikan lagi gambar yang saya ambil di Kompleks Kejiranan Precint 9, Putrajaya!
Semoga entry saya kali ni membantu mereka yang tercari-cari kolam renang untuk anak-anak di sekitar
Putrajaya.
Saya doakan kita semua sihat, kaya, dan berjaya.
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
Hubungi Azman / Hayaty untuk:-
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
Hubungi Azman / Hayaty untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
(Call / whatsapp / sms)
Dulu masa muda2, sya slalu pegi gym kat cni :)
ReplyDelete