Saturday, January 24, 2015

Cara tukar tombol pintu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog azmanhayaty.

Saya doakan kita semua diberikan kejayaan dan kekayaan supaya kita semua dapat memberi lebih banyak lagi kepada yang lain.


Ada sesiapa pernah cuba tukar tombol pintu?


Pertama kali cuba tukar mesti rasa susah gilerr!!! 


Saya pun macam tu, ekekekeke.... Perkara pertama kali kita lakukan biasanya memang bukan mudah.


Alaaa dulu masa kita belajar berjalan pun bukan mudah kan, tapi lama kelamaan jadi perkara yang sangat-sangat mudah.


Semoga apa yang saya kongsikan ini mampu memberi manfaat kepada semua.

LANGKAH 1: 

Jangan buka tombol pintu lama anda sebelum anda beli tombol pintu baru ye!


Kang dah bukak, tapi tak dapat beli yang baru bukan mudah ye nak pasang semula tombol lama yang mungkin rosak masa anda cuba buka.


Apa yang anda akan dapat dengan set tombol pintu baru?



Set tombol pintu baru!

1. Set tombol pintu termasuk skru dan pin
2. Anak kunci
3. Manual cara pemasangan

Ada manual tak payahlah susah-susah nak kongsi cara pasang tombol pintu?

errrrrmmmm boleh juga, tapi manual tu sebagai panduan je. 

Banyak perkara yang tak diberitahu dalam manual tu.

Contoh? 

Dalam manual tu takde beritahu kena beli tombol pintu baru sebelum tanggalkan tombol pintu lama.

Alaaaa gurau pun tak bolehhh

Tombol pintu dah ada, jom ke langkah seterusnya!


LANGKAH 2:

Pada set tombol baru tu akan ada pin.

Cari pin seperti gambar di bawah.


Pin ni digunakan untuk keluarkan tombol pintu.

Lebih mudah kerja kalau ada pin ni, kalau dah terhilang guna screw driver (pemandu skru) pun boleh!

Di tombol pintu tu akan ada lubang untuk kita cucukan pin ni.

Kena sabar dan tenang ye langkah ni, jangan kelam kabut.

Mesti boleh tanggalkan punya.




Gambar atas tak nampak lubang nak kena cucuk tu?

Sila tengok contoh pada gambar di bawah.













Jelaskan lubang untuk dicucuk pin tu?


Almaklumlah jurugambar amatur saya baru berumur 5 tahun....


Anak saya, Aleesya yang tolong ambilkan gambar.


Cucuk pin pada lubang tu dan tarik keluar tombol tu perlahan-lahan.


Kalau sekali cucuk tak jadi takpe, perkara biasa tu, cucuk lagi sampai anda terasa tombol tu boleh ditarik keluar.




Tarik keluar seperti gambar di atas.

Mesti boleh punye!

Don't worry!


Langkah 3:

Bila tombol pintu bahagian dalam tu dah boleh dikeluarkan.

Anda memerlukan screw driver untuk langkah ni.

Screw driver kalau di rumah saya dan mak saya ni memang selalu hilang bila masa diperlukan.

Belilah 10 pun mesti 11 hilang masa nak digunakan.

Akhir saya beli screw driver guna bateri. Mudah pun mudah, cepat, paling penting susah hilang sebab besar... he he heee....


Jenama biasa je, janji boleh buat keje. 

Ini kalau hilang juga tak tahulah!!!





Unscrew  dalam bahasa Melayu apa erk???

Errmm, putarkan keluar 2 screw yang saya bulatkan dalam gambar di atas.


Ini bukan iklan screw driver electric ye.

Nak tunjukkan je, walaupun screw driver tu besar, mesti boleh punya keluarkan screw tu.

Lepas 2 screws tu dah dikeluarkan, keluarkan sekali kepingan besi bulat tu.

2 screws tu sebenarnya, 'mengikat' tombol di bahagian depan dan belakang.

Kalau tak keluarkan 2 screws tu, memang tombol depan pun tak boleh dikeluarkan.

Keluarkan sekali tombol depan tu ye.


Langkah 4:

Bila tombol depan dan belakang dah dikeluarkan.

Tinggallah pengunci seperti gambar di bawah ni.

Tanggalkan screws yang di atas dan  di bawah serta pengunci tersebut.



Selesai sudah kerja-kerja menanggalkan tombol pintu yang lama.

Kita ke langkah memasang tombol pintu baru pula ye.


Langkah 5:



Sila pastikan set tombol pintu ada lengkap dengan segala komponen di atas.

Screws lama jangan terus dibuang, boleh di buat standby.



Sila tanggalkan bahagian dalam tombol dengan menekan pin seperti gambar di atas.

Pusing-pusingkan tombol untuk memudahkan kerja anda.

Lakukan dengan tenang dan sabar ye, kalau paksa-paksa susah sikit nak tanggal tombol tu.


Langkah 6:

Bila tombol bahagian dalam dah berjaya ditanggalkan, baru kita boleh pasangkan tombol hadapan dan pengunci.


Gambar di atas cara tunjukkan cara nak masukkan pengunci kepada tombol luar.

Nak tahu macam mana pengunci tu berfungsi boleh lah pusing-pusingkan tombol dan tekan, lepas, tekan dan lepas pengunci.

InshaAllah anda akan dapat faham bagaimana pengunci itu berfungsi.



Tengok gambar di atas, tombol bahagian luar dan pengunci dah dipasang!

Senang je kan!


Langkah 7:



Kemudian pasangkan skru yang mengikat tombol luar itu seperti gambar di atas.


Terpulanglah nak guna screw driver biasa atau screw driver yang guna bateri ni.

Kalau dua-dua takde, guna pisau pun boleh! ekekekeke... macam tak biasa!

Kalau tak biasa jangan buat! Saya tak bertanggungjawab atas keselamatan sesiapa yang cuba gunakan pisau ye!


Langkah 8: 




Kemudian, pasangkan skru pengunci.

Lepas pasang screw pengunci bolehlah pasangkan tombol bahagian dalam pula.



Siap dah pasang tombol pinti baru!

Bolehlah cuba uji samada tombol pintu anda boleh berfungsi dengan elok atau tidak.

Kekadang ada perkara yang perlu diadjust untuk pastikan pintu anda tidak terbuka apabila ditolak tanpa perlu putar tombol pintu.

Just try and adjust okeh!


Semoga apa yang saya kongsikan ini mampu memberikan sedikit panduan kepada mereka yang mahu menukar tombol pintu sendiri.

Sekian, terima kasih semua!





Wednesday, January 21, 2015

Selamatkan duit anda!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bertemu lagi kita di blog azmanhayaty.

Kali ni saya nak kongsikan satu kisah yang mampu selamatkan ratusan rm anda.

Semoga kisah ini mampu memberi manfaat kepada semua.


Suatu masa dahulu... saya dan isteri ada berbincang nak beli set bersalin daripada syarikat mana untuk kehamilan isteri saya yang ketiga.

Saya ada cadangkan set Shaklee, tapi isteri saya cakap ermm Shaklee dah lama, bagus ke set bersalin Shaklee?

Saya pun diam je lah.

Taknak ye takpe, pilihlah nak set apa nanti kita beli.

Satu hari tu, masa berjalan-jalan di pusat membeli belah terjumpalah satu set bersalin daripada syarikat yang terkenal dengan herba tradisional, nama set bersalin pun macam tradisional.

Ermmm... harga rm250. 
Okaylah kan isteri dah nak, tak kan nak kata tak payah.

Ditakdirkan Allah isteri saya terpaksa dibedah untuk melahirkan anak saya.

Dah berjam-jam, bukaan kecil je. 

Denyutan nadi bayi pun makin lemah kata doktor.

Bahaya kalau dibiarkan.

Akhirnya, isteri saya pun dibedah...

Errmmm baby awak tidur nehhh... 

Aduhai... Kasihannyalah isteri saya, berjam-jam tunggu, rupa-rupanya baby tidur...

Masa dalam pantang saya tengok set bersalin tradisional tu isteri saya tak sentuh pun.

Takde pulak tepek-tepek herba kat dahi.

Eerr... RM250 TU!!!

Takkan taknak guna...

Bila tanya kat isteri, dia cakap bersalin ceaser mana boleh makan atau guna herba-herba tu....

ADOIIIIII..... sayangnye duit!!!!!

Tu satu hal...

Dah bersalin ceaser, hal ikan haruanlah pulak!

Mana ni nak dapat ikan haruan, tanya pakcik gogle jelah kan.

Maklumat di hujung jari.

Alhamdullillah dapat gak ikan haruan. Semoga luka pembedahan isteri cepatlah sembuh.

Tapi kan, lepas dah berekor-ekor ikan haruan di makan pun tak banyak sangatlah beza pada luka pembedahan tu.

Isteri saya nak tunduk pun takut-takut.

Tak boleh jadi ni.

Dah berbulan-bulan pun macam ni juga...

Sekali lagi tanya pakcik gogle...

Terjumpalah post-post berkenaan Shaklee.

Kebetulan masa tu saya tengah cari peluang bisnes.

Alhamdullilah terbaca kisah sorang Master dalam Shaklee berjaya buat jualan rm1,000,000 dalam masa 8 bulan dengan zero marketing cost.

Bagus ni!!!

Sambil belikan supplement untuk isteri boleh buat bisnes sekali.

Saya dan isteri pun join keahlian Shaklee dengan percuma, segala supplement yang perlu saya beli.

Nak berniaga kenalah rasa sendiri produk tu dulu, baru tahu betul ke "Sentiasa Berkesan" yang selalu dok Shaklee canang-canangkan tu?

Alhamdullillah, memang jauh beza isteri saya sebelum dan selepas makan supplement Shaklee.

Luka memang cepat sembuh, badan pun takdelah sakit-sakit lagi.
Masalah sembelit yang dah bertahun-tahun pun sembuh!


Makanya, terbuktilah apa yang Shaklee selalu canangkan tu, "Sentiasa Selamat", "Sentiasa Berkesan", dan "Sentiasa Mesra Alam".


Tuan puan, kekadang kita tak tahu isteri kita tu akan bersalin secara normal atau pembedahan.

Buatlah pilihan yang bijak untuk selamatkan duit anda!

Kalau nak kepastian boleh je whatsapp isteri saya, Puan Nor Hayaty di 013-260 1599.

Semoga post saya kali ni berjaya menyelamatkan duit anda!!!

Saya doakan lebih ramai lelaki di luar sana menyertai saya di dalam perniagaan Shaklee. 

Tak ramai lelaki dalam bisnes Shaklee, kebanyakkannya perempuan. 

Mungkin dalam 100 orang 1 orang je lelaki!!!

Nota: Saya jumpa kisah ikan haruan, saya cadangkan ambillah zinc Shaklee untuk menyembuhkan luka. 

Kisah ikan haruan


Tuesday, January 20, 2015

5 makanan yang tingkatkan jumlah sperma


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca blog azmanhayaty,

Saya doakan kita semua sihat sejahtera dan bahagia disamping keluarga tercinta.

Kali ni saya nak kongsikan 10 makanan yang mampu tingkatkan bilangan sperma.

Takde masalah kan saya kongsikan kisah ni kerana jumlah sperma yang banyak mampu meningkatkan peluang seorang isteri untuk hamil.

Bagi yang beragama Islam, inshaAllah bertambah lagi umat Nabi Muhammad.


1. Buah Citrus



Antioksidan seperti vitamin c seperti yang terdapat dalam buah oren mampu menambah jumlah sperma.


2. Tiram




Tiram adalah salah satu sumber yang terbaik untuk mendapatkan zinc.

Namun jangan makan terlalu banyak kerana zinc yang berlebihan boleh mendatangkan masalah. 

Jumlah zinc yang biasa dicadangkan adalah hanya 15mg.


3. Ikan tuna



Ikan tuna mengandungi selenium yang diketahui mampu menambah jumlah sperma.

Mereka yang biasa makan ikan tuna seharian digalakkan untuk makan ikan tuna dalam tin kerana dipercayai kurang mengandungi merkuri berbanding tuna segar!


4. Telur ayam



Telur ayam mengandungi vitamin B12 dan selenium yang diketahui mampu meningkatkan kuantiti sperma.


5. Broccoli


Broccoli juga dipercayai mampu menambah jumlah sperma.


Semoga perkongsian saya ni mampu memberi manfaat kepada semua pasangan suami isteri.

Tuesday, January 6, 2015

Mulut macam longkang!!!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Alhamdullilah bertemu lagi kita di blog AzmanHayaty.

Saya doakan kita semua sentiasa sihat, selamat dan bahagia.

Jom teruskan membaca entry saya kali ni.


"Mulut macam longkang!"

Tu biasa kita dengar bila ada orang tengah marah.

Tapi mulut bau macam longkang tu mungkin salah satu tanda badan kita bertoksin.

Mungkin juga orang yang selalu marah-marah tu pun badan bertoksin.

Bahaya sungguh toksin ni kan.

Jom kita baca apa lagi tanda-tanda badan bertoksin.


Mungkinkah ada diantara kita yang mengalami perkara-perkara berikut:-

1. Pembuangan air besar tak lancar

2. Penghadaman kurang baik

3. Perut kembung

4. Kurang bersemangat

5. Badan lemah, mudah demam dan selsema.

6. Mudah hilang tumpuan

7. Muka pucat, berjeragat

8. Susah hendak tidur

9. Mudah Cemas

10. Mudah Marah


Entry kali ni pasal toksin.

Bahaya sangat ke toksin ni?

Takdelah bahaya sangat kalau sekadar buat kita perut kembung dan penghadaman kurang baik.

TAPI, kalau dibiarkan toksin-toksin tu berkumpul dalam badan, ia boleh meninggikan kadar kolesterol dalam darah, boleh sebabkan asma, tumor hinggalah kepada stroke.

Paling bahaya toksin-toksin yang terkumpul ni boleh buat kita terkena kanser.

Kanser dan stroke lebih kurang sama peringkat bahayanyakan.


Daripada mana datangnya toksin-toksin dalam badan kita ni?

Kita bukan makan dan minum toksin, ye tak?

Ermmm, memang kita tak makan dan minum toksin tapi kita makan ubat-ubatan, kita gunakan ubat nyamuk, kita gunakan sabun, kita makan-makanan yang disembur racun dan baja kimia, kita menghisap rokok, kita sedut udara yang tercemar dan banyak lagi.

Nak tak nak memang kita terpaksa menerima toksin dalam badan kita.

NAMUN!, kita ada pilihan samada nak biarkan toksin-toksin tu berkumpul atau nak buang toksin-toksin tu.

Bagaimana nak buang toksin dalam badan?

Pertamanya kita harus membersihkan saluran usus besar kita dahulu.

Usus besar yang sihat mampu mengelakkan tubuh kita daripada menyerap dan menyebarkan segala toksin daripada usus besar kepada seluruh organ badan kita.

Mereka yang makan 4 kali sehari tapi hanya membuang air besar 7 hari sekali sangat-sangat berisiko menyebarkan toksin di dalam tubuh.


Saya tahu dan kenal siapa yang pernah tergolong sebagai mereka yang sukar buang air besar atau sembelit!

Isteri saya dulu bertahun-tahun alami masalah ni. 

Memang saya risau, bila buang air besar sampai berdarah-darah sebab sembelit.

Nak tak nak mesti makan julap untuk bolehkan buang air besar.

Ermmm sampai bila nak makan julap? Bertahun-tahun dah makan julap.

Alhamdullillah, saya berkenalan dengan Shaklee dan belikan isteri saya herba lax dan alfalfa.

Alhamdullillah masalah sembelit isteri saya selesai dengan herba lax. Alfalfa pula membersihkan darah dan hati.

Siapa yang tak sayang bini oiii....

InshaAllah saya akan ceritakan kisah alfalfa dengan lebih mendalam dalam entry akan datang.

Orang perempuan kalau tahu khasiat alfalfa memang rugi kalau tak amalkan!!



Whatsapp kami:-

 Azman Bin Rosman di 019-3151861

 Nor Hayaty Shari di 013-2601599 














Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...