Sunday, September 28, 2014

Berani Berubah



Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Saya doakan anda semua sihat, kaya dan berjaya.

Semoga kehidupan kita hari ini lebaih baik daripada semalam, dan kehidupan kita esok lebih baik

daripada hari ini.


Hari ni saya nak kongsikan kisah berani berubah untuk berjaya.

Saya akui tak ramai di kalangan kita berani untuk berubah, atau pun berani nak keluar daripada zon

selesa.

Dah selesa buat apa nak keluar, mungkin itulah jawapan yang mungkin biasa kita dengar.

Tapi sedarkah kita bahawa yang selesa itu mungkin hanya kita dan keluarga kita?

Bagaimana pula dengan jutaan insan di luar sana?

Terdengar pula jawapan, "Kau baikilah diri kau dulu, baru fikir pasal orang lain"

Ermmm, ada sahaja jawapan di atas setiap persoalan.


Memang setiap insan itu tidak sama matlamat hidupnya.

Ada yang cuma mahu hidup sekadar apa yang ada untuk diri sendiri.

Tak mahu ambil tahu atau ambil berat hal orang lain.

Ada juga manusia yang mahu hidup untuk membantu insan-insan lain.

Suka sangat jika dapat membantu insan-insan lain keluar daripada kesusahan hidup.


Bagaimana nak bantu orang lain jika hidup sendiri pun cukup-cukup makan.

Jika kehidupan anda sekarang sekadar cukup-cukup makan, tak mustahil jika lagi 20 tahun hidup

anda tidak cukup makan.

Kos sara hidup semakin meningkat saban tahun.

Kenaikan gaji seakan tidak mampu menampung kenaikan kos sara hidup.

Anda tiada cara lain kecuali berani untuk berubah.

Berani untuk berubah dan berusaha untuk kehidupan yang lebih baik.


Jika dulu hanya bekerja makan gaji, mungkin dah tiba masa anda tambah pendapatan anda dengan

melakukan lagi satu kerja secara sampingan.

Kerja sekarang ni pun tak cukup masa macam mana nak buat kerja lagi satu.

Percayalah, jika kita sentiasa utamakan Allah, InshaAllah kita akan sentiasa ada masa untuk lakukan

pekerjaan yang kita inginkan.

Letihlah!

Jika anda terpaksa keluar daripada rumah selepas pulang daripada kerja memang ia akan jadi satu

perkara yang sangat meletihkan, dan membebankan.


Jangan risau, dengan kecanggihan teknologi maklumat masa kini anda boleh sahaja berniaga

daripada rumah.

Jika anda sanggup gunakan 2 jam masa anda pada waktu malam untuk berniaga pada setiap hari,

InshaAllah, pasti hidup anda berubah.

Saya doakan kita semua berjaya dalam setiap bidang yang kita ceburi.






Semoga bertemu lagi di entry saya akan datang.

Wassalam.

Friday, September 26, 2014

Lampu dan Mentol


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Semoga kita semua berbahagia disamping keluarga tersayang.

Saya doakan semua pembaca blog azmanhayaty sentiasa dipermudahkan 

rezeki dan dirahmati Allah.

Entry saya kali ni santai je berkenaan tukar mentol lampu kereta.


Tadi saya pasang sendiri lampu brake ketiga guna double tape jenis 

transparent double sided tape transparent acrylic heat resist. 

Letih dah asyik pasang, tertanggal, pasang tertanggal semula.

Pernah juga sekali dua time nak masuk simpang saya minta anak saya tolong 

pegang lampu brake ketiga tu, bagi orang belakang nampak isyarat saya 

sedang membrake. kui kui kui....


Sebelum ni saya guna double sided tape yang biasa. Saya pun tak tahu double 

sided tape ni ada banyak jenis. 

Percubaan saya guna gam gajah untuk menambah kekuatan lekatan lampu 

brake ketiga dengan cermin pun gagal sebelum ni.

Adik ipar saya beritahu ada double sided tape yang kuat. 

Kalau guna jenis yang biasa memang tak berapa kuat kalau nak lekat di cermin.



Double sided yang biasa, bukan untuk kegunaan di cermin kereta.



Double sided tape tahan haba / kepanasan


Saya jumpa double sided tape tahan haba / kepanasan di kedai buku di Giant Nilai.

Harga rm8.50. 

Berbaloi setakat ni!


Lor tadi kata  nak cerita kisah tukar mentol lampu kereta.

Nak ceritalah ni. 

Bila dah siap pasang lampu brake ketiga dengan double sided tape power giler ni saya 

pun minta anak saya tengok menyala ke tidak lampu brake ketiga yang saya pasang tu.

Sekali anak saya cakap "Tak menyala pun abah!"

Haissshhh biar betik!!!

Sebelum ni okay je!

Okaylah, nak double check saya minta anak saya tekan pedal brake, biar saya pula yang tengok.

"Okay... Tekan.... Lepas.... Tekan... Lepas.... " Saya beri arahan pada anak saya.

Alhamdullillah, saya tengok okay je menyala. 


ADOIIIII, lampu brake yang di lampu belakang yang tak menyala rupanya!!!!

Satu masalah selesai, masalah lain pula yang datang.

Sebelum ni lampu rendah lampu hadapan pun tak menyala, lampu di nombor plat pun tak 

menyala.

Tak boleh jadi ni, nak kena pergi kedai aksesori tanya berapa harga mentol.

Yelahkan, bukan hari-hari mentol kereta terbakar.

Dalam hati ingat mesti mahal punya mentol-mentol ni!


Petang tadi, saya pun bawalah kereta pergi ke kedai aksesori.

Takkan bawa ke kedai beskal pulak kan.

Sampai kedai aksesori saya pun beritahu pekerja kedai tu yang lampu brake saya tak 

menyala.

Minta tolong periksa kenapa tak menyala.

Saya tanya "Berapa harga satu mentol?"

Pekerja tu cakap " Takpa, kita kasi check dulu tengok apa masalah"

Dalam hati saya berkata-kata, janganlah ada benda lain pula yang bermasalah.

Alhamdullilah, puncanya cuma mentol dah terbakar kata orang Melayu, kata orang jawa 

dah worn out dah.

Saya tanya "Berapa harga satu mentol?"

Alhamdullillah rm3 je.

Dua mentol rm6.


Saya minta tukar sekali 2 mentol di nombor plat belakang dan 2 mentol lampu rendah di 

lampu hadapan.

Last sekali saya minta periksakan tempat pencucuh api rokok tu, senang kalau dah dibaiki

boleh guna untuk charge handphone atau power bank.

Serius saya sekarang hidup memang tak boleh berpisah dah dengan handphone.

Handphone sangat penting sebagai medium komunikasi saya dengan rakan-rakan 

seperjuangan di MFMS dan dengan pelanggan-pelanggan saya.

Alhamdullilah rupanya cuma fius pencucuh api rokok tu je rosak, tu pun cuma rm3 je.


ADOIIII, bertahun saya biarkan je pencucuh api rokok tu rosak, ye lah kan, bukan saya 

guna pun. 

Lagipun dalam hati fikir mahal punya, baik tak payah tukar.

Makanya tadi, dengan rm 21 saya tukar 6 mentol dan 1 fius.

Lega sungguh rasanya bila dah tukar emua mentol tu.


Apa yang boleh saya kongsikan ialah, janganlah takut dengan perkara yang kita tak tahu.

Dapatkan jawapan dengan bertanya, bertanya dan bertanya.

Sila pastikan semua lampu kenderaan kita berfungsi dengan sempurna untuk keselamatan 

dan keselesaan kita bersama.

Buat penunggang motorsikal, elakkanlah menunggang motorsikal yang tiada lampu 

hadapan dan belakang.

Ambillah sedikit masa untuk tukar mana-mana lampu yang bermasalah.


Semoga perkongsian saya kali ni mampu memberi manfaat kepada semua.

Saya doakan kita semua sihat, selamat, kaya dan berjaya!

Wassalam.







Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
 

Hubungi Azman / Hayaty untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 

Thursday, September 25, 2014

[MESTI BACA] Alhamdullillah, Aleesya Selamat!





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya doakan anda yang membaca blog azmanhayaty sentiasa dirahmati Allah, dipanjangkan umur,

dan dipermudahkan rezeki.

Semoga apa yang saya kongsikan di dalam blog ini mampu memberikan manfaat kepada semua.


Saya nak kongsikan kisah yang mungkin mampu menyelamatkan nyawa, InshaAllah.

Dua minggu lepas saya dan keluarga isteri ada bercuti di Cherating, Pahang.

Kami menginap di Residence Inn Cherating.

Saya bukan nak ceritakan pasal keindahan Pantai Cherating, saya nak ceritakan insiden di kolam

renang Residence Inn Cherating.

Kisah yang bakal saya ceritakan ini saya jadikan pengajaran untuk diri saya, mungkin juga boleh 

dijadikan pengajaran untuk semua bila bersuka ria di kolam renang.



Safety first


Memang kami dah merancang nak bawa anak-anak mandi di kolam renang bila dah sampai di 

Residence Inn Cherating.

Jadi, sebelum sampai ke Residence Inn Cherating kami pun singgah di kedai menjual pelampung.

Borong 3 safety jacket (swim vest) dan 1 pelampung untuk kanak-kanak.



Baru pam dah kempis semula swim vest.... takpe tukar je dengan yang lain.
Selesai masalah!

Sila ambil perhatian: Beli beli pelampung atau swim vest sila pastikan tiada kebocoran, dan swim 

vest boleh dipakai dengan kemas.

Ada swim vest yang bahagian penyambung klip bila dah tercabut kirim salam je lah nak pasangkan 

semula.

Semoga tip saya ni mampu membantu menjimatkan masa dan nyawa insan tersayang, dengan izin 

Allah!



Kolam renang Residence Inn Cherating, Cantik kan!


Apa perasaan kanak-kanak atau kita yang dah dewasa ni bila nampak kolam renang yang cantik 

macam gambar di atas?

Dah tentu tak sabar-sabar nak terjunkan! 

Yabedabedu!!! 

Boleh terjun!!! 

Boleh jeburan kata orang Jawa! 

Opss... saya mix okeh!!

Kalau nak cakap jawa dengan saya boleh, tapi saya balas dalam bahasa Melayulah ye. :-)


Sebagai panduan, kolam renang di Residence Inn Cherating terbahagi kepada tiga iaitu kolam renang 

dewasa, kolam renang kanak-kanak dan kolam renang (kolam berendam) umpama jakuzi ada buih-

buih air tapi suhu air normal, tak suam tau panas pun.

Chett, macam pernah je Abang Long Man berendam dalam jakuzi!!! :-p


Petang pada hari pertama, cuaca mendung macam nak hujan je.

Memang kena cepat-cepat terjun ke kolam renang neh!

Kami pun dengan gembiranya turun ke kolam renang untuk bersuka ria.

Kanak-kanak semua dipakaikan dengan swim vest, pelampung disediakan untuk baby Aira dan baby 

Adam.

Okaylahkan, apa-apa hal pun ada swim vest. Lega sikit rasanya bila ada swim vest.


Kemudian saya dengan gembiranya dok temankan anak-anak di kolam renang kanak-kanak, 

"Ermmm ye ke temankan? " krikkk krikk krikkk (ada suara cengkerik di situ).

(ermmm kantoilah Abang Long Man mandi kat kolam kanak-kanak!!)

Temankan sambil saya berendam sekali, takkan nak tengok je air kolam renang tuh!

Tengah dok syok berangan jadi orang kaya, tetiba... 

preetttttttt preeeeeetttttttttttt preeeeeeeetttttttttttt 

Sudah, ni bukan Master Celebration ada tiup-tiup wisel!

Saya dok cari dari mana datangnya bunyi wisel tu, bunyi macam urgent je!!!

Terpandang seorang lelaki dok tiup wisel, sambil tangan menunjuk ke arah kolam renang 'jakuzi'!

Macam pengawal keselamatan kolam renang je gayanya.

Siapalah agaknya tu yang menyebabkan wisel ditiup 


Ya Allah!!! Saya tengok Aleesya berjalan dari arah kolam renang 'jakuzi' dengan muka ketakutan.

Aleesya ke yang hampir lemas!!!???

Bila masa pulak dia pergi ke kolam renang 'jakuzi'?

Baru kejap ni ada di kolam renang kanak-kanak.

Syukur sangat tiada sebarang kejadian buruk menimpa Aleesya.

Kesal sangat sebab ada unsur kelalaian di situ walaupun segala persiapan dan pemantauan cuba 

dilakukan dengan baik.

Alhamdullillah, Allah pelihara keselamatan Aleesya.

Perasaan bercampur baur dah.

Tak lama lepas tu hujan pun mula turun.

Alhamdullillah, Allah beri peluang untuk muhasabah diri kenapa perkara tersebut berlaku.

Sebelum naik, saya berjumpa dengan pengawal keselamatan kolam renang dan ucapkan banyak-

banyak terima kasih di atas jasa baik beliau.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan rezeki beliau.



Bulatan merah, kolam renang 'jakuzi'


Apakah pengajaran yang saya dapat daripada insiden kolam renang 'jakuzi'?


1. Kolam renang 'jakuzi' bahagian tepinya cetek dalam, boleh duduk tapi bahagian tengahnya dalam!

2. Sentiasa pastikan berada berhampiran dengan anak-anak di kolam renang.

3. Pastikan anak-anak tidak membuka swim vest semasa di kolam renang.

4. Orang memang banyak di kolam renang, tapi mereka mungkin tak sedar apa yang sedang berlaku.

5. Usahakan daftar anak-anak kelas renang.



Fobia sekejap Aleesya dengan kolam renang. Sekejap je lah. Esok dah okay!!!



Keesokkan harinya, sebelum Subuh lagi saya dah bangun.

Bercuti-bercuti juga, amalan rohani master checklist tetap dilakukan.

Dah siap semua, ermmmm awal lagi ni. 

Saya ambil kesempatan mandi buih dalam bath tub!

Ekekekeke.... jangan marah, abang long man nak berendam!

Agak-agak dah puas berendam, siap-siap terus turun seorang diri ke kolam renang.

Berendam lagi!

Ni sape yang excited neh!!! HAHAHAHAHA.....

Sekali sekala apa salahnye kan... kan....


Bila dah puas berendam, baru askar-askar (anak-anak dan anak buah) turun di temani isteri, adik 

ipar, dan biras.

Kali ni 100% saya ikut je mana anak-anak saya pergi.

Mata sentiasa memerhati!

Elakkan pisang berbuah dua kali!

Alhamdullillah, semuanya selamat dan lancar di hari kedua.



Aleesya... Budak bertuah!


Semasa saya menaip entry ni, isteri saya maklumkan yang dua orang sepupu adik ipar saya lemas di 

kolam renang baru-baru ni. 

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali,


Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada semua juga sebagai peringatan 

kepada diri saya sendiri.

Saya mohon, kongsikanlah kisah ini bersama sahabat-sahabat anda dengan klik butang share di 

bawah.

Semoga jasa baik anda semua ada ganjaran daripada Allah.

Saya doakan kita semua sihat, kaya dan berjaya!


Wassalam!




Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
 

Hubungi Azman / Hayaty untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 


Tuesday, September 23, 2014

Membongkar 5 Rahsia!!!




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Semoga kita semua terus diberikan ketabahan dan kesabaran di dalam meneruskan perjuangan hidup 

di bumi bertuah ini.

Dalam tak sedar, dah lebih seminggu dah sejak entry terakhir saya.

Bukan tak nak update hari-hari, sekadar nak rasa perasaan rindu mengupdate blog.

Banyak juga pengalaman baru saya sepanjang seminggu ni yang akan saya kongsikan untuk tatapan 

anda  semua.


Okaylah, jom saya kongsikan apakah rahsia usahawan wanita berumur 25 tahun meraih pendapatan 

purata rm600,000.00 setahun atau purata rm50,000 sebulan!

Ternyata bisnes itu mudah jika tahu caranya dan saya dah tahu caranya!!!

Kalau tak mudah, tak kan umur 25 tahun dah dapat income 5 angka sebulan kan!?

Siap sedia dengan pen dan buku ye.

Kalau boleh salin tip-tip yang saya nak kongsikan ni, bukan mudah nak dapat dan bukan selal ada 

yang sanggup berkongsi.


Tip Pertama:-

Jika dah buat keputusan untuk berbisnes, kita MESTIlah kuat dan sanggup paksa diri!

Kuat untuk bangkit semula selepas mengalami kegagalan, kuat untuk bangkit semula selepas jatuh 

tersungkur!

Rata-rata semua peniaga pernah mengalami saat-saat kejatuhan mereka.

Hatta, Dr. Azizan Osman pun pernah alami pelbagai kegagalan sehingga rumah mak ayah pun 

terpaksa digadai!

Jika kita tiada kekuatan untuk bangkit semula, sudah pasti tiada kejayaan yang mampu kita raih!

Kita mesti kuat untuk insan-insan tersayang yang ada di sekeliling kita.





Tip kedua:-

Rasa tanggungjawab MESTI ada dalam diri kita!

Rasa tanggungjawab pada diri kita sendiri, pada impian kita, pada insan-insan tersayang.

Tanggunggjawab itu MESTI kita ambil, bukan kita serahkan pada orang lain.

Sebagai contoh, kita ada impian nak hantar mak ayah kita mengerjakan Haji, makanya kita MESTI 

bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen untuk meraih impian kita.

Takkan kita nak harapkan orang lain memikul tanggungjawab untuk impian kita, untuk diri kita?

Berfikirlah dengan positif bahawa tiada yang mustahil dengan impian kita itu.

Bila kita berfikir dengan positif, maka kita akan turut menarik perkara-perkara positif dalam hidup 

kita.

Sentiasa pastikan juga Facebook kita hanya ada mereka-mereka yang positif sahaja!

Jangan menarik aura negatif dengan berkawan dengan mereka yang negatif.

Update facebook pun hanya dengan perkara-perkara yang positif sahaja.

Tak perlu kita cemarkan facebook kita dan orang lain dengan aura negatif!






Tip ketiga [PALING PENTING!!!]:-

Jagalah hubungan dengan Allah yang Maha Pemberi Rezeki!

Disiplinkanlah diri untuk selalu beramal ibadah.

Tidak salah jika kita membuat amal ibadah dengan tujuan menjemput rezeki.

Paksa diri kita!, InshaAllah ikhlas itu akan hadir juga!

Untuk makluman semua, kami ada master checklist yang perlu diamalkan untuk pastikan hubungan 

kami dengan Allah sangat kukuh!

Namun, saya tak dapat dedahkan master checklist kerana ia adalah amanah untuk kumpulan kami 

sahaja!

Sila berhubung dengan saya jika anda ingin menyertai kami.






Tip yang keempat:-

Tip keempat ni sangat simple dan adalah perkaras asas dalam bisnes.

Keikhlasan.

Kita mestilah ikhlas untuk memberi dan berkongsi.

Mesti ikhlas nak tengok ahli-ahli kumpulan bisnes kita pun berjaya!

Kita MESTIlah ikhlas membantu insan-insan lain dapatkan perkara terbaik dalam hidup mereka!






Tip kelima:-

Tip yang terakhir adalah keyakinan!

Usah bimbang usah ragu dengan kemampuan diri sendiri.

Tiada yang mulakan bisnes hari ini dan hari esok terus jadi jutawan!

Semuanya bermula dengan kosong.... KOSONG!!!

Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

So, try and adjust!!!

Kalau kita semua bukan manusia hebat, kita semua takkan ada di bumi Allah ni.

Renung-renungkan!






Semoga perkongsian saya kali ni mampu memberi inspirasi kepada semua.

Saya doakan kita semua sihat, kaya, berjaya dan sentiasa dipermudahkan segala urusan!

Mohon sharekan rahsia ini kepada seramai mungkin insan di luar sana!




Sunday, September 14, 2014

Bilakah Allah mahu makbulkan doa kita?






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


Alhamdullillah ketika ini saya berada di rumah ibu mertua saya di Batu 3, Kampung Razali, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Ambil kesempatan pulang ke kampung isteri sempena cuti sekolah seminggu.

Dalam kepala nak cuba habiskan baca buku Travelog Haji - Mengusik Hati tulisan Prof. Kamil.

Oh ya, saya memang seorang yang suka membaca.

Dulu masa sekolah saya suka membaca novel-novel kisah remaja, kisah cinta, kisah sejarah dan sains fiksyen.

Ketika itu, tidak banyak buku-buku motivasi di tulis oleh penulis-penulis.

Belum lagi ada buku daripada Dr. Fadhillah Kamsah, Dr. Azizan, dan Irfan Khairi.

Betapa berbeza dunia sekarang dan dahulu.


Travelog Haji - Mengusik Hati


Travelog Haji - Mengusik Hati tulisan Prof. Kamil sangat-sangat menarik perhatian saya.

Apa yang saya ketahui sebelum ni adalah ia adalah kisah Prof. Kamil yang tidak tahu membaca al-Quran walaupun bergelar seorang Profesor.

Profesor yang belajar mengenal huruf al-Quran setelah dewasa.

Lama juga saya ambil masa sebelum beli buku Prof. Kamil.

Yelahkan, harga rm50.00 untuk sebuah buku agak mahal bunyinya.

Alhamdullillah, dengan duit bonus daripada Shaklee dapat saya beli buku Prof Kamil.

Semoga saya menjadi insan yang lebih baik dengan izin Allah.

Selepas baca pendahuluan dalam buku ni baru saya tahu rupanya buku Travelog Haji - Mengusik 

Hati adalah gabungan daripada tiga buah buku yang ditulis oleh Prof. Kamil

iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok dan 50 Tip

motivasi Haji.

Saya ada niat nak mengerjakan umrah dengan Mentor saya di dalam Empayar Maria Firdaus, iaitu 

Master Mohd Firdaus Mohd Saad pada bulan Disember 2014.

Namun saya juga sedar, ada banyak perkara dalam diri yang saya perlu betulkan.

Saya juga ketika ini masih belum diberikan sumber kewangan untuk mengerjakan umrah, namun niat 

di hati sangat kuat nak pergi umrah.

Saya nak bawa isteri dan anak-anak saya, emak saya dan emak mertua saya jika Allah izinkan.

Semoga buku Travelog Haji - Mengusik Hati tulisan Prof. Kamil dapat menjadi panduan untuk saya.


Kisah Menarik Prof. Kamil


Setakat malam ni, saya dah baca sampai muka surat 29. 

Ada satu perkara yang amat meninggalkan bekas di hati saya.

Sebelum tu saya nak beritahu, sejak saya sertai Empayar Maria Firdaus, saya telah diberikan satu Master Checklist yang perlu diamalkan sebagai amalan mendekatkan diri 

dengan Allah.

Amalaan yang memudahkan kami menjemput rezeki, amalan yang menekan pergantungan diri secara total kepada Allah.

Kami amat percaya apa jua yang kami capai bukan kerana kehebatan diri kami, namun kerana izin dan kuasa Allah semata-mata.

Kami juga telah mendengar kisah-kisah luar biasa ahli Empayar Maria Firdaus yang mendapat rezeki tanpa di duga.

Kami mendengar kisah kejayaan sahabat-sahabat kami berjaya mencapai sesuatu yang luar biasa berkat amalan Master Checklist kami.

Namun kami juga ada mendengar kisah-kisah kegagalan sahabat-sahabat kami walaupun mengamalkan Master Checklist yang diberi.

Pada muka surat 29 Travelog Haji - Mengusik Hati tulisan Prof. Kamil saya temui jawapan kepada kegagalan-kegagalan sementara yang dialami sahabat-sahabat kami.

Untuk makluman semua, Prof. Kamil bersolat hajat hampir setiap malam selama setahun.

Beliau amat mengharapkan jawatan Profesor Gred khas yang sangat-sangat sukar diperolehi.

Walaupun sudah bergelar Profesor Madya namun beliau sangat-sangat berharap untuk mendapat jawatan Profesor Gred khas.

Beliau sedar tiada siapa yang dapat membantu selain Allah.

Akhirnya selepas setahun Allah makbulkan doa Prof. Kamil, dan Allah berikan sekali tunggakan wang puluhan ribu ringgit.

Adik Prof. Kamil, Azlina pula berdoa selama 2 tahun supaya dijemput Allah untuk mengerjakan haji.

Kisah Prof. Kamil dan adiknya boleh dijadikan tauladan untuk kita semua.


Sabar dalam berdoa


Jika selama ini berpuluh-puluh tahun kita lalai dengan perintah Allah dan sering melakukan apa yang dilarang Allah, bagaimana kita mahu mengharapkan Allah segera 

memakbulkan semua doa kita?

Jika baru sebulan dua kita menjaga solat 5 waktu sehari semalam, bagaimana pula kita mahu 

mengharap segalanya dipermudahkan Allah.

Ye, saya tak sangkal dengan izin Allah segalanya mungkin.

Apa yang saya ingin tekankan ialah, jangan pernah berputus asa membaiki diri dan jangan pernah 

berputus asa untuk berdoa kepada Allah.

Ada antara kita yang cepat Allah makbulkan doanya, dan ada pula antara kita yang sedikit lewat 

Allah makbulkan doanya.

Percayalah Allah Maha Mengetahu bila masanya untuk makbulkan doa hambanya.

Tugas kita, berusaha, berdoa, bertawakal dan beristiqomah.

Jadikanlah kisah Prof. Kamil yang bersolat hajat hampir setiap malam selama setahun baru Allah 

makbulkan hajatnya sebagai panduan kita bersama.


Harapan saya


Semoga kisah yang saya kongsikan ini mampu memberikan nilai tambah dalam kehidupan insan 

lain. 

Saya doakan semoga doa dan hajat anda semua dimakbulkan Allah.

Sampai bertemu lagi di entry yang akan datang.

Anda kaya, sihat, dan berjaya dunia dan akhirat, Aamiin.


Wassalam.





Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...