Saturday, July 26, 2014

Jangan sakit mata dan sakit hati di Hari Raya ini!!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!


Assalamualaikum Semua!!! Selamat Hari Raya!!!!
InshaAllah tak lama dah nak raya. Mungkin sehari je lagi kita berpuasa. Ramai juga yang dah sampai di kampung halaman, Alhamdullilah. Buat yang bawak kereta baru balik kampung, jangan over speed pula ye, kang tersadai tepi jalan kalau belum cecah kilometer tertentu. Mesti ramai yang jeles dengan kereta baru anda! Buat yang jeles tu, its okay to be jealous but please do not be dengki okeh!!! NO! NO! NO!!! Do not be typical low class Malay minded that famous with PHD!!!


Dont be dengki-dengki okeh! Apa lagi sesama adik beradik, jangan gaduh-gaduh. Dahlah jarang jumpa, jarang berbual, jangan dek kerana hasad dengki kita korbankan puasa kita selama sebulan tu. Bersyukur dan bergembiralah dengan kejayaan adik beradik kita dan saudara mara kita. Cuba cungkil rahsia bagaimana mereka mendapat apa yang mereka impikan. Depa kerja sungguh-sungguh ka, depa buat bisnes part time ka, depa main saham ka, depa involve dalam property ke... Depa buat BISNES SHAKLEE ka sampai depa dapat income 5-6 angka!!! Pastinya itu lebih baik daripada berhasad dengki membuta tuli.



Buat perokok yang dah berjaya berhenti merokok macam saya di bulan puasa ni, TAHNIAH saya ucapkan. Buat mereka yang masih gagal walaupun mencuba, teruskan usaha anda!!! Mohon sangat-sangat, janganlah dengki pada yang dah berjaya berhenti menghisap rokok dahulu ye!!! Cungkil, cungkil, dan cungkil rahsia mereka berjaya berhenti menghisap rokok. Depa guna vivix shaklee ka, depa guna niquitin ka, depa just guna will power ka? Artikel pasal berhenti merokok ada banyak dalam blog saya ni. Korek-korek semula kat archive ya!!! Azam saya lepas raya nak dapat body macam kat bawah!!! Sihat dan macho!!! Kui kui kui!!! We will see!!!!


Jadilah insan hebat yang berjaya dan kaya okeh!!

Saya nak share something.....


"Apabila berkumpul di Hari raya bersama sanak saudara tentu ada perasaan yang tidak baik wujud di
antara kita. Rasa hasad dengki, iri hati dan saling membanding antara satu sama lain mudah disemarakan oleh bisikan syaitan yang mahu kita bertelagah antara adik beradik dan sanak saudara.
Oleh itu jika ada sanak-saudara dan ipar duai mencerita nikmat yang mereka perolehi, segeralah ucapkan tahniah dengan seikhlas hati. Padamkan segera perasaan negative yang mungkin wujud di hati kita.
Dengan segera mengucapkan taniah, sebenarnya kita mengucapkan rasa SYUKUR atas nikmat ALLAH yang dikurniakan kepada mereka. Kita menjauhkan diri dari hasutan syaitan.
Jika kita irihati dan hasad dengki, bermakna kita mempersoalkan takdir ALLAH untuk mereka. Siapa kita yang mempersoalkan semua takdir ALLAH. Tanda kita dikuasai iblis dan syaitan adalah apabila kita rasa sakit hati dengan nikmat yang dikurniakan pada mereka.
Malah hasad dengki hukumnya haram dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Orang yang memiliki sifat ini dikira memiliki akhlak yang tercela. Malah sifat hasad dengki ini merupakan salah satu sifat iblis.
Allah berfirman: “Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya”. (al-Imran: 120).
Rasulullah juga memperingatkan dalam hadis yang bermaksud: Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering. (riwayat Imam Abu Daud).
Sifat hasad dengki ini sebenarnya menggambarkan isi hati kita yang masih keruh dan mudah dipengaruhi syaitan. Ia akan memecahbelahkan hunungan antara sanak saudara dan ipar duai.
Ikhlaskan hati dengan segera mengucapkan tahniah kepada mereka yang dikurniakan nikmat oleh ALLAH."

Sumber: https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad/posts/614518645234881

Sempena Hari Raya Aidilfitri ni saya nak ucapkan selamat Hari Raya Aidilfiti kepada semua, saya juga nak mohon kemaafan zahir dan batin di atas segala kelemahan dan keterlanjuran saya. Saya doakan kita semua KAYA DAN BERJAYA di dunia dan di akhirat!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!! 




"Hidup anda, anda yang tentukan!!!"

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.
 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!
Masih PERCUMA!!! Dapatkan sebelum ebook ini dikenakan bayaran!!!




Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
(Call / whatsapp / sms)

Monday, July 21, 2014

Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan June 2014 - Doktor Azizan Osman

Assalamualaikum,

        Seminar Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan June 2014 oleh Doktor Azizan Osman banyak mengubah hidup saya. Kenapa saya tergerak hati nak join  Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan? Terus terang saya join Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan sebab nak ubah hidup saya daripada biasa-biasa kepada luar biasa. Dengan gaji antara rm3,000 hingga rm4,000 sebulan tidak banyak yang saya boleh lakukan. Dek bebanan hutan kegagalan lampau, memang gaji saya cukup-cukup makan, malah kadang kala tak cukup makan kalau ada perkara luar biasa berlaku pada bulan tersebut.

        Dulu masa arwah bapak saya ada, bolehlah pinjam (nama je pinjam, tapi biasanya arwah bapak kata... "takpelah, kau guna jelah duit tu") arwah bapak. Teringat lagi, kali terakhir saya pinjam duit arwah bapak saya sebab nak tukar bateri kereta. Ye, nak tukar bateri kereta pun pinjam duit. Arwah bapak saya meninggal dunia pada 18 Mac 2013 pada usia 77 tahun disebabkan penyakit sepsis. Penyakit yang jarang-jarang dikesan di Malaysia. Arwah bapak saya takde penyakit tiga serangkai (kencing manis, darah tinggi, sakit jantung), dulu masa operate usus Doktor pun terkejut sebab organ dalaman arwah bapak nampak lebih 'muda' daripada usia arwah bapak. Memang arwah bapak saya seorang yang cergas sehingga ke akhir hayatynya. Memang tiada siapa yang sangka sakit arwah bapak saya adalah sepsis, sebab selepas beberapa hari di ICU arwah bapak saya dipindahkan ke wad biasa. Saya sempat menjaga satu malam sewaktu arwah bapak berada di wad biasa. Memang arwah bapak sempat berada di wad biasa satu malam sahaja sebab keesokan harinya arwah bapak terpaksa dipindahkan semula ke wad ICU. Saya sempat juga bantu arwah bapak berwuduk di atas katil, temankan arwah bapak. Waktu tu memang lega sangat sebab arwah bapak dah ada di wad biasa. Namun tengah hari keesokkannya arwah bapak terpaksa dipindahkan semula ke wad ICU. Hari berganti hari hinggalah pada malam Isnin, 18 Mac 2013, pukul 10:10 malam arwah bapak menghembuskan nafas terakhir di saat saya tak henti-henti mambacakan kalimah syahadah di telinga  arwah bapak. Arwah bapak mertua saya yang menghidap kanser juga saya sempat membacakan kalimah syahadah di telinga. Saya bukan saja kehilangan bapak, tapi juga mentor, penasihat dan 'sahabat baik' saya. Kehilangan yang teramat besar dalam hidup saya.

        Sekarang, arwah bapak dah takde. Mak saya di bawah tanggungjawab saya sebab saya seorang je anak lelaki yang seibu dan sebapa. Apa yang mak saya perlukan saya mesti sediakan. Kalau bukan saya siapa lagi? Mak saya ada masalah sakit pada pinggul sebab pernah jatuh terduduk masa mengemas di kawasan luar rumah. Sakit on dan off. Dulu saya selalu bawak mak saya ke pusat rawatan urutan terapi tulang belakang berhaba. Sebab saya keje shift malam memang siang saya akan sedaya upaya bawak mak saya ke pusat rawatan urutan terapi tulang belakang berhaba tu setiap hari kecuali hari Ahad. Percuma je, tak perlu bayar pun. Alhamdullilah mak saya dah boleh naik tangga ke tingkat satu dengan mudah selepas rawatan di situ. Tapi, lama kelamaan dek kerana kesibukan urusan lain saya tak bawak dah mak saya ke pusat rawatan tu. Lagi pun selepas beberapa kali menjalani rawatan di situ mak saya dah boleh dah solat berdiri, sebelum tu mak terpaksa solat duduk. Pada saya, tak perlulah mak jalani rawatan lagi, mak dah okay. Saya setiap kali sebelum pergi kerja akan jumpa mak saya untuk bersalam, ada satu hari saya ketuk pintu bilik mak saya, senyap je, tiada balasan. Saya fikir mesti mak tengah solat Maghrib, saya tolak sedikit pintu, masa tu betapa hancurnya hati saya bila lihat mak saya terpaksa solat dengan duduk di atas kerusi. Dalam hati saya, "Ya Allah!!! Apa yang telah aku buat". Mak tak pernah mengadu pun yang mak terpaksa solat duduk semula. Saya menangis sewaktu memandu kereta ke tempat kerja. Dalam hati saya, "Apa yang telah aku buat?, apa yang telah saya capai selama ni?, kenapa aku tak mampu nak bantu mak sendiri? kenapa hidup aku macam ni? kenapa? kenapa? dan kenapa? Dalam tangisan saya bermohon, "Ya Allah bantulah aku Ya Allah!". Kalau takat buatkan anak tangga untuk toilet rumah mak memang saya buat sendiri sebab boleh buat sendiri walaupun tak sempurna mana. Tapi untuk belikan mak katil untu rawatan tulang belakang berhaba tu memang saya belum mampu, walaupun satu ketika ditawarkan dengan harga rm6,500.

      Itulah antara push factor kenapa saya nak sangat join Insentif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) June 2014 - Doktor Azizan Osman. Saya nak ubah hidup saya, saya nak bantu mak saya, saya nak bantu mak mertua saya, saya nak baiki kehiduapan saya, saya nak bayar hutang-hutang saya, saya tak nak dah hidup biasa-biasa. Saya sanggup kerja straight 7 hari shift 12 jam untuk saya join IMKK. Saya sanggup pinjam duit untuk beli tiket IMKK. Saya percaya dengan IMKK saya akan dapat sesuatu untuk ubah hidup saya! Alhamdullilah saya berjanji dengan isteri selepas IMKK saya nak berhenti merokok, dan tanpa disangka-sangka Doktor Azizan adakan satu slot untuk nasihatkan peserta-peserta berhenti merokok. Katanya merokok akan mengotorkan 'kolam jiwa'. Bila 'kolam jiwa' kotor macam mana nak tarik perkara-perkara baik dalam hidup?? Selain tu kami diajar konsep beri, beri, beri... "What you give, you get back more!!!" Di IMKK bermacam-macam perkara tentang kehidupan di ajar. Kalau sehari tak menangis memang tak sahlah kalau di IMKK, luntur segala ego bila berada di sana.

       Alhamdullilah, kini hidup saya telah banyak berubah. Allah juga telah lorongkan saya untuk join Empayar MFMS melalui Shaklee. Kumpulan yang sangat tepat untuk saya sertai. Kumpulan yang menekankan hubungan dengan Allah! Alhamdullilah leader saya pun anak didik Doktor Azizan Osman, puluhan ribu telah dibelanjakan untuk sertai kursus Doktor Azizan Osman dan segala ilmu yang diperolehi dicurahkan kepada kami!!! Saya yakin kehidupan saya sedang berubah bersama Empayar MFMS. Dengan Master Checklist yang dibekalkan, pastinya hubungan dengan Allah akan lebih baik lagi. Kami juga mempunyai  kumpulan rahsia di FB, web site rahsia yang merupakan lautan ilmu, kumpulan media sosial rahsia khusus untuk kami berdiskusi dan bertanya apa jua perkata. Sokongan daripada ahli-ahli lain umpama adik beradik dah walaupun sesama side line kerana kami percaya lebih banyak yang kami berikan lebih banyak yang akan kami terima. Saya juga perlu membantu insan-insan lain di luar sana untuk berjaya, barulah saya akan turut berjaya. Kejayaan itu tidak akan hadir tanpa berusaha. Rezeki juga lebih mudah bila dijemput, bukan di cari! Buat mereka yang ingin sertai saya bersama Empayar MFMS boleh hubungi saya!

Saya kongsikan video IMKK June 2014 untuk tontonan anda!! Saya antara hampir 8000 peserta!!!!




                                 "Hidup anda, ANDA yang tentukan!!!"



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
(Call/whatsapp/sms)

Saturday, July 19, 2014

Lailatul Qadar


Assalamualaikum,


Berapa billion rm yang anda ada pun takkan mampu membeli Lailatul Qadar! Betapa Allah itu Maha Adil. 

Apa yang ada pada Lailatul Qadar?

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Qadr (ayat 1-5) yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam Lailatulqadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Dalam ayat di atas, Allah SWT menerangkan bahawa Dia telah menurunkan al-Quran al-Karim pada malam al-Qadar. Ini adalah bukti yang jelas tentang keutamaan, kemuliaan, keberkatan dan keistimewaan malam LailatulqadarMalah, jika dihitung; seribu bulan adalah bersamaan dengan 83 tahun dan empat bulan, ini bermakna bahawa satu malam ini sahaja adalah lebih baik daripada seluruh umur seseorang. Ia secara jelas menunjukkam bahawa keistimewaan malam tersebut tiada tolok bandingannya.

Surah Al-Qadr

Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
(Sumber: http://cahayapurnama.com/fadhilat-malam-lailatul-qadar-kelebihan-dan-tanda-tandanya/)
Amalan-amalan soleh pada 10 malam akhir Ramadhan

Seandainya kita akan meninggikan slogan: “Tidak akan meraih syurga bagi orang yang mengutamakan kerehatan” pada 10 malam ini, maka semestinya kita memberikan perhatian dan menggiatkan amal-amal soleh. Antaranya ialah:

1. Menghidupkan malam

Telah diriwayatkan di dalam hadith sahih daripada Aisyah r.a bahawa Nabi saw bila masuk 10 malam akhir baginda akan menghidupkan malam, membangunkan isteri-isterinya, mengetatkan tali kainnya. Makna menghidupkan malam iaitu berjaga malam dengan mendirikan solat, zikir dan sebagainya.

 Aisyah r.a telah berkata:

“Saya tidak mengetahui Rasul saw membaca al-Quran semuanya pada satu malam, tidak bangun untuk solat sehingga subuh dan tidak puasa penuh selain di bulan Ramadhan”. (Nasai)

2. Iktikaf

Sebuah hadith sahih daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata: Rasulullah saw beriktikaf pada sepuluh hari yang pertama di bulan Ramadhan, kemudian beriktikaf pada sepuluh pertengahan di dalam Qubbah Turkiyah. Qubbah ialah sebuah khemah yang berbentuk bulat, pintu yang dibuat dari tikar. Said berkata: Nabi mengambil tikar dengan tangannya dan diletakkan di sudut khemah, kemudian menjengukkan kepalanya. Maka orang berkata sambil menghampiri baginda. Lantas nabi bersabda: Aku beriktikaf pada sepuluh malam yang awal dengan memenuhi malam-malam ini, kemudian aku beriktikaf pada sepuluh pertengahan Ramadhan, kemudian aku didatangi seorang sahabat, lalu berkata: Bagi saya ialah sepuluh malam yang terakhir. Orang yang menyukai beriktikaf dari kamu maka beriktikaflah. Lalu ramai sahabat yang beriktikaf bersama baginda. Menurut Abu Said: Aku lihat malamnya berlaku pada malam ganjil. Aku sujud pada keesokan paginya di atas tanah dan air. Ia bermula pada malam 21. Nabi saw menghidupkan malamnya sehingga subuh. Apabila hujan turun dari langit baginda berpindah ke dalam masjid. Aku lihat tanah dan air. Baginda keluar apabila selesai solat subuh sambil jubah dan hidung baginda disaluti tanah dan air. Peristiwa ini berlaku pada malam 21 yang merupakan 10 malam akhir Ramadhan. (Muslim)

Terdapat riwayat Imam Bukhari bahawa nabi saw beriktikaf pada tahun kewafatannya selama dua puluh hari .

Menurut Imam Zuhri Rahimahullah: “Sungguh menghairankan tentang orang-orang Islam, mereka sentiasa beriktikaf bersama nabi saw dan tidak pernah meninggalkannya sejak tiba di Madinah sehingga Allah mencabut nyawanya”.

3. Pelbagai ibadah

Terdapat riwayat bahwa nabi saw berusaha bersungguh-sungguh pada 10 malam ini lebih daripada malam yang lain. Kesungguhan ini menyeluruh dalam semua ibadah seperti solat, tilawah al-Quran, berzikir, sedekah dan sebagainya. Bahkan nabi saw mengetatkan kainnya yang bermaksud menjauhi isteri-isterinya untuk menumpukan kepada solat dan berzikir. Bahkan nabi saw menghidupkan malamnya dengan qiam, membaca al-Quran, berzikir dengan hati, lidah dan anggotanya. Semua ini kerana baginda mahu memuliakan malam-malam 10 ini disamping berharap dapat menemui malam Laitul Qadar di mana sesiapa yang didirikannya dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu oleh Allah.

4. Membangkitkan keluarga  
  
Ini termasuk dalam bab “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya” (Muslim).

Nabi saw tidak membiarkan seorangpun dari isteri-isterinya yang berkemampuan untuk bangun beribadah dan berjaga malam serta memiliki kekuatan untuk itu melainkan nabi akan membangkitkannya. Di dalam Kitab Fath al-Bari menyebutkan riwayat dari Tirmizi dan Muhammad bin Nasir dari hadith Zainab binti Ummu Salamah: “Nabi saw tidak membiarkan isteri-isterinya yang berkemampuan untuk bangun pada 10 malam penghujung Ramadhan melainkan nabi mengejutkannya. Bahkan nabi saw didapai beribadah pada bulan ini lebih banyak daripada bulan yang lain. Malah nabi bersungguh-sungguh pada 10 yang akhir yang tidak sama kesungguhan nabi dalam 20 hari yang pertama di bulan Ramadhan. (Tirmizi)

Dari Aisyah r.a berkata: “Nabi saw memenuhi malam 20 hari yang awal dengan solat dan tidur. Namun pada 10 yang terakhir nabi saw mengetatkan tali pinggang kainnya  dan berjaga malamnya, menjauhi tempat tidurnya dan meninggalkan tidur  - biarpun waktu tidur sepanjang usianya agak kurang - dan memastikan isteri-isterinya yang berkemampuan untuk bangun bersamanya”. (Ahmad)

Daripada Aisyah r.a berkata: Rasulullah saw menghidupkan malam dengan solat, doa dan ibadah-ibadah yang lain. Baginda memastikan isteri-isterinya turut sama dalam kebaikan ini dengan membangkitkan mereka untuk qiam bersamanya”. (Muslim)

Ini adalah dalil disyariatkan membangkitkan isteri dan anak pada 10 malam.  Maksudnya di sini ialah menguatkan hukum sunat membangkitkan isteri. Tetapi tidak di sunatkan bagi semua hari.

Hadith dari Abu Soleh dari Abu Hurairah r.a bahwa nabi saw bersabda:

“Allah merahmati lelaki yang bangun malam untuk mendirikan solat, kemudian membangkitkan isterinya lalu bersolat. Tetapi jika enggan maka renjiskanlah air di mukanya. Allah merahmati wanita yang bangun dan mendirikan solat, kemudian membangkitkan suaminya lalu solat. Tetapi jika enggan, maka renjiskanlah air di mukanya”. (Abu Daud)

Sufyan At-Thauri berkata: “Amalan yang paling aku sukai apabila masuk 10 malam akhir Ramadhan ialah bertahajud di waktu malam dan bersungguh-sungguh bertahajud, dan membangunkan isteri dan anak untuk mendirikan solat seandainya mereka berkemampuan melaksanakannya”. 

Satu riwayat yang sahih bahwa nabi saw membangkitkan Fatimah dan Ali pada waktu malam. Lalu nabi berkata kepada keduanya: “Hendaklah kamu berdua bangun, lalu keduanya mendirikan solat”. (Bukhari)
 
5. Memperbanyakkan doa

Malam 10 akhir adalah malam-malam yang penuh kebaikan, kebajikan dan ihsan. Nabi saw menyatakan kepada orang yang berpuasa bahawa berdoa ketika berbuka tidak ditolak oleh Allah.

Nabi turut mengkhabarkan bahawa Allah SWT turun pada ¾ malam, lalu nabi bersabda:
 
“Barangsiapa yang berdoa ketika itu pasti dikabulkan dan barangsiapa yang beristighfar (memohon ampun) pasti akan diampunkan dosanya”.(Tirmizi dan Ibn Majah)

Ketika Aisyah r.a bertanya nabi dengan berkata: 

"Apakah pendapatmu seandainya engkau tahu bahwa malam itu adalah malam Lailatul Qadar apa yang patut aku doakan? Lantas Nabi mengajarkan: “Bacalah: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني. (Tirmizi dan Ibn Majah)

6. Menjauhi persengketaan dan permusuhan

Ini kerana persengketaan merupakan sebab sesuatu kebaikan terhalang dan terlindung.

Dari Ubadah bin Somit r.a berkata: Nabi telah keluar untuk memberitahu kami tentang malam Laitul Qadar, tetapi nabi telah melihat dua lelaki Islam sedang bersengketa dan bertengkar. Lalu nabi bersabda: “Aku telah keluar untuk memberitahu kalian tentang malam Lailatul Qadar tetapi dua lelaki telah bertengkar menyebabkan kebaikan malam itu diangkat”. (Bukhari)

7. Banyak membaca al-Quran

Seandainya anda mengkhatamkan al-Quran setiap minggu pada 20 hari pertama Ramadhan tentu anda boleh mengkhatamkan setiap tiga hari pada 10 hari akhir Ramadhan. Seandainya anda mengkhatamkan setiap tiga hari pada 20 hari pertama Ramadhan sudah tentu anda mampu mengkhatamkan setiap malam pada 10 hari akhir Ramadhan. Inilah amalan para salaf as-saleh.

Diriwayatkan bahawa Aswad bin Yazid mengkahatamkan al-Quran setiap enam hari. Tetapi apabila masuk bulan Ramadhan beliau mengkhatamkan dalam tiga malam, bahkan apabila masuk 10 malam yang akhir beliau mengkhatamkan setiap malam. Demikian riwayat tentang Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie yang mengkhatamkan setiap malam.

Al-hafiz Ibn Rejab berpendapat dalam keadaan biasa beliau melarang membaca al-Quran kurang dari tiga hari khatam. Tetapi semasa berada di tempat yang afdal seperti Mekah atau semasa waktu yang afdal seperti bulan Ramadhan dan 10 yang akhir, tidak makruh mengkhatamkan kurang tiga hari sebagaimana yang dilakukan oleh salaf as-soleh.

8. Mandi dan memakai pakaian baru

Diriwayatkan bahwa para salaf as-soleh apabila memasuki 10 malam mereka mandi setiap amalam dan mengkhususnya malam ganjil dengan memakai pakaian baru. Ibn Jarir berkata: Mereka suka mandi setiap malam 10 akhir. Nakhae mandi setiap malam 10 akhir. Di antara mereka mandi dan memakai pakaian cantik pada malam-malam yang diharapkan Laitul Qadar.

Menurut Hamad bin Salamah: Thabit al-Banani dan Hamed al-Towil memakai sebaik-baik pakaian, kelihatan kemas dan mengindahkan masjid pada malam yang diharapkan Lailatul Qadar. Menurut Thabit: Tamim ad-Dary  membeli pakaian dengan harga seribu dirham dan dipakai pada malam-malam yang diharapkan Lailatul Qadar.

Menurut Ibn Jarir: Kebanyakan salaf- soleh mereka mandi pada setiap malam 10 akhir. Di antara mereka Ayub As-Sakhtiany. Imam Malik turut melakukan perkara yang sama bila dinyakini malam Laitul Qadar. Beliau mandi dan memakai pakaian yang cantik. Beliau tidak akan memakainya lagi kecuali pada bulan Ramadhan akan datang. Begitu juga salaf- soleh yang lain.

Ayuhlah wahai saudaraku..kita merebut malam 10 akhir Ramadhan sebagai jalan menuju ke syurga dan keredhaan Allah, bahkan kita berusaha bersungguh-sungguh semampu mungkin. Kita mengingati bahwa orang yang mengharamkan dirinya daripada meraih kelebihan bulan ini maka haram baginya kemapunan dan pembebasan daripada api neraka. Kita mohon kepada Allah supaya menjadikan kita ke dalam golongan orang yang dibebaskan daripada api nereka dan orang-orang yang diterima amal ibadahnya.

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=53843&SecID=363

(Sumber:http://abuamar41.blogspot.com/2011/08/amalan-10-malam-akhir-ramadhan.html)

Sumber (http://hernyzar-helmizan.blogspot.com/2012/08/22-ramadhan-1433-doa-malam-lailatul.html)

“Dunia Biarlah Berpenat, Akhirat Tempat Aku Berehat” - Ahmad Ammar 

- See more at: http://shakiddo.com/cerita-cinta-ahmad-ammar/#sthash.uUMvWsdW.dpuf

“Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman. Jika engkau mahukan musuh, cukuplah nafsu sebagai seteru. Jika engkau mahukan hiburan, cukuplah Al-Quran sebagai bacaan. Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.”- Ahmad Ammar

 - See more at: http://shakiddo.com/cerita-cinta-ahmad-ammar/#sthash.uUMvWsdW.dpuf

Friday, July 18, 2014

Tonggek!!!!

Assalamualaikum,

       Apa ke halnya sana ada tonggek, sini pun ada tonggek!!! Isshhh... tak boleh jadi ni.. Kena tengok ape benda yang tonggek pulak ni. Dah lah kat Pasar Ramadhan. Sengaja je bagi orang nampak!!! Tak percaya takpe, tengok je gambar kat bawah!!! Jangan risau, tak kurang pahala puasa pun tengok gambar Mee Tonggek!!!





        Mana nak dapat??? Kat Pasar Ramadhan Precint 3, Putrajaya. Best ke PaRam kat sana? Boleh usha kat sini. Jauh sangat nak pergi? Apa kata korang masak sendiri. Boleh check kat sini untuk resipi dan cara masak mee tonggek! Kenapa nama dia mee tonggek??? Tak pasti pula, cuma hasil daripada siasatan saya, ada yang claim mee tonggek ni asal dari Koding, Kedah. Orang Kodiang ada idea apasal nama mee ni seksi sangat???
        Nak rasa sekali sekala bolehlah sebab mee goreng kan berminyak. Saya pun memang kurang gemar kalau tiap-tiap hari makan makanan bergoreng. Kolesterol tinggi nanti... Jom kita tengok apa tu kolesterol...

[Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaranhati.
Kolesterol pemakanan datang daripada dagingayamikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).


Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL]


Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolesterol

Bagi mereka yang mempunyai paras kolesterol tinggi, boleh cuba Phytocol-ST dan VIVIX! InshaAllah sangat-sangat membantu dan memang telah terbukti berkesan! Jangan percaya cakap saya, cer google tengok betul tak???

"Hidup anda, anda yang tentukan!!!"

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan mereka pada usia muda. Segala langkah jatuh bangun didedahkan khas untuk anda.
 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!
Masih PERCUMA, dapatkan sebelum ebook ini dikenakan bayaran!!!



Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
(Call/whatsapp/sms)

Shaklee sumbang ke Israel? Jangan salah boikot! Jangan salah sokong! Jangan salah hisap!

Assalamualaikum,

         Ramai yang tertanya-tanya betul ke Shaklee menyumbang keuntungan ke Israel? Isu ni tenggelam timbul, setiap kali Israel lancarkan serangan ke atas Palestin pasti isu ini akan timbul. Tenggelam pula bila serangan Israel berakhir. Ini semua gara-gara website http://www.kenesethisrael.com/ yang memaparkan logo dan membuat pautan ke laman web Shaklee.

screen shot daripada http://www.kenesethisrael.com
         Saya bukanlah pihak yang sesuai untuk menjawab persoalan ini. Makanya biarlah pihak yang lebih layak menjawabnya, Pihak Pengurusan Shaklee.

Kenyataan daripada Pengurusan Shaklee


Reply from Shaklee:-

Q: Does Shaklee Corporation contribute in funding Israeli's Military exercise on Palestine?
A: No.

Q: What is your personal stand towards this issue?
A: Because this is a corporate question you and your customers and other distributors have raised now and in the past, we wanted to make it very clear that Shaklee is against violence of any kind anywhere in the world.

Shaklee is a neutral company and is not involved in any conflict, is not affiliated with any religion and is not aligned with any political party or cause.

Q: Is there any link of Shaklee and Israel / Zionist that we need to know?
A: There is none.

Sincerely
Bradford Richardson
President, Shaklee International


         Kalau anda semua berminat nak tahu syarikat-syarikat manakah yang menyumbang kepada Israel, sila lawat laman web http://www.inminds.com/boycott-israel.html . Anda penyokong Arsenal? Bolehlah mula pilih team lain ye!!! Check it out machaaa!!!
                                                                       


Check it out!!!

          Jangan sampai setiap pembelian anda menyumbang kepada kemusnahan di Palestin dan kehilangan nyawa warga Palestin. Kalau dah terbeli tu takpe, next time kita kasi tukar!!!! Dalam dok sibuk boikot tu, nak tanya adakah anda seorang perokok? 






[Perokok beragama Islam yang menghisap rokok keluaran syarikat Israel juga bersubahat dalam pembunuhan orang Palestin, kata Persatuan Perlindungan Pengguna Pulau Pinang (PPPM). Presidennya, Koris Atan mendakwa syarikat-syarikat pengeluar rokok ini menyumbang 10 peratus keuntungan kepada Israel untuk menentang jiran-jiran negara itu.

Koris, yang juga naib presiden Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) memberitahu dia memiliki ‘dokumen industri’ untuk membuktikan dakwaannya. Koris memberitahu orang Islam yang mengutuk serangan Israel terhadap penduduk Palestin:-

"Kenapa nak suruh orang lain boikot produk itu ini dan produk Israel yang yang lain. Boikotlah sendiri dan mulakan dengan memboikot rokok keluaran syarikat rokok milik orang Yahudi."

Dalam perang yang sudah berlangsung selama hampir 50 tahun, Israel telah dikritik oleh seluruh dunia dan baru-baru ini melancarkan serangan terhadap Gaza, yang dilaporkan telah menyebabkan lebih 150 terbunuh.

"Ini juga waktu yang tepat untuk mengumumkan boikot, bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya. Jika orang Islam boleh berhenti merokok semasa puasa, kenapa tak berhenti terus selamanya?"

Koris yang merupakan bekas pengerusi Majlis Kawalan Tembakau Malaysia berkata, dokumen industri menunjukkan yang lebih 70 % perokok di Malaysia berbangsa Melayu.

Dia menyeru orang Islam yang bekerja di syarikat milik usahawan Yahudi yang setia kepada Israel untuk berhenti kerja serta merta dan berhenti bersikap ‘hipokrit’.

Dia juga mengkritik Putrajaya kerana menerima cukai jualan rokok dari syarikat-syarikat tersebut. Katanya, wang itu ‘haram’ dan ia hanya patut digunakan untuk orang bukan Islam, jadi satu akaun yang berasingan patut dibuat untuk cukai seperti itu.

"Berhenti letakkannya sekali dengan cukai halal. Wang ini mungkin boleh digunakan untuk menaik taraf sekolah atau menampung kebajikan yang berkaitan dengan orang bukan Islam."

Sementara itu, dia mengingatkan bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan yang merokok adalah tidak Islamik dan mempersoalkan mengapa orang Islam tidak mematuhi keputusan itu.

Memandangkan merokok tidak Islamik Koris menyarankan agar kerajaan membantu petani yang bekerja di ladang tembakau di Kelantan, Perlis dan Sabah untuk menukar tanaman memandangkan kebanyakan petani adalah orang Islam.

Dia mencadangkan kerajaan membantu mereka tanam tomato, cili dan tanaman lain.

Langkah seperti itu akan membantu petani yang miskin agar terus dapat bekalan makanan dan bekerja, kerana kebanyakan mereka tinggal di pedalaman.

"Ini ialah masa yang tepat untuk membantu mereka selari dengan semangat Ramadan. Tak ada orang bukan Islam akan membantah kerajaan membantu petani miskin.

Mengapa Malaysia tidak boleh jadi negara bebas tanaman tembakau?"

Tegas Koris yang juga pengerusi promosi, pubisiti dan penerangan zon Warisan George Town bebas-rokok:-

"Kesimpulannya, jika Malaysia tidak membuat langkah untuk memberhentikan kegiatan merokok atau mengimport rokok dari syarikat milik orang Yahudi, maka kerajaan juga menyokong pembunuhan orang Palestin.

Kerajaan perlu bertanggungjawab dan mula serius tentang perkara ini untuk menunjukkan keikhlasan mereka memandangkan mereka berkata menyokong orang Palestin" lapor Yahoo Malaysia.]

     Saya doakan anda semua mampu berhenti merokok. 10 hari terakhir Ramadhan, buatlah solat hajat, mintalah agar allah bukakan pintu hati untuk berhenti merokok. Paling tidak pun cubalah hisap lenteng, daripada dok menyumbang ke Israel dengan rokok mahal tu. Banyak artikel berkenaan vivix yang mampu membantu anda berhenti merokok. Dalam blog saya ni pun banyak artikel tentang rokok. 

"Hidup anda, anda yang tentukan!!!"



Azman: 010-5185 983
Hayaty: 013-260 1599 

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...