Tuesday, October 28, 2014

Saiz Bukan Segalanya..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Saya doakan anda semua sihat, selamat, kaya dan berjaya!

Kali ni saya nak bercerita tentang saiz payudara dan 

penyusuan susu ibu.


Semoga entry ni bermanfaat kepada suami dan isteri di luar

sana!


Saya terbaca kisah seorang wanita berusia lewat 30-an yang 

bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat 

mengalami kerisauan kerana saiz payudara yang agak kecil.


Chopp.. 


Jangan tanya size apa ye sebab tidak dinyatakan size yang 

dikatakan kecil itu.


Beliau dan pasangan merancang untuk mempunyai cahaya

mata dan mahu menyusukan bayinya dengan penyusuan 

sendiri secara esklusif.



Antara soalan yang di kemukakan ialah:-

1. Adakah saiz payudara menentukan isi kandungan susu  

    ibu?


2. Apakah faktor-faktor lain yang menentukan jumlah susu 

    ibu?


3. Adakah usia seseorang mempengaruhi jumlah susu ibu 

    yang dihasilkan?


Berikut adalah jawapan daripada Pakar Sakit Puan:-


Saiz payudara tidak menentukan keupayaan seseorang 

menyusu badan.


Perubahan hormon sewaktu kehamilan memberi kesan 

kepada payudara dalam persediaan menyusu kelak.


Selepas kelahiran pula, hormon oksitosin akan mencetuskan

pengeluaran susu terbabit daripada payudara.


Penghasilan hormon oksitosin penting kerana ia dipengaruhi

oleh perbuatan bayi menghisap areolar dan puting payudara.


Ia juga boleh dirangsang secara manual sama ada 

menggunakan tangan atau pam susu.

Pada usia lewat 30-an, tiada halangan untuk menyusukan bayi.





Saya ingin membantu ibu-ibu di luar sana yang ingin 

mencuba menambah pengeluaran susu ibu dengan set 

menyusu seperti di bawah.


Set menyusu asas terdiri daripada Energizing Soy Protein 

(ESP) dan Alfalfa. 


Diharap gambar-gambar di bawah dapat membantu 

pemahaman tentang fungsi ESP dan Alfalfa.



Alfalfa


Energizing Soy Protein 

(ESP)


Ada yang tanya ye ke boleh tambah susu?

Jom kita tengok gambar-gambar di bawah pula. 








Gambar stok susu di atas adalah daripada ibu-ibu menyusu 

yang makan set menyusu.


Nak testimoni lagi?

Boleh! Saya bagi 4 testimoni set menyusu Shaklee...

Kalau nak google sendiri pun boleh.








Semoga perkongsian saya ni dapat membantu ibu-ibu di 

luar sana melengkapkan penyusuan mereka selama 2 tahun 

penuh.




Nak cuba????

Call je Puan Nor Hayaty - 013-2601599.

Whatsapp - Telegram - Wechat - sms




"Saya sedia membantu ibu-ibu menyusu!"


Semoga bertemu lagi di entry akan datang!


Wassalam.

Tuesday, October 21, 2014

5 Gangguan Syaitan Semasa Bersolat


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog azmanhayaty.

Saya doakan kita semua sihat, kaya, dan berjaya!

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.

Saya ada terbaca berkenaan 5 gangguan syaitan semasa bersolat di dalam facebook.




Saya kira, ianya sangat bermanfaat untuk kita semua.

Pasti ada antara kita pernah alami perkara di bawah:-

1. Semasa solat tetiba terfikir ehh, handphone ni dah silent ke belum?

2. Semasa solat tetiba terfikir "Errr, kasut aku baru beli, janganlah ada yang merembat!!!"

3. Semasa solat tetiba tertanya-tanya "Ni rakaat kedua ke ketiga erkk?"

Kenapa semua tu hadir masa kita solat? 

Semoga perkongsian 5 Gangguan Syaitan Semasa Bersolat ini dapat memberikan sesuatu kepada kita semua.
   
JOM!!!

1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. 

Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. 

Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. 

Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat

Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. 

Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. 

Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan

Abu Hurairah r.a berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. 

Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu

Abu Hurairah r.a berkata,

“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. 

Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. 

Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. 

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” 

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. 

Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. 

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya

“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). 

Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)


Sumber: http://kelabkesenianislam-ukm.blogspot.com/ dan http://myibrah.com/5-gangguan-syaitaan-semasa-solat

Saya doakan kita semua akan lebih khusyuk lagi di dalam solat dan tidak tergesa-gesa menunaikan solat kita.

Semoga berjumpa lagi di entry akan datang!


Sunday, October 19, 2014

Galakkan Orang Islam Sentuh Anjing?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah, kita diberi kesempatan bertemu lagi di blog ni.
Saya doakan kita semua sihat, selamat, kaya dan berjaya.

Saya terjumpa post di facebook saya berkenaan satu kempen. 


Kempen "I Want to Touch a Dog"!


Ermm.... takpelahkan kalau depa nak sentuh anjing. 

Nak bagi makan dan nak rawat anjing pun takpa.

TAPI saya tersentap bila tengok banyak gambar orang Islam bermesra dengan anjing!

Errkkk.... APAKAH INI? 

Saya pun dok googlelah apakah kempen ni, kenapa ramai benar umat Islam sentuh anjing?

Daripada apa yang saya baca, antara objektif kempen ni adalah nak menunjukkan Islam itu mudah. 

Umat Islam boleh sentuh anjing dan menyamaknya.

Nak kempen kasih sayang terhadap anjing.

Nak buang pemikiran negatif yang umat Islam tidak boleh memegang anjing?


Adoiii, apakah ini???

Terus saya teringat kisah kawan saya masa kecil dulu ibunya terpaksa mandikan dia dengan air tanah dan disucikan dengan air bersih gara-gara termain dengan anjing jiran!

Kempen "I want to touch a Dog" ni dengarnya ada tazkirah, ada forum dan ada ajar cara menyamak.

Ye, memang tak berdosa kalau sentuh dan pegang anjing.

Tapi anjing tidaklah boleh dijadikan haiwan peliharaan di rumah.


Risaunyalah saya kalau lepas ni ramai umat Islam bela anjing di rumah.

Dimandikan pula anjing tu nanti...

Sanggupkah nak samak satu badan?

Sanggupkah nak samak setiap kali anjing tu menjilat-jilat?

Paling penting sanggupkah amalan kita ditolak setiap hari kita membela anjing?

Saya tak benci anjing.

Cumanya saya tak faham kenapa nak galakkan umat Islam sentuh anjing?

Kita tak boleh memelihara anjing, melainkan tujuan untuk menjaga keselamatan rumah, menjaga ternakan, menjaga tanaman atau pun untuk berburu.

Saya nak sertakan link-link yang mungkin dapat membantu kita semua memahami perihal anjing.


Semoga bermanfaat untuk semua.

1. http://www.youtube.com/watch?v=XPyhmVbWyLU
(Soalan Adakah Haram Sentuh Anjing - Ustaz Azhar Idrus)

2. http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2013/April/MaklumbalaspegangAnjing.pdf

( Maklum balas JAIS)

3. http://www.youtube.com/watch?v=j-PEmX5YOhg

((Baru) Hukum bela anjing - ustaz azhar idrus)


4. http://www.youtube.com/watch?v=RdNdT6FsNus

(Ceramah Singkat : Bolehkah Memelihara Anjing? - Ustadz Abu Yahya Badru Salam, Lc)


Maaf ye saya tak masukkan gambar untuk entry ni.

Saya benar-benar tak mahu menyinggung perasaan sesiapa berikutan kempen sentuh anjing ni.

Cumanya saya cuma berharap agar kita semua tahu apa yang kita lakukan.

Jika teringin sangat nak membela haiwan, nak tunjuk rasa kasih pada haiwan, apa kata cuba ambil kucing-kucing yang sering dibuang di pasar atau di tepi jalan dan bela elok-elok.

InshaAllah pahala dapat, dan amalan kita pula tidak ditolak

Jika masih ada kemusykilan, bolehlah bertanya dengan mereka yang lebih arif.

Semoga kita bertemu lagi masa hadapan.

Thursday, October 16, 2014

Puting Beliung di Pendang!!! - Perkongsian Berita

Pendang: Kira-kira 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah di Kampung Alor Besar, di sini, mengalami kerosakan akibat dilanda puting beliung kira-kira jam 4 petang tadi.

Saksi kejadian Mohd Hafizi Abdul Rahman, 26, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumah dan tiba-tiba terdengar bunyi angin kuat.

"Sebaik keluar rumah, saya terkejut melihat angin pusaran setinggi bangunan empat tingkat kira-kira 100 meter dari rumah saya.

"Saya segera masuk ke dalam rumah dan mencari tempat untuk berlindung kerana khuatir angin kuat itu merebak ke kawasan rumah saya," katanya.

Katanya, kejadian kali pertama berlaku itu menyebabkan semua penduduk panik, namun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Sementara itu, Pegawai Rendah RELA Daerah Pendang Zulkifli Nayan berkata, sebaik menerima laporan seramai lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dibantu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

"Pemeriksaan awal mendapati tujuh rumah musnah termasuk sekolah mengalami kerosakan teruk, manakala tiga rumah mengalami kerosakan kecil membabitkan bahagian bumbung dan dinding.

"Selain itu difahamkan makmal komputer dan bilik darjah bagi murid pra-persekolahan turut musnah," katanya.





Pendapat saya...

Selain di Pendang, saya ada terbaca kisah puting beliung di Sabah dan Johor.

Dulu saya tak pernah dengar pun kisah puting beliung di Malaysia.

Semoga Allah mudahkan urusan mangsa-mangsa kejadian puting beliung tersebut.

Pasti ada hikmah apa yang berlaku.

Semoga semua dapat bersabar.

Baik tak payah - Perkongsian berita

Kuala Terengganu: "Terima kasih PBNJ, simpan sajalah tiket 100 keping itu". Luahan kecewa itu terbit daripada mulut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) Arpin Draman selepas gagal mendapat kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) untuk membeli 2,000 tiket perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dan Terengganu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, malam esok.

Setakat semalam, PBNJ cuma mampu memberi peruntukan 100 keping tiket walaupun sudah dua kali rayuan dibuat PBSNT, kata Arpin yang mengaku sekali lagi memohon jasa baik PBNJ dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan jumlah tiket yang jauh lebih besar.
"Jika cuma 100 keping saja yang kami dapat daripada PBNJ, saya berpendapat lebih baik persatuan kami tidak membelinya kerana jumlah itu tidak mencukupi untuk 2,000 penyokong pasukan Penyu yang berhasrat bertandang ke Johor Bahru.

"Namun ini cuma pendapat peribadi saya saja kerana mungkin pihak pengurusan tertinggi persatuan masih mahu membeli 100 keping tiket itu supaya tidak mengecewakan segelintir penyokong yang masih bersemangat untuk menyokong pasukan di stadium," katanya.
Menurutnya, PBSNT juga mempunyai maruah yang perlu dijaga dan beliau berharap pengurusan tertinggi PBNJ mengizinkan pembelian lebih banyak tiket lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Pendapat sayalahkan... 

Semangat kesukanan semakin pudar. 

Next time JDT tak boleh marah kalau team tuan rumah cuma peruntukan SATU tiket je untuk penyokong JDT.

Its better right? 

Better than nothing..



Wednesday, October 15, 2014

7 Tips Soya Terbaik dan Selamat!!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah, kita masih diberi kesempatan untuk terus bernafas pada hari ini.

Kita masih diberikan peluang untuk terus berusaha meningkatkan taraf kehidupan kita.

Dalam entry sebelum ni saya dah ceritakan tentang soya gmo dan soya non-gmo.

Jika ada yang terlepas entry saya tu, sudikan klik link di bawah ye,




Seperti yang dijanjikan, saya akan berikan 7 tips untuk kita memilih soya yang terbaik dan selamat!




Semoga tips yang saya kongsikan ini dapat membantu kita semua daripada terbeli soya yang rendah kualiti dan berbahaya untuk kesihatan.

JOM!!!!

Tip Pertama:

Kacang soya hendaklah di tanam dan tumbuh secara organik tanpa melibatkan sebarang penggunaan baja dan racun kimia.

Nutrisi soya akan berkurangan apabila baja dan racun kimia digunakan semasa proses penanaman kacang soya.

Tip Kedua:

Mesti soya Non-GMO (bukan soya yang diubah geneteiknya).
Soya GMO terhasil kerana syarikat pengeluar soya ingin menjimatkan kos pengeluaran dan memaksimakan keuntungan.

MALANGNYA soya GMO ini berbahaya kepada kesihatan.
Toksin akan terbina apabila gen baru dimasukkan ke dalam tumbuhan.

Ramaia yang beranggapan semua soya sama, namun ia tidak benar sama sekali!!!

Anda mempunyai pilihan Soya non-GMO yang terbukti selamat dan berkualiti!!!

Tip Ketiga:

Mesti ada 9 asid amino perlu.

Ini kerana tubuh kita perlukan 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, antibodi, enzim dan proses penghadaman.

Harap maklum, sistem imun tubuh akan kurang keberkesanannya sebanyak 30% dan banyak fungsi tubuh tergendala atau terhenti jika tiada satu daripada sembilan asid amino perlu. 

Tip Keempat:

Soy flakes mesti dibersihkan dengan air dan bukannya alkohol!

Ada syarikat pengeluar yang menggunakan alkohol untuk membersihkan soy flakes.

Alkohol akan memusnahkan kandungan isoflavones sebanyak 88%!

Isoflavones sangat diperlukan untuk kurangkan kanser paru-paru dan penyeimbangan hormon.


Tip Kelima:

Bahan-bahan anti-thyroid / anti growth substance mesti disingkirkan!

Soya mentah ada anti thyroid dan anti tyrosine substance.

Kekurangan tyrosine akan mengakibatkan tekanan darah rendah, suhu badan rendah dan restless leg syndrome.

Pilihlah jenama yang menggunakan kaedah pengekstrakan yang mampu menyingkirkan anti thyroid dan anti tyrosine substance dan pada masa yang sama masih mengekalkan keaslian soya, paras asid amino perlu dan kandungan isoflavones yang tinggi.


Tip Keenam:

Proses  pembuatan soya protein sebaiknya tiada proses pemanasan kerana asid amino sangat sensitive kepada suhu panas.

Ada kajian yang menunjukkan bahawa 50% asid amino akan musnah jika protein itu di masak dengan suhu panas!


Tip Ketujuh:

Serbuk soya protein hendaklah ditambah dengan unsur kalsium.

Untuk makluman bersama, kacang soya adalah bersifat neutral.
Bukan asid atau pun alkali.

Namun, semasa penghasilan serbuk soya, minyak kacang soya perlu disingkirkan untuk mengelakkan soya berbau.

Proses ini akan menyebabkan serbuk soya sedikit berasid.

Oleh kerana kalsium bersifat alkali, pengeluar mestilah pastikan kalsium di tambah untuk meneutralkan semula soya.

Kebanyakkan pengeluar tidak menambah kalsium yang cukup di dalam produk soya mereka.


Alhamdullilah, berjaya juga saya siapkan entry7 tip memilih soya yang terbaik dan selamat!

Alhamdullilah selama ni ESP (Energizing Soy Protein) yang saya minum, mematuhi 7 tips soya terbaik dan selamat di atas!

Semoga apa yang saya kongsikan dalam entry ini dapat membantu anda memilih soya yang terbaik dan selamat untuk diri sendiri dan juga insan-insan tersayang.

Buat para suami, usah risau jika isteri mengandung teringin nak minum soya.

Jangan ragu-ragu hubungi Azman di 010-5185983 atau Nor Hayaty di 013-260 1599 jika anda ada sebarang pertanyaan!






Thursday, October 9, 2014

Berhati-hati dengan soya!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,


Saya doakan semoga semua pembaca blog azmahayaty sentiasa dipermudahkan segala urusan di

dunia dan akhirat. Semoga hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada

hari ini.


Hari ni saya nak bercerita tentang soya. Saya dulu pun tak pernah tahu ada soya yang telah diubah

genetiknya semata-mata untuk mengurangkan kos pengeluaran dan memaksimakan keuntungan

tanpa mengambil kira kesan buruknya kepada kesihatan manusia. Selepas join MFMS barulah saya

tahu....
ADA SOYA YANG BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN!


Rasa bersalah kalau ilmu yang saya ada ni tak disebarkan kepada yang lain. Jom kita tengok gambar-gambar di bawah!


Cer tengok perbezaan tikus putih yang diberi soya gmo dan non gmo


Tanaman soya gmo diubah genetiknya supaya
tahan terhadap racun serangga seperti Roundup


Berhati-hati dengan susu formula yang diberi kepada bayi anda!


Bahayakan soya gmo! Tu belum lagi minuman soya yang ada di luar sana. Entah gmo atau non gmo.

Saya berpendapat sudah tiba masanya pihak berkuasa meletakkan syarat melabelkan produk 

makanan samada gmo atau non gmo.

Kita berhak tahu apakah makanan yang kita makan, dan apakah minuman yang kita minum.


Teringat pula saya pada kisah cili padi. Kawan kepada kawan saya merupakan seorang pengusaha 

tanaman cili padi yang sangat berjaya. Namun, beliau sendiri tak berani nak beri keluarganya makan 

cili padi yang ditanam. 

Kerana apa? Kerana terlalu banyak racun serangga yang digunakan semasa proses penjagaan cili 

padi. Itu baru cili padi, belum lagi sayur-sayuran lain!

Langkah paling selamat ialah dengan makan makanan organik. Masalahnya, bukan mudah nak 

dapatkan makanan organik kalau di kawasan luar bandar dan pedalaman melainkan yang ditanam 

sendiri. Makanan organik pula lebih mahal harganya.

Ermmmm.... betul-betul dalam dilemmakan...

Makan salah, tak makan pun salah.....


Semoga perkongsian ringkas kali ni dapat memberi manfaat kepada semua.

Kekadang makanan yang kita makan sendiri menjadi racun kepada diri kita tanpa kita sedari.

Saya doakan semoga kita semua akan bertemu lagi di entry saya yang akan datang.

Saya akan kongsikan 7 cara untuk mengenalpasti soya yang berkualiti dan yang paling utama 

adalah selamat untuk kita dan keluarga kita.

Wassalam.


Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...