Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Saya doakan kita semua sihat, kaya dan berjaya.
Semoga kita semua tidak berputus asa untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Hari ni saya bawa keluarga, mak dan mak mertua saya berjalan-jalan sekitar Banting sambil beli
barang keperluam dapur.
Ada satu kisah menarik yang terjadi sewaktu kami berjalan-jalan di Giant Banting.
Alkisahnya begini, apabila semua telah masuk ke dalam kereta untuk bergerak pulang, mak saya
bertanya "Eh, mana beg duit mak ye?"
Puas mencari beg duit dalam kereta, masih juga tidak dijumpai.
Kami berfikir lokasi terakhir mak saya pergi adalah tandas Giant Banting.
Allah!!!
Lokasi yang paling tidak selamat untuk tertinggal barang!
Namun saya cuba sedapkan hati dengan berkata "Mungkin masih ada lagi di tandas kot, hari ni pun
hari bekerja, tak ramai yang datang Giant Banting.
Isteri saya dengan pantas, turun kereta dan terus ke tandas untuk mencari beg duit mak.
Dalam kepala, duit boleh dicari, tapi kad pengenalan dan kad bank hilang banyak urusannya!
Dalam hati, saya cuba yakinkan diri sendiri yang beg duit mak saya masih ada di tandas tempat mak
saya letakkan beg duit tu tadi.
Think positive okay!
Selang 5 minit, isteri saya kembali ke kereta.
Aduhh!!!
Saya tengok isteri saya berjalan dengan tangan kosong.
Mesti dah kena rembat neh!!!
Siapalah yang baik hati nak pulangkan balik beg duit tu kan.
Ada banyak jugalah duit dalam beg duit mak saya tuh.
Lepas jugalah belanja dapur sebulan.
Kasihannyalah mak saya.
Baru tadi seronok berjalan-jalan dengan besan dan anak, menantu dan cucu-cucu.
Sekarang beg duit dah hilang pula.
"Takpelah mak, nanti kita buat laporan polis je untuk kad pengenalan dan kad bank" saya cuba
bertenang, tak perlulah nak tanya apa-apa.
Perkara dah pun berlaku.
Dalam hati saya, ada lagi ke manusia yang jujur dalam dunia ni???
Kerana duit manusia sanggup membunuh, kerana duit manusia sanggup mengkhianati, kerana duit
manusia sanggup buat apa sahaja!
Mesti mak sedih sangat ni, macam mana lagi ye cara nak cuba dapatkan beg duit mak.
"Takpelah mak, malam nanti kita buat solat hajat, minta beg duit mak diserahkan semula kepada
mak, saya masih lagi cuba sedapkan hati mak.
Saya bertanya pada isteri " Ada cuba tanya sesiapa yang berada di kawasan berhampiran tandas tu
kot-kot ada yang terambil atau terjumpa?"
Isteri saya cakap " Dah tanya dah beberapa orang yang ada kat situ, kalau ada pun orang tu ambil
takkanlah orang tu nak mengaku"
HAAAAA!!!! Orang jumpa??? Bukan orang curi???? Alhamdullilah, Allah gerakkan hati saya.
Dari tadi asyik dok fikir kalau orang curi, tetiba tergerak hati berfikir bagaimana pula kalau orang tu
jumpa???
Biasanya kalau orang yang jujur jumpa sesuatu mesti dia pulangkan!
Pasar raya.... mestilah di bahagian Hilang dan Jumpa (Lost and Found)!
Ya Allah, bantulah kami.
Temukanlah kami dengan beg duit mak kami semula!
Kali ni saya pula yang pergi mencari.
Lokasi???
Bahagian kaunter tempat simpan barang atau ambil hadiah produk, juga bahagian hilang dan jumpa
mungkin.
Alhamdullillah, syukur sangat-sangat.
Saya nampak ada kakitangan Giant tengah pegang beg duit mak saya dan nak diserahkan di kaunter
hilang dan jumpa tu.
Saya pun terus jumpa staff tu dan beritahu beg duit mak saya hilang dan sama macam beg duit yang
dia pegang.
Saya beritahu lagi, kalau nak saya bawa mak saya untuk sahkan pun boleh.
Kalau nak sahkan yang beg duit tu memang beg duit mak saya dengan lihat kad
pengenalan dalam beg duit tu pun boleh!
Staff tu tengok kad pengenalan mak saya dan saya pun sebut nama mak saya.
Alhamdullillah, memang betul tu beg duit mak saya!
Saya bertanya siapakah yang jumpa beg duit mak saya tu dan dia jawab seseorang yang
berbangsa Cina.
Kalau dah tandas perempuan mestilah perempuan Cina kan...
MashaAllah, jujurnya manusia itu!
Walaupun mungkin bukan beragama Islam, namun sangat kukuh sifat jujur dalam dirinya.
Umat Islam sendiri pun mungkin tak ramai yang sejujur dia.
Dalam hati, saya nak cari semula orang Cina yang serahkan beg duit mak saya tu kepada staff Giant
Banting.
Nak ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab bersikap jujur dan ikhlas!
Tapi mana mungkin jumpa sebab maklumat yang terlalu terhad, seorang perempuan berbangsa Cina.
Saya pun melangkah kembali ke kereta.
Dari jauh lagi saya tunjukkan beg duit kepada mak.
Saya lihat mak mengucap syukur dan berdoa.
Alhamdullillah, jumpa semula beg duit mak saya tu.
Memang nampak riak wajah mak saya masa beg duit hilang memang risau sangat-sangat.
Sedih pun ada.
Sekarang nampak lega dan gembira di wajah mak saya.
Rupa-rupanya mak saya masa berjalan-jalan tadi ada melihat-lihat beg tangan.
Ada cakap dalam hati "Cantiknyalah beg duit ni, saya punya dah tak berapa cantik lagi"
Merajuk kejap kot beg duit tu dengan mak saya.
InshaAllah nanti dapat duit bonus Shaklee saya nak belikan mak beg duit yang baru.
Nak gembirakan hati mak, dan saya nak mak simpan beg duit yang lama tu.
Tanda kenangan simbol kejujuran dan keikhlasan seorang perempuan Cina.
Saya mohon jika ada sesiapa yang tahu siapa perempuan Cina tu sila hubungi saya
Saya nak sangat bertemu dengan dia.
Saya mohon kebaikan semua untuk share entry saya ni kepada seramai mungkin insan di luar sana.
Supaya banyak lagi kisah keikhlasan dan kejujuran dapat kita dengar selepas ini.
Saya doakan kita semua sihat, kaya dan berjaya!
AllahuAkbar!!!!
Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
Hubungi Azman / Hayaty untuk:-
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
0 comments:
Post a Comment