Saturday, September 13, 2014

Jom Bersenam dengan SELAMAT!!!





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Saya doakan kita semua semakin sihat, kaya dan berjaya!

Jutaan terima kasih kepada semua yang membaca blog saya.

Semoga ada kebaikan yang anda semua perolehi daripada perkongsian saya dalam blog ni.


Saya nak kongsikan maklumat tentang senaman yang saya dapat daripada pamphlet yang saya ambil 

di Klinik  Kesihatan Bukit Changgang, Banting, Selangor. 

Info senaman ni mungkin dapat mengelakkan anda daripada mendapat kecederaan semasa bersenam.

Jom kita baca!!!




Senaman ni ada bermacam-macam jenis senaman. 

Conto-contoh senaman adalah berjogging, senamrobik, berbasikal, berjalan cepat, 

Selain tu ada juga senaman khusus seperti  senaman kempiskan perut, senaman mata, senaman 

cantikkan punggung, senaman untuk mudah bersalin, senaman muka, senaman kegel, senaman 

pilates, dan bermacam-macam lagilah.




Berjogging


Senaman cantikkan postur tubuh


Senaman ibu mengandung


Maklumat senaman kegel


Senaman kempiskan perut


Senaman mata


Senaman wajah


Senaman Pilates


Senamrobik


Info yang saya nak berikan ni adalah lebih kepada senaman umum.

Jom kita tengok dulu maksud senaman!

Senaman adalah satu pergerakan badan yang terancang, berstruktur, dan berulang-ulang yang 

dilakukan bagi tujuan meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal.


Apakah kebaikan senaman, dapat keluarkan peluh dan letih je ke?

No, no, no..... banyak lagi kebaikan senaman seperti di bawah:-

1. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan otot

2. Menguatkan otot jantung dan meningkatkan perjalanan sistem salur darah.

3. Meningkatkan fungsi paru-paru

4. Membantu organ pernghadaman dan perkumuhan

5. Meningkatkan koordinasi antara saraf dan otot

6. Mengekalkan berat badan ideal

7. Menyumbang kepada postur yang segak dan penampilan diri yang menarik

8. Meningkatkan produktiviti daripada segi fizikal dan mental

9. MENGAWAL PENYAKIT KRONIK SEPERTI DIABETES, SAKIT JANTUNG DAN 
    HIPERTENSI

10. Menguatkan dan mengekalkan bentuk tulang dalam badan.

11. Mengurangkan risiko osteoporosis.


Jom kita tengok panduan senaman pulak!


1. Bersenamlah mengikut matlamat anda.

Kalau nak tukar perut ONE BIG PACK kepada perut yang ada 6 packs buatlah senaman untuk perut,

jangan pula buat senaman jogging.

Senaman jogging lebih kepada kardiovaskular.


 2. Bersenamlah secara tetap.

Ini adalah kunci untuk mengekalkan kecergasan anda.

Jangan nanti orang tanya, "Anda ada bersenam"? dan anda jawab ada "Setahun adalah bersenam 

dalam 2-3 kali" atau pun "Ada, 6 tahun lepas saya ada bersenam!!!"


3. Mulakan senaman yang ringan dulu kemudian baru buat yang lebih berat.

Contohnya kalau dah 5-6 tahun tak berjogging, janganlah dek tetiba bersemangat nak bersenam, 

anda terus berjogging 10 kilometer.

Bahaya tu! Nanti terkejut segala urat dan otot anda, silap-silap jantung pun terkejut!

Jangan cari pasal!!! Mulakanlah dalam 1 kilometer dulu.


4. Panaskan badan sebelum bersenam dan sejukkan badan selepas bersenam. 

Kereta kalau yang model lama pun kena panaskan enjin dulu baru boleh kita pandu.

Aktiviti memanaskan badan dapat membantu meningkatkan kesediaan tubuh daripada rehat kepada 

beraktiviti secara beransur-ansur.


5. Peka dengan keadaan tubuh anda.

Pastikan tubuh dan fizikal anda sihat sebelum melakukan senaman.

Kalau demam tundalah dulu aktiviti senaman anda, kang lain pulak jadinya.


6. Bersenam bersama rakan dan keluarga.

Bersenam beramai-ramai boleh memberikan motivasi kepada kita.

Kekadang kita ni malas, mau lepas 500 meter jogging nak berehat dah.

Kalau ada rakan atau keluarga boleh juga anda dapat sokongan moral.

Satu lagi lebih kepada aspek keselamatan, kalau anda berjogging awal pagi, lebih baik berteman 

untuk elakkan anda menjadi mangsa jenayah.


7. Bersenam mengikut kaedah yang betul.

Ini lebih kepada senaman yang khusus, contohnya senaman kempiskan perut.

Jangan salah guna kaedah, salah kaedah boleh menyebabkan anda tidak mendapat hasil seperti yang 

diharapkan.

Ia juga mungkin boleh mengakibatkan kecederaan kepada anda!


Kita masuk kepada bersenam dengan selamat!

Sila ambil perhatian untuk perkara-perkara di bawah:-

1. Pastikan anda memanaskan dan menyejukkan badan sebelum dan selepas bersenam.

2. Sila pakai pakaian yang ringan dan longgar.

3. Janganlah pakai selipar untuk berjogging.

Keluarkanlah modal sedikit untuk membeli kasut jogging.    

4. Banyakkan minum air selepas bersenam. 

Ini adalah penting untuk elakkan tubuh anda kekurangan air selepas mengeluarkan peluh.

5. Jangan bersenam:

  • Jika anda berasa tidak sihat
  • Ketika cuaca panas, gelap atau ketika jerebu!
  • Dalam masa 2 jam selepas makan. Sila makan 2 jam sebelum bersenam ye!

AWAS!!!! Maklumat di bawah SANGAT PENTING!!!

1. JANGAN terus mandi selepas bersenam! Sila mandi selepas badan anda berasa sejuk dan peluh 

telah kering.

Kalau nak kena demam panas silalah ye, mandi masa badan berpeluh!

2. Berhenti segera jika anda berasa semput atau sakit dada ketika bersenam.

Jangan paksa diri, usah peduli jika ada yang memaksa anda teruskan aktiviti bersenam.

Maklumkan kepada mereka apa yang anda rasa dan minta berehat..

Jika sudah libatkan nyawa anda, anda yang tentukan apakah tindakan anda ketika itu!

3. Kalau berjogging di jalan raya, lakukannya dnegan berjogging ke arah bertentangan kenderaan 

yang bergerak.

TINDAKAN INI SANGAT PENTING! 

Anda akan dapat melihat pergerakan kereta jika anda berlari ke arah bertentangan kenderaan yang 

bergerak.

Mudah untuk anda ambil tindakan dengan mengetahui apa yang datang dari arah hadapan.

4. Kalau berjogging, elakkanlah berjogging di jalan raya yang sibuk.

Di kampung saya ni pun susah dah nak berjogging di jalan raya, jalan utama atau jalan dalam sama 

je sibuknya pada waktu pagi dan petang.

Berjogginglah di kawasan yang sesuai ye!


Bersenamlah untuk kesihatan dan kecantikan / kehenseman anda!



Diharapkan segala maklumat yang saya sampaikan dapat memberi nilai tambah dalam kehidupan 

anda.


Sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar kesihatan anda sebelum melakukan sebarang 

senaman jika anda telah terlalu lama tidak bersenam.

Saya doakan saya dan anda semua akan lebih rajin bersenam selepas ini.

Semoga kita bertemu lagi di entry akan datang!


Wassalam.







Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan 3-4-5 angka sebulan dengan hanya bekerja dari rumah?
 

Hubungi Azman / Hayaty untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Azman: 010-5185 983 

    Hayaty: 013-2601 599       

Hayati kisah dan pengalaman sebenar sepasang suami isteri, graduan terbaik 

universiti luar negara yang berhenti makan gaji dan membina empayar perniagaan

 mereka pada usia 

muda. 


MESTI DOWNLOAD!!!


 Klik gambar di untuk ebook free anda!!!

MESTI DOWNLOAD!!!

1 comment:

  1. Admin, tumpang tanya. kalau nk lose weight apa yg u lebih recomen, cardio ke weight? thnks ya for sharing. bnyk panduan. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

    >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

    ReplyDelete

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...