Thursday, November 6, 2014

Daftar SSM!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Saya tak berkesempatan nak update blog sejak kebelakangan ni.

Berbagai-bagai project telah dirangka bersama isteri saya selepas kami menghadiri IMKK anjuran Doktor Azizan Osman.

Oh ya, Doktor Azizan Osman baru sahaja pulang daripada mengerjakan haji sebelum IMKK Oktober berlangsung.

Jika IMKK June dulu saya pergi seorang, kali ni saya ditemani isteri tercinta!

Saya sedar potensi isteri saya, tapi susah saya nak jelaskan kepada isteri saya tu.

Cara terbaik, bawa isteri saya join IMKK Oktober!

Kami sempat ambil aura Haji Zafrul!!!



Banyak sangat perubahan dalam diri isteri saya sekarang ni.

Isteri saya lebih faham sekarang bahawa segalanya tiada yang mustahil dengan izin Allah.

Alhamdullilah, punca rezeki pun sekarang ni semakin bertambah-tambah.


Berkenalan dengan insan-insan hebat di IMKK Oktober membuka peluang-peluang perniagaan baru.

Jangan salah sangka ya, saya masih lagi Shaklee Independent Distributor.

Shaklee adalah matlamat jangka panjang kami.

Kami tetap setia dengan Shaklee kerana selepas 50 tahun Shaklee adalah satu syarikat MLM yang mesti disertai oleh setiap insan yang inginkan vitamin dan supplement yang terbaik, sihat dan selamat!!!

Oleh kerana bisnes kami secara online, dan kami ingin lebih serius dalam berbisnes, maka perniagaan kami telah didaftarkan di atas nama Excel Rich Enterprise (002377845-M). 

Lebih menarik lagi, pendaftaran perniagaan tersebut telah dilakukan pada 5 November 2014 yang juga merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke sembilan.

Semoga perniagaan kami akan terus maju dari hari ke hari.

Entry kali ni santai-santai je ye, sekadar nak berkongsi perkembangan kami.

InshaAllah saya akan ceritakan kisah-kisah menarik perniagaan kami pada masa hadapan.

Saya doakan semua pembaca blog azmanhayaty sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.

Wassalam.

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...