Tuesday, January 6, 2015

Mulut macam longkang!!!


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,


Alhamdullilah bertemu lagi kita di blog AzmanHayaty.

Saya doakan kita semua sentiasa sihat, selamat dan bahagia.

Jom teruskan membaca entry saya kali ni.


"Mulut macam longkang!"

Tu biasa kita dengar bila ada orang tengah marah.

Tapi mulut bau macam longkang tu mungkin salah satu tanda badan kita bertoksin.

Mungkin juga orang yang selalu marah-marah tu pun badan bertoksin.

Bahaya sungguh toksin ni kan.

Jom kita baca apa lagi tanda-tanda badan bertoksin.


Mungkinkah ada diantara kita yang mengalami perkara-perkara berikut:-

1. Pembuangan air besar tak lancar

2. Penghadaman kurang baik

3. Perut kembung

4. Kurang bersemangat

5. Badan lemah, mudah demam dan selsema.

6. Mudah hilang tumpuan

7. Muka pucat, berjeragat

8. Susah hendak tidur

9. Mudah Cemas

10. Mudah Marah


Entry kali ni pasal toksin.

Bahaya sangat ke toksin ni?

Takdelah bahaya sangat kalau sekadar buat kita perut kembung dan penghadaman kurang baik.

TAPI, kalau dibiarkan toksin-toksin tu berkumpul dalam badan, ia boleh meninggikan kadar kolesterol dalam darah, boleh sebabkan asma, tumor hinggalah kepada stroke.

Paling bahaya toksin-toksin yang terkumpul ni boleh buat kita terkena kanser.

Kanser dan stroke lebih kurang sama peringkat bahayanyakan.


Daripada mana datangnya toksin-toksin dalam badan kita ni?

Kita bukan makan dan minum toksin, ye tak?

Ermmm, memang kita tak makan dan minum toksin tapi kita makan ubat-ubatan, kita gunakan ubat nyamuk, kita gunakan sabun, kita makan-makanan yang disembur racun dan baja kimia, kita menghisap rokok, kita sedut udara yang tercemar dan banyak lagi.

Nak tak nak memang kita terpaksa menerima toksin dalam badan kita.

NAMUN!, kita ada pilihan samada nak biarkan toksin-toksin tu berkumpul atau nak buang toksin-toksin tu.

Bagaimana nak buang toksin dalam badan?

Pertamanya kita harus membersihkan saluran usus besar kita dahulu.

Usus besar yang sihat mampu mengelakkan tubuh kita daripada menyerap dan menyebarkan segala toksin daripada usus besar kepada seluruh organ badan kita.

Mereka yang makan 4 kali sehari tapi hanya membuang air besar 7 hari sekali sangat-sangat berisiko menyebarkan toksin di dalam tubuh.


Saya tahu dan kenal siapa yang pernah tergolong sebagai mereka yang sukar buang air besar atau sembelit!

Isteri saya dulu bertahun-tahun alami masalah ni. 

Memang saya risau, bila buang air besar sampai berdarah-darah sebab sembelit.

Nak tak nak mesti makan julap untuk bolehkan buang air besar.

Ermmm sampai bila nak makan julap? Bertahun-tahun dah makan julap.

Alhamdullillah, saya berkenalan dengan Shaklee dan belikan isteri saya herba lax dan alfalfa.

Alhamdullillah masalah sembelit isteri saya selesai dengan herba lax. Alfalfa pula membersihkan darah dan hati.

Siapa yang tak sayang bini oiii....

InshaAllah saya akan ceritakan kisah alfalfa dengan lebih mendalam dalam entry akan datang.

Orang perempuan kalau tahu khasiat alfalfa memang rugi kalau tak amalkan!!



Whatsapp kami:-

 Azman Bin Rosman di 019-3151861

 Nor Hayaty Shari di 013-2601599 














0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...