Saturday, October 4, 2014

Selfie Punca Kemalangan di Terowong Menora?


Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Saya doakan anda semua sedang berbahagia di kampung bersama ibu ayah tercinta, dan ahli keluarga tersayang.

Saya doakan supaya kita sama-sama mencipta hari ini yang lebih baaik daripada hari semalam.


Selamat Hari Raya Aidil Adha juga ucapkan kepada pembaca blog azmanhayaty.

Jutaan terima kasih kerana menjadikan blog azmanhayaty semakin hari semakin dikenali.

Saya doakan semoga Allah memberikan rahmat kepada kehidupan pembaca tegar blog azmanhayaty.


Selfie!


Remaja mana yang tak suka berselfie zaman sekarang ni.

Orang dewasa pun ramai yang berselfie kan.

Ada juga yang sanggup membahayakan nyawa semata-mata nak dapatkan gambar selfie yang boleh menjadi viral!

Kisah dalam kemalangan yang nak saya ceritakan ni memang tragik!

Saya nak ceritakan kisah kemalangan di lebuhraya utara selatan selepas terowong menara laluan Ipoh - Kuala Kangsar. 

Terowong Menora yang telah menjadi viral kerana perbuatan selfie pemandu kereta tersebut sebelum kemalangan. 

Saya mohon kita sama-sama ambil iktibar di atas pengalaman pahit pemandu kereta dan keluarga 
terbabit.

Mohon dijauhkan Allah segala kecelakaan.


Chopppp!!!

Jangan buat kesimpulan dulu ye, mohon baca entry saya ni sampai habis.





Mesti ramai yang buat kesimpulan, patutlah pun kemalangan kalau dah dok berselfie macam ni.

Buat makluman semua gambar ni diambil mungkin beberapa jam sebelum kemalangan ataupun 

mungkin bukan punca terjadinya kemalangan itu.

Namun boleh jadi juga perbuatan ini mengundang pelbagai doa seperti di bawah:-

1. Takde masa lain ke nak berselfie, accident kang!

2. Budak-budak zaman sekarang tak kira tempat nak berselfie, kalau kemalangan siapa yang susah.

3. Apalah yang best sangat berselfie, guna hand phone pun boleh kena saman! Kalau kena saman je 
    takpe lagi, kalau kemalangan!

4. Tulah budak muda kalau bawak kereta, tak pentingkan keselamatan, accident kang semua susah!

5. Dey machaa!!!! Tara baca ka? Accident kalu sapa susah!!!

Itu mungkin antara doa-doa pemandu-pemandu atau penumpang-penumpang kenderaan lain semasa 

gambar selfie ini dirakam.

Saya nak sampaikan apa yang Doktor Azizan ajarkan kepada saya,

 "Apa yang kita baca, rasa, fikir, sebut, segalanya adalah doa!"

Kita juga sangat maklum dengan The Power of Doa!


Kisah tersurat adalah kemalangan tersebut bukan berpunca daripada tindakan selfie ni.

Namun kisah tersirat apa yang dapat saya katakan, elakkanlah mengundang doa yang tidak perlu dan 

berbahaya daripada orang lain!

Saya tak mahu masukkan gambar-gambar kemalangan tersebut kerana tidak mahu ia menjadi doa 

yang tidak perlu.

Saya berdoa supaya semua insan dapat elakkan perkara berbahaya samada yang disedari ataupun 

tidak.



Berikut adalah fakta kes kemalangan tersebut:-

Pada 4/10/2014 jam l/kurang 1205hrs,satu kemalangan maut telah berlaku di KM256(U) LRUS melibatkan sebuah m/kar 5.1 dan sebuah m/lori treler 5.2.Siasatan awal mendapati m/lori treler 5.2 dari johor bharu menghala ke penang membawa muatan mosaic tiles manakala m/kar 5.1 dari KL menghala ke lenggong perak utk bercuti. Sampai di lokasi kejadian m/lori treler 5.2 dipercayai telah hilang kawalan (masalah brek) lalu melanggar bahagian belakang m/kar 5.1 di lorong kanan dan menyeret m/kar 5.1 sejauh 100meter dan terbakar sebelum berhenti. M1 dan M2 tersepit di dalam m/kar 5.1 dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu 5.1.1,penumpang 5.1.2 dan 5.14 berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital ipoh untuk menerima rawatan lanjut. M/kar 5.1 mrngalami kerosakan serius pada bahagian belakang manakala m/lori treler 5.2 mengalami kerosakan bahagian depan.


Akibat kemalangan tersebut 5 m/kar dan 1 m/lori treler seperti berikut cuba mengelak m/lori treler 5.2 dan berlaku perlanggaran satu sama lain:-

1. M/kar myvi WYX5245

2. M/kar alza WWX7587

3.M/kar honda city WTY691

4.M/kar alza AJF4858

5.M/kar mercedez benz 

6.M/lori treler JGD8199

Post mortem M1 dan M2 telah dijalankan oleh Dr Kannan hospital kuala kangsar mengesahkan sebab kematian ialah severe head injury secondary to MVA.


Keadaan cuaca baik siang dan jalan dua lorong lurus lepas turun bukit

(Sumber: http://daengselili.blogspot.com/)


Saya mohon kita sama-sama hadiahkan al-Fatihah buat Allahyarhamah yang meninggal dunia akibat kemalangan itu.

Kepada keluarga Allahyarhamah, semoga tabah dan redha di atas pemergiannya.

Sudah sampai masanya Allah menjemput Allahyarhamah, sama-sama kita doakan agar roh 

Allahyarhamah sentiasa dicucuri rahmat Allah.


Buat pihak yang bertanggungjawab, kami rakyat Malaysia dah kerap sangat baca kemalangan yang 

berpunca daripada kenderaan berat yang mengalami masalah brake.

Bila semua pihak sekadar bermain wayang, apa yang dibuat hanya untuk keuntungan diri sendiri, 

tidak akan ke mana perancangan asal yang pada mulanya kelihatan sangat gah di mata!

Jujurlah dalam menjalankan tanggungjawab anda semua!


Buat pemandu-pemandu kenderaan berat dan ringan, motorsikal besar dan kecil dan pejalan-pejalan 

kaki, berhati-hatilah walaupun di mana anda berada.

Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan di mana sahaja!

Saya doakan semoga kita semua dilindungi Allah Yang Maha Kuasa walau di mana kita berada.


Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.

Berpada-pada dalam bergembira, berduka usah dipinta.

Wassalam.

4 comments:

  1. Penulisan yang amat bagus.. Sangat bersetuju dengan the power of doa

    ReplyDelete
  2. nak buat artikel ni.. kaji dulu la brader.. sesuka hati je nilai cmtu..

    isu kat sini kemalangan sebab kegagalan brek trailer tu berfungsi la brader..

    lain kali siasat dulu.. bukan main tibai je..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum En. Tengku Syukri, mohon baca keseluruhan post saya ni ye.

    Saya ada sertakan maklumat report yang dibuat seperti berikut

    "Berikut adalah fakta kes kemalangan tersebut:-

    Pada 4/10/2014 jam l/kurang 1205hrs,satu kemalangan maut telah berlaku di KM256(U) LRUS melibatkan sebuah m/kar 5.1 dan sebuah m/lori treler 5.2.Siasatan awal mendapati m/lori treler 5.2 dari johor bharu menghala ke penang membawa muatan mosaic tiles manakala m/kar 5.1 dari KL menghala ke lenggong perak utk bercuti. Sampai di lokasi kejadian m/lori treler 5.2 dipercayai telah hilang kawalan (masalah brek) lalu melanggar bahagian belakang m/kar 5.1 di lorong kanan dan menyeret m/kar 5.1 sejauh 100meter dan terbakar sebelum berhenti. M1 dan M2 tersepit di dalam m/kar 5.1 dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu 5.1.1,penumpang 5.1.2 dan 5.14 berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital ipoh untuk menerima rawatan lanjut. M/kar 5.1 mrngalami kerosakan serius pada bahagian belakang manakala m/lori treler 5.2 mengalami kerosakan bahagian depan."

    Terima kasih diatas kesudian Encik ziarah blog saya.

    ReplyDelete

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...