Wednesday, October 1, 2014

Harga Minyak Naik 20 sen


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saya doakan kita semua sentiasa sihat, kaya dan berjaya.

Saya doakan juga kita tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak sebanyak dua puluh sen 

berkuatkuasa pada 2 Oktober 2014.





Saya tahu ramai yang naik darah bila harga minyak naik.

Yelahkan, dah harga minyak naik, maka harga barang keperluan dan kos sara hidup pun akan naik 

dan meningkat. 

Ustaz Kazim Elias pun tak bersetuju dengan kenaikan harga minyak. 

Jom baca luahan hati Ustaz Kazim Elias berkenaan isu ni.



Kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen akan menjadikan harga baru RON95 ialah rm2.30.

Manakala harga diesel akan menjadi rm2.20.

Boleh tahan juga harga baru ni kan!



Syukur jugakan harga naik 20 sen, kalau naik 50 sen mau pitam sekejap!

Tadi saya pun terpaksa queue untuk isi minyak, bukan dek dengar berita kenaikan harga minyak tapi 

disebabkan tangki minyak saya dah nak kering sangat!

Alang-alang dah queue, saya isilah penuh tangki minyak kereta saya tu, ermmm RM80.01.

Saya henjut-henjut sikit je kereta saya tu nak konon nak bagi betul-betul penuh.

Risau juga nak goyangkan kereta lebih-lebih, queue tengah panjang, tak pasal ada yang naik minyak 

tengok saya goyangkan kereta lebih-lebih.

Deyyy Machaaa!!! Orang lain pun mau isi minyak!!! 

Terdengar-dengar je suara orang marah kalau saya goyang kereta lebih-lebih!




Cer tengok gambar kat atas tu, panjangkan queue nak ke petrol pump.

Tu gambar masa saya tengah dok queue nak isi minyak di Petrol pump di Cyberjaya.


Ermmm.... sekarang harga minyak dah naik lagi.

Apakah kita akan sekadar mengeluh sepertimana kenaikan harga minyak yang sudah-sudah?

Atau adakah kita mula sedar ada perkara yang tidak dapat kita kawal seperti harga minyak?

Apakah perancangan kita untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup yang meningkat?


Salah satu langkah segera yang dapat kita buat ialah dengan menjimatkan penggunaan petrol.

Marilah kita sama-sama berusaha menjimatkan petrol dengan 10 Tips di bawah:-





1. Isi petrol ketika suhu sejuk/rendah

    Langkah mengisi petrol di waktu pagi atau semasa hujan dapat memberikan kita lebih petrol    

    kerana petrol lebih padat ketika suhu sejuk.  

    Elakkan mengisi petrol pada waktu matahari terik di atas kepala.

    Perhatian : Pump petrol mengukur jumlah isipadu bahan bakar dan bukan ketumpatannya.


2. Sentiasa periksa angin tayar kereta.

    Angin tayar yang tak mencukupi akan mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 2% untuk 

    setiap psi yang berada di bawah tekanan sebenar.


3. Perlahankan kenderaan anda

    Untunglah saya sebab saya memang biasa pandu perlahan pun, takat 80 km/j ke 90 km/j je.

    Untuk pengetahuan anda, semakin perlahan anda pandu semakin banyak penjimatan petrol 

    kenderaan anda. 

    Tapi patut-patutlah ye, janganlah pandu 40 km/j atau 50 km/j, nanti menggangu lalu lintas pula!

    Kenderaan yang dipandu 90 km/j - 100 km/j menggunakan kurang 20% petrol berbanding 

    kenderaan yang dipandu 110 km/j. 


4. Kurangkan penggunaan penghawa dingin kenderaan

    Kalau pandu kereta di waktu pagi atau malam, gunakanlah sistem pengudaraan yang ada pada 

    kereta anda.

    Ni kalau anda pandu di kawasan luar bandar yang tiada kesesakan jalan rayalah ye, kalau dok di 

    kawasan bandar yang asyik jem je, terpulanglah pada anda.

    Kang tak pasal, belum masuk pejabat lagi dah hangin satu badan sebab panas.

   Adoiii!!!


5. Jangan buka tingkap jika memandu laju

    Tindakan membuka cermin tingkap boleh mengurangkan 10% kecekapan bahan bakar kenderaan 

    anda. Dahlah pandu laju mengurangkan 20% kecekapan bahan bakar, ditambah 10% dengan buka 

    cermin. Total 30% berkurangan kecekepan bahan bakar kenderaan anda.

    Tak ke rugi tu? Gunakanlah sistem pegudaraan yang ada pada kenderaan anda ye.


6. Kurangkan bebanan pada kenderaan anda.

    Apa juga barang yang tak perlu bolehlah dikeluarkan.

    Contohnya, kalau ada spoiler besar giler yang hanya bertujuan untuk mengensemkan kereta anda, 

    bolehlah ditanggalkan.

    Semakin berat kenderaan anda semakin kurang kecekapan bahan bakarnya.


7. Elakkan enjin kereta anda hidup tanpa bergerak.

    Ni biasanya kita buat masa nak tunggu anak balik sekolah, tunggu isteri di kedai, tunggu makanan 

    yang ditapau siap.

    Semakin lama enjin kenderaan anda hidup semakin banyak petrol digunakan. 

    Simple je kan!


8. Lebih ekonomik dan efisien jika mati dan hidupkan semula enjin.

    Lebih kurang sama dengan tip nombor tujuh di atas. 

    Contohnya, kalau kita terperangkap di kesesakan jalan raya yang sangat teruk, dah lebih lima 

    minit pun tak bergerak-gerak, matikanlah dulu enjin kenderaan anda sebentar.

    Agak-agak dah panas dan mahukan penghawa dingin, hidupkanlah semula enjin kenderaan anda.
    

9. Jangan jadikan kenderaan anda sebagai stor.

    Biasanya dalam bonet kereta segala macam 'harta karun' kita simpan di situ, dan biasanya barang 

    yang tak perlu pun. 

    Contohnya, peralatan bersukan dan peralatan berkebun.

    Setiap 45 kg beban tambahan akan menggunakan bahan bakar sebanyak 1%.


10. Elakkan guna kenderaan ke tempat yang berhampiran.

     Kalau takat nak pergi kedai seberang jalan depan rumah bolehlah berjalan kaki.

     Boleh juga berpeluhkan, petrol pun jimat.

     Jimat petrol sikit-sikit, lama-lama mungkin setangki penuh kita jimatkan!


Kartun dan gambar di bawah hanyalah gurauan semata-mata.
Please do not try this anywhere at any time!!!





Itu tips untuk jimatkan petrol.


Bebanan kos sara hidup


Macam mana pula dengan kenaikan harga barang dan kos hidup?

Bagaimana nak tangani masalah kenaikan harga barang dan kos sara hidup?

Ada beberapa soalan yang saya nak tanya pada anda semua.

Anda ada akaun facebook yang mempunyai 1000 sahabat fb?

Anda ada smartphone yang dilengkapi dengan aplikasi telegram?

Anda tahu menggunakan komputer?


Money Machine

Money engine


Jika anda ada semua perkara di atas, sila hubungi saya!

Saya akan berkongsi cara untuk anda mendapatkan pendapatan tambahan dengan hanya 

menggunakan smartphone dan komputer sahaja!

Tidak perlu menjual kerana saya akan dedahkan teknik menjemput yang telah terbukti berjaya 

memberikan pendapatan tambahan sehingga 4-5 angka sebulan.

Mungkin tak perlu banyak ye tak, takat nak tambah dalam rm300 ke rm400 sebulan je untuk 

tampung kenaikan kos hidup.

Anda tentukan berapa yang anda mahu dengan usaha anda dan dibantu oleh saya dan Team MFMS 

yang setia ada di belakang saya.

Anda putuskan sendiri samada mahu terus mengeluh atau mengambil tindakan mengatasi masalah 

ini!


Saya doakan kita semua mampu berusaha untuk menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Semoga kita bertemu lagi di entry akan datang.

Wassalam!
   


Azman: 010-5185 983 
Hayaty: 013-260 1599 
(Call / whatsapp / sms / telegram)

0 comments:

Post a Comment

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...