Sunday, October 19, 2014

Galakkan Orang Islam Sentuh Anjing?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah, kita diberi kesempatan bertemu lagi di blog ni.
Saya doakan kita semua sihat, selamat, kaya dan berjaya.

Saya terjumpa post di facebook saya berkenaan satu kempen. 


Kempen "I Want to Touch a Dog"!


Ermm.... takpelahkan kalau depa nak sentuh anjing. 

Nak bagi makan dan nak rawat anjing pun takpa.

TAPI saya tersentap bila tengok banyak gambar orang Islam bermesra dengan anjing!

Errkkk.... APAKAH INI? 

Saya pun dok googlelah apakah kempen ni, kenapa ramai benar umat Islam sentuh anjing?

Daripada apa yang saya baca, antara objektif kempen ni adalah nak menunjukkan Islam itu mudah. 

Umat Islam boleh sentuh anjing dan menyamaknya.

Nak kempen kasih sayang terhadap anjing.

Nak buang pemikiran negatif yang umat Islam tidak boleh memegang anjing?


Adoiii, apakah ini???

Terus saya teringat kisah kawan saya masa kecil dulu ibunya terpaksa mandikan dia dengan air tanah dan disucikan dengan air bersih gara-gara termain dengan anjing jiran!

Kempen "I want to touch a Dog" ni dengarnya ada tazkirah, ada forum dan ada ajar cara menyamak.

Ye, memang tak berdosa kalau sentuh dan pegang anjing.

Tapi anjing tidaklah boleh dijadikan haiwan peliharaan di rumah.


Risaunyalah saya kalau lepas ni ramai umat Islam bela anjing di rumah.

Dimandikan pula anjing tu nanti...

Sanggupkah nak samak satu badan?

Sanggupkah nak samak setiap kali anjing tu menjilat-jilat?

Paling penting sanggupkah amalan kita ditolak setiap hari kita membela anjing?

Saya tak benci anjing.

Cumanya saya tak faham kenapa nak galakkan umat Islam sentuh anjing?

Kita tak boleh memelihara anjing, melainkan tujuan untuk menjaga keselamatan rumah, menjaga ternakan, menjaga tanaman atau pun untuk berburu.

Saya nak sertakan link-link yang mungkin dapat membantu kita semua memahami perihal anjing.


Semoga bermanfaat untuk semua.

1. http://www.youtube.com/watch?v=XPyhmVbWyLU
(Soalan Adakah Haram Sentuh Anjing - Ustaz Azhar Idrus)

2. http://www.jais.gov.my/sites/default/files/artikel_asas/rnd/2013/April/MaklumbalaspegangAnjing.pdf

( Maklum balas JAIS)

3. http://www.youtube.com/watch?v=j-PEmX5YOhg

((Baru) Hukum bela anjing - ustaz azhar idrus)


4. http://www.youtube.com/watch?v=RdNdT6FsNus

(Ceramah Singkat : Bolehkah Memelihara Anjing? - Ustadz Abu Yahya Badru Salam, Lc)


Maaf ye saya tak masukkan gambar untuk entry ni.

Saya benar-benar tak mahu menyinggung perasaan sesiapa berikutan kempen sentuh anjing ni.

Cumanya saya cuma berharap agar kita semua tahu apa yang kita lakukan.

Jika teringin sangat nak membela haiwan, nak tunjuk rasa kasih pada haiwan, apa kata cuba ambil kucing-kucing yang sering dibuang di pasar atau di tepi jalan dan bela elok-elok.

InshaAllah pahala dapat, dan amalan kita pula tidak ditolak

Jika masih ada kemusykilan, bolehlah bertanya dengan mereka yang lebih arif.

Semoga kita bertemu lagi masa hadapan.

7 comments:

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...