Tuesday, October 21, 2014

5 Gangguan Syaitan Semasa Bersolat


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog azmanhayaty.

Saya doakan kita semua sihat, kaya, dan berjaya!

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok lebih baik dari hari ini.

Saya ada terbaca berkenaan 5 gangguan syaitan semasa bersolat di dalam facebook.




Saya kira, ianya sangat bermanfaat untuk kita semua.

Pasti ada antara kita pernah alami perkara di bawah:-

1. Semasa solat tetiba terfikir ehh, handphone ni dah silent ke belum?

2. Semasa solat tetiba terfikir "Errr, kasut aku baru beli, janganlah ada yang merembat!!!"

3. Semasa solat tetiba tertanya-tanya "Ni rakaat kedua ke ketiga erkk?"

Kenapa semua tu hadir masa kita solat? 

Semoga perkongsian 5 Gangguan Syaitan Semasa Bersolat ini dapat memberikan sesuatu kepada kita semua.
   
JOM!!!

1. Was- Was Semasa Takbiratul Ihram

Saat mulai membaca takbiratul ihram “Allahu Akbar” , ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. 

Sehingga ada yang mengulanginya lagi dengan membaca takbir. 

Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir rukuk. 

Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam ber-suci (berwudhu) dan niat atau semasa takbiratul ihram dalam solat”.

2. Tidak Khusyuk Ketika Membaca Bacaan Dalam Solat

Sahabat Rasulullah SAW Iaitu Uthman bin Abil Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah”. 

Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. 

Aku pun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku”. (HR. Muslim)

3. Lupa Jumlah Rakaat Yang Telah Di kerjakan

Abu Hurairah r.a berkata,

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Jika salahseorang dari kalian solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu be-rapa rakaat yang ia telah lakukan. 

Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) semasa masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam”. (HR Bukhari dan Muslim)

4. Hadirnya Fikiran yang Mengganggu

Abu Hurairah r.a berkata,

“Rasulullah SAW bersabda, “Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. 

Apabila muazin telah selesai azan, ia kembali lagi. 

Dan jika iqamah dikumandangkan ia berlari. Apabila telah selesai iqamah, dia kem-bali lagi. 

Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadan-ya, ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat! Sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat”. (HR Bukhari)

5. Tergesa-Gesa Untuk Menyelesaikan Solat

Ibnul Qayyim berkata, “Sesungguhnya tergesa-gesa itu datangnya dari syaitan, karena tergesa-gesa adalah sifat gegabah, yang menghalangi seseorang untuk hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya.” 

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya asal boleh. 

Asal boleh mengerjakan, asal selesai dan asal jadi. Tidak ada ketenangan atau tukmaninah. 

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi karena solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya

“Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). 

Lalu bacalah dari Al-Qur‟an yang mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk, lalu bangkitlah dari rukuk sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujud-lah sampai kamu benar-benar sujud dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu”. (HR Bukhari dan Muslim)


Sumber: http://kelabkesenianislam-ukm.blogspot.com/ dan http://myibrah.com/5-gangguan-syaitaan-semasa-solat

Saya doakan kita semua akan lebih khusyuk lagi di dalam solat dan tidak tergesa-gesa menunaikan solat kita.

Semoga berjumpa lagi di entry akan datang!


2 comments:

  1. sentap! alhamdulillah siap ada petua bila diganggu syaitan semasa solat, syukur alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Wah, ilmu yang sangat-sangat bermanfaat. great sharing. thank you

    ReplyDelete

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...