Saturday, January 24, 2015

Cara tukar tombol pintu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca blog azmanhayaty.

Saya doakan kita semua diberikan kejayaan dan kekayaan supaya kita semua dapat memberi lebih banyak lagi kepada yang lain.


Ada sesiapa pernah cuba tukar tombol pintu?


Pertama kali cuba tukar mesti rasa susah gilerr!!! 


Saya pun macam tu, ekekekeke.... Perkara pertama kali kita lakukan biasanya memang bukan mudah.


Alaaa dulu masa kita belajar berjalan pun bukan mudah kan, tapi lama kelamaan jadi perkara yang sangat-sangat mudah.


Semoga apa yang saya kongsikan ini mampu memberi manfaat kepada semua.

LANGKAH 1: 

Jangan buka tombol pintu lama anda sebelum anda beli tombol pintu baru ye!


Kang dah bukak, tapi tak dapat beli yang baru bukan mudah ye nak pasang semula tombol lama yang mungkin rosak masa anda cuba buka.


Apa yang anda akan dapat dengan set tombol pintu baru?



Set tombol pintu baru!

1. Set tombol pintu termasuk skru dan pin
2. Anak kunci
3. Manual cara pemasangan

Ada manual tak payahlah susah-susah nak kongsi cara pasang tombol pintu?

errrrrmmmm boleh juga, tapi manual tu sebagai panduan je. 

Banyak perkara yang tak diberitahu dalam manual tu.

Contoh? 

Dalam manual tu takde beritahu kena beli tombol pintu baru sebelum tanggalkan tombol pintu lama.

Alaaaa gurau pun tak bolehhh

Tombol pintu dah ada, jom ke langkah seterusnya!


LANGKAH 2:

Pada set tombol baru tu akan ada pin.

Cari pin seperti gambar di bawah.


Pin ni digunakan untuk keluarkan tombol pintu.

Lebih mudah kerja kalau ada pin ni, kalau dah terhilang guna screw driver (pemandu skru) pun boleh!

Di tombol pintu tu akan ada lubang untuk kita cucukan pin ni.

Kena sabar dan tenang ye langkah ni, jangan kelam kabut.

Mesti boleh tanggalkan punya.




Gambar atas tak nampak lubang nak kena cucuk tu?

Sila tengok contoh pada gambar di bawah.













Jelaskan lubang untuk dicucuk pin tu?


Almaklumlah jurugambar amatur saya baru berumur 5 tahun....


Anak saya, Aleesya yang tolong ambilkan gambar.


Cucuk pin pada lubang tu dan tarik keluar tombol tu perlahan-lahan.


Kalau sekali cucuk tak jadi takpe, perkara biasa tu, cucuk lagi sampai anda terasa tombol tu boleh ditarik keluar.




Tarik keluar seperti gambar di atas.

Mesti boleh punye!

Don't worry!


Langkah 3:

Bila tombol pintu bahagian dalam tu dah boleh dikeluarkan.

Anda memerlukan screw driver untuk langkah ni.

Screw driver kalau di rumah saya dan mak saya ni memang selalu hilang bila masa diperlukan.

Belilah 10 pun mesti 11 hilang masa nak digunakan.

Akhir saya beli screw driver guna bateri. Mudah pun mudah, cepat, paling penting susah hilang sebab besar... he he heee....


Jenama biasa je, janji boleh buat keje. 

Ini kalau hilang juga tak tahulah!!!





Unscrew  dalam bahasa Melayu apa erk???

Errmm, putarkan keluar 2 screw yang saya bulatkan dalam gambar di atas.


Ini bukan iklan screw driver electric ye.

Nak tunjukkan je, walaupun screw driver tu besar, mesti boleh punya keluarkan screw tu.

Lepas 2 screws tu dah dikeluarkan, keluarkan sekali kepingan besi bulat tu.

2 screws tu sebenarnya, 'mengikat' tombol di bahagian depan dan belakang.

Kalau tak keluarkan 2 screws tu, memang tombol depan pun tak boleh dikeluarkan.

Keluarkan sekali tombol depan tu ye.


Langkah 4:

Bila tombol depan dan belakang dah dikeluarkan.

Tinggallah pengunci seperti gambar di bawah ni.

Tanggalkan screws yang di atas dan  di bawah serta pengunci tersebut.



Selesai sudah kerja-kerja menanggalkan tombol pintu yang lama.

Kita ke langkah memasang tombol pintu baru pula ye.


Langkah 5:



Sila pastikan set tombol pintu ada lengkap dengan segala komponen di atas.

Screws lama jangan terus dibuang, boleh di buat standby.



Sila tanggalkan bahagian dalam tombol dengan menekan pin seperti gambar di atas.

Pusing-pusingkan tombol untuk memudahkan kerja anda.

Lakukan dengan tenang dan sabar ye, kalau paksa-paksa susah sikit nak tanggal tombol tu.


Langkah 6:

Bila tombol bahagian dalam dah berjaya ditanggalkan, baru kita boleh pasangkan tombol hadapan dan pengunci.


Gambar di atas cara tunjukkan cara nak masukkan pengunci kepada tombol luar.

Nak tahu macam mana pengunci tu berfungsi boleh lah pusing-pusingkan tombol dan tekan, lepas, tekan dan lepas pengunci.

InshaAllah anda akan dapat faham bagaimana pengunci itu berfungsi.



Tengok gambar di atas, tombol bahagian luar dan pengunci dah dipasang!

Senang je kan!


Langkah 7:



Kemudian pasangkan skru yang mengikat tombol luar itu seperti gambar di atas.


Terpulanglah nak guna screw driver biasa atau screw driver yang guna bateri ni.

Kalau dua-dua takde, guna pisau pun boleh! ekekekeke... macam tak biasa!

Kalau tak biasa jangan buat! Saya tak bertanggungjawab atas keselamatan sesiapa yang cuba gunakan pisau ye!


Langkah 8: 




Kemudian, pasangkan skru pengunci.

Lepas pasang screw pengunci bolehlah pasangkan tombol bahagian dalam pula.



Siap dah pasang tombol pinti baru!

Bolehlah cuba uji samada tombol pintu anda boleh berfungsi dengan elok atau tidak.

Kekadang ada perkara yang perlu diadjust untuk pastikan pintu anda tidak terbuka apabila ditolak tanpa perlu putar tombol pintu.

Just try and adjust okeh!


Semoga apa yang saya kongsikan ini mampu memberikan sedikit panduan kepada mereka yang mahu menukar tombol pintu sendiri.

Sekian, terima kasih semua!





22 comments:

  1. tq.pnduan berguna..sy dh bjaya tukar tombol pintu bilek sndiri..yeay..hahha

    ReplyDelete
  2. tq.pnduan berguna..sy dh bjaya tukar tombol pintu bilek sndiri..yeay..hahha

    ReplyDelete
  3. Huhu arap sy blh try jgk..n berjaya..tqs sbb share

    ReplyDelete
  4. huhu.. terhibur baca artikel ni.. lupa langsung pasal tujuan asal

    ReplyDelete
  5. Alhamdulilah saya ikut step2 awak tunjukan dapat jugak saya tukar tombol.. Terima kasih. Semoga dimurahkan rezeki. Amin

    ReplyDelete
  6. I'll try this..hncur tmbol pntu sya krjakn,sbab kunci tnggal dlam bilik..haha

    ReplyDelete
  7. Trima ksh .hehe kami x pandai pasang. kelang kabut nak pasng tombol pntu mujur ada yg buat blog.halalkan segala ilmu ea.

    ReplyDelete
  8. Sy bru beli tombol pintu untuk ganti yg lame , than adik sy lerai kn tpmbol pintu yg baru sampai semua alat dalam nye terlerai , boss or sesapa bole bantu sy mcm mne care sy nk pasang satu persatu alat dalam tombol tu .?

    ReplyDelete
  9. Masahnya benda tu dh patah 😂 yg kunci Kecik yg kena cucuk bgi dia keluar tu aduhhh 😂😂😂

    ReplyDelete
  10. Trima kasih ats kongsi nie.. Bru jea lpas pasang tombol pntu huhuhu..

    ReplyDelete
  11. Kalau skru mata philip telah rosak dan susah hendak dikeluarkan,ada tips yang boleh dikongsikan?

    ReplyDelete
  12. gambar sebelum langkah ke 7 tu, kedudukan penyendal salah rasanya..sepatut belah rata ke arah ( tombol tekan) bukan arah (tombol kunci)

    ReplyDelete
  13. Thanks... Berguna sngt ilmu tu..😊

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah berjaya akhirnya..hehe..thanks tuan

    ReplyDelete
  15. Tkasih..blog ni sgt2 mbantu.saya bjaya pasang tombol baru.wanita bole!!!!

    ReplyDelete

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

Buku percuma untuk anda yang MAHU KURUS DAN SIHAT!!!

.

.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...